Friday 28 February 2014

Tuesday 25 February 2014

Doa Meleraikan Bayi Dari Susu Ibu


hyeee...
Juma'at lepas balik je dari keje incik asben hulur buku ni..
"AMALAN DOA & SELAWAT"
dia kata ada orang bagi.
sempena buat majlis tahlil & kenduri arwah
masa asben hulur buku ni aku buat biasa je.
sebab dah biasa kan dapat buku2 macam ni time kenduri tahlil or doa selamat.
surah yassin pun antara yang selalu orang bagi.
dalam hati just kata "owhh himpunan doa2"..
so takde la nak presume apa2 yang lain dari biasa ke kan.
lepas selak lebih kurang, aku just letak buku ni atas meja.
time tu fikir nak cepat gi mandi jer.
sebab malam ada sambutan maulidur-rasul kat surau.





by the time aku nak melangkah masuk bilik, asben bersuara..
"cuba bukak mukasurat 36."
aikkk? pelik bangat dah ni.
jarang la or tak penah langsung kot kalo dapat buku or surah yassin asben akan cakap apa2.
paling tidak pun cuma cakap "nah simpan".
bila dia dah cakap camtu aku pun patah balik ke meja.
terus rasa eksaited nak nengok ada doa apa kat mukasurat tu.


aku selak2 cari halaman 36.
terlupa nak direct nengok kat content je.
eksaited punya pasal katakan..
dan.......
owhhhhhhhhh......



DOA PEMISAH
[Contoh Bagi Meleraikan Bayi Dan Susu Ibu]
[klik gambar untuk pembesaran]


noo wonder la asben beriya soh nengok.
since Ammar still breastfeed [even dah 2 tahun 3 bulan time entry ni ditulis]
bagus jugak kalau amalkan doa ni.
takyah la susah2 nak bubuh macam2 kat pu***g tu.


aku memang niat nak stopkan terus Ammar dari breastfeed.
kalo ikutkan sejak dari umur dia 1 tahun 3 bulan lagi dia dah minum susu campur.
time dengan babysitter minum susu tepung
tapi time dengan aku mmg jangan harap la dia nak mandang botol tu.
yang tak bape nak ada susu ni jugakla yang dok disedut2.
kadang kesian bila nengok dia beriya2 nyonyot padahal susu tak bape nak ada dah.
sampai kena marah dgn aku kadang2.
marah bukan apa..
marah sbb tau dia tak puas tapi bila sua botol susu haram tak diminumnya.
kalo ikut mak aku disuruhnya sapu dengan batang pokok bakawali aje.
perhhhh...baru terpegang sket pun dah rasa pahit macam apa.
ini lagi mau sapu kat situ & bagi anak rasa???
mau tanak makan pape anak aku karang pasni.
x sanggup lagi kot nak buat sampai tahap tu.
kalo takat tempek asam jawa or garam tu ok lagi la.


so far aku x buat apaper pn untuk stopkan Ammar dari breastfeed.
belum cuba pape pun lagi.
dia mintak je kasi.
dia mintak je aku hulur.
cer bitau bilanya yang aku ni usaha nak stopkan Ammar dari breastfeed kalo gini kekdahnya aku ni?
miahahahahhaaaaa.....
harap kat niat je la nampak gayanya aku ni.


so, dengan adanya doa ni harap2 dipermudahkanla urusan kami [ibu & Ammar] nanti.
belum mula baca pun lagi.
manjang ajer terlupa.
hehe.....

ye la ye la....malam kang aku start laaaaa...
hiihuuhiiii..... (^_^)



Monday 24 February 2014

Plan Lain Jadik Lain.... Aiseyyy


haha... yeye jer la plan nak kemas itu ini segala.
last2 lain yang dibuek ehhh...
ape pun tabole laaa...
nampak sangat byk beno nak di kemasnyer kat rumah ni.
syyhhhhhh takpe..pelan2 kayuh.. =)


kalo ikut plan memang nak kemas segala periuk-kuali-belanga tu.
tapi still fikir ke-praktikal-an susunatur yang baru tu nanti.
sebab item 2-3-4 yang di-plan dalam entry INI berkait antara satu sama lain.
dan memang melibatkan rombakan yang besar.
that's why still dalam pertimbangan even pada awalnya macam dah confirm.
aku ni bukan apa..
kang kalo tak praktikal, aku jugak yang nak memunggah balik semua.
dan aku jugak la yang nak kena hadap sorang2 semua tu.
maleh teman oooiiiii nak buek kojo 4-5 kali.
lagi satu sebab, ada satu benda lagi yang still tak dapat nak dibeli.
bekas macam ni haaa...

[sumber gugel]


aku tengah mencarik bekas / bakul putih or apa2 kaler laaa yang macam buat isi sayur kat atas ni.
lebih kurang camni la rupa dia bekas yang aku nak tu.
selalu org buat letak sayur2 kat kedai2.

sebab apa aku carik bekas ni?
sebab aku nak buat simpan segala tupperware / tipuware kat dlm KC.
lebih kemas dan praktikal aku rasa.
tu jugak la antara sebab projek wiken aku baru ni tertangguh.
tanak la buat keje halfway pastu pening sendirik...

disebabkan hujung minggu aku habis dengan meround kedai2 serbaneka / kedai RM2 / kedai-- 
macam2 kedai la aku pegi dah tanpa hasil yang aku nak
maka aku pujuk hati dengan beli bekas ni.


[sumber gugel jugak. terlupa snap gambar. eksaited nak berkomeh oiii =)]


terjumpa bekas camni masa pegi kedai serbaneka
tak penah masuk pun kedai tu.
sekali masuk wahhhhhh heaven nyer......
macam2 bekas with macam2 saiz ada.
aku rembat yang macam ni 3 bijik.
takde tulis harga tp aku gamblekan ajer.
dah berkenan katakan.....
bila tanya kat kaunter, RM2 je seketul.
perhhhh murah ya amattt!!!
aku beli 3 bijik dulu buat try.
kalo ok bole beli lagi lenkali.
hehe...

so, apa aku buat dengan bekas ni?
jeng jeng jeng.......



ni keadaan peti ais sebelum kehadiran bekas yang aku beli tu..



dan ni gambar selepas kehadiran beliau. nampak tak tiga ketul bekas bertutup kuning striking tu? haaaa....tu la dia bekas yang aku maksudkan. saiz dia ngam2 panjang sampai belakang peti ais. lebih praktikal dari guna bekas pendek2 yang mana aku selalu terlupa dengan barang2 yang tersimpan jauh kat belakang.




dah alang2 kemas, aku kemas skali pintu peti ais tu.



dan jadila macam ni..... =)


k tu je aktiviti susunatur hujung minggu tadi.
bai.... =)


Friday 21 February 2014

Projek DIY - Menceriakan Almari Baju Anak

kalo ikut planning, patutnya menda ni buat wiken nanti.
tapi sebab dah tak menyabo2 nak nengok hasil, so gigihla buat keje pepagi buta tadi.
pagi2 punya hasil keje ni....
awal pagi deerrr...
tak ke tebiat namanya tu?
miahahhahahahaaaa.... :p



ni almari baju Ammar. ekceli ni kabinet kasut je. beli masa ada sale raya cina bulan lepas. harga asal RM399 kot tapi time offer haritu dapat best price RM190 je. terus rembat seketul. 

almari ni kurus memanjang. pintunya divide pada 2 section - atas dan bawah. yang buat aku suka kat almari ni ialah dia tak nampak rupa kabinet kasut pun kalo nengok dari depan. plus style pemegang pintu dia yang nampak suwitt kat mata aku. mata aku je la. mata orang lain ada aku kesah?? miahahahahahahaaa..



ni rupa ruang dalam almari tu. nama pun kabinet kasut kan so ada byk la level2 dia. senang je kan nak imagine.. ni compartment belah atas. row atas sekali untuk baju2 dan seluar jalan. sebab jarang pakai so bia dia dok belah atas. dua row yang tengah tu untuk baju-bajan harian. dan row paling bawah untuk baju2 tidur dan t-shirt yang berseluar panjang. 

ekceli bajet nak carik bakul or storage box yang bole suit dengan ruang rak ni. so baju-bajan Ammar ni semua akan disusun menegak dalam storage box tu la nanti. then buat label. tu planning buat masa ni la. tp so far belum jumpa lagi kot storage box yang ngam saiznya so biar la dulu camni. yang leceh susun camni ialah susunan baju nak kena kemas sentiasa. kalo tak sakit mata oiii nengok..!



yang ni pulak compartment belah bawah. belah bawah ni buat masa ni cuma buat letak segala tuala dia dari tuala mandi sampai la ke tuala kecik buat lap tangan. dan jugak dipenuhkan dengan drypers je [ni kes banyak sangat ruang kosong la ni] hehe.... sila abaikan dua ketul plastik biru tersebut [tompang almari anak sket takkan tabole kot? huhu.. :p] dan jugak ruang paling bawah tu [barang2 DIY cik ibu yang asyik dok bertangguh]



memula kosongkan almari. gelap je kan kaler belah belakang almari ni? haaa....ni la yg gigih nak bikin almari ni nampak ceria sket. macam mana nak buat? jommmm scroll lagi ke bawah....



lepas dah keluarkan semua baju-bajan, keluarkan pulak semua partition2 yang ada dalam almari tu. papan2 partition tu semua main letak je so senang je nak keluarkan satu2.



lepas dah kosongkan, ambik wrapping paper ikut corak yang diinginkan then tampal je la terus kat belah belakang almari mcm kat dalam gambar ni. pilihan wrapping paper semestinya yang kaler cerah dan bercorak ceria. paling penting, pilihan kaler mesti boleh jadikan almari nampak terang dan luas. nampak beza kan dua gambar kat atas ni? =)



lepas [bape banyak lepas daaaa] dah siap tampal, masukkan semula partition2 tu semua



last skali, susun la semula baju-bajan Ammar dalam tu. now almari ni dah nampak sikit terang than before. misi tercapai...yeayyyy!!! =)



untuk yang belah bawah pun buat ikut step yang sama. time ni maleh dah nak ambik gambo. dah lambat weii nak mandi gi keje. mihhmihhhmihhhh...



dulu2 aku simpan baju2 Ammar semua dalam storage box je. 
tapi lama2 macam tak muat pulak dah storage box tu.
dan yang aku nampak, guna box tu macam tak berapa praktikal.
leceh nak kumbah satu2 baju.
dan lebih malang akan ada baju2 yang terlupa nak pakai sebab dah dok yang paling bawah.
tu la kelemahan storage box.

so, lepas fikir2, aku rasa mmg dah tiba masa Ammar perlu ada almari khas untuk dia sendiri.

untuk baju2 Ammar, aku memang saja cari almari yang bersaiz 'kurus' sebab nak jimat space. 
dalam bilik ni ekceli dah ada seketul almari baju besa gabak [nanti lenkali aku share almari yang tu pulak yer]
almari tu je dah makan byk space so untuk tanak nampak crowded, this is the best choice la aku rasa.


so far, ni la hasilnyaaaa....








k, bai..~



Thursday 20 February 2014

Random: Wiken Planning

Harini khamis.
Besok Jumaat.
Lusa Sabtu.

Yeayyy Sabtu!!
Eksaited nak tunggu hujung minggu.
Bukan nak kemana pun.
Stay kat rumah jer.
Kemas2 apa patut.
Bab kemas2 ni la yang tengah semangat skang ni.
Berkobar2 jer rasa di dada.
Chewaaaahhhhhh~!!

So, untuk wiken ni, ni antara planning yang dah ada dalam kepala..

1) Deko almari baju Ammar. [wrapping paper dah standby. tinggal nak deko jer]. 

2) Ubah bekas spice & susun atur bekas spice. [bekas spice yang baru dah beli dan dah basuh. tinggal nak pindahkan spice2 semua dalam rumah baru mereka. yeayy!! hopefully idea ni menjadi..]

3) Ubah susun atur segala mak nenek bekas garam + gula + milo + teh + susu + blablabla [idea nak pindahkan ke mana dah ada. macam lebih praktikal & mudah dicapai tp kita tengok dulu nanti hasilnya mcm mana]

4) Ubah susun atur segala kuali + periuk + belanga. [pun dah ada idea dalam kepala. tinggal nak realisasikan jer]

5) Lipat segala PLASTIK!! termasuk plastik sampah.. [yang ni macam kena KIV lagi jek ni untuk kali ke dua-ratus-lapan-puluh-tujuh! nengok longgok plastik yang menimbun terus rasa nak pitam. ayoooo~ kita tengok la nanti mcm mana. lalu ke tak lalu nak hadap segala mak nenek plastik tu nanti. mihhmihhmihhh..]


hopefully semua yang diplankan di berjalan lancar & dipermudahkan.
yang penting, harap2 semua idea2 ni menjadi la gamaknyer yerrr....


k la, bai..

Tuesday 18 February 2014

DIY projek : mengurus kitchen utensil


skang ni every wiken yang tak balik kampung memang la dihabiskan dengan keje susun atur rumah saje.
ntah dari mana tah datang semangat nak mendeko2 rumah.
dah jadik macam hobi pulak.
hiihuuhiiii...
kalo pegi memana kedai or pasaraya pun mesti mata nak melilau carik barang2 yang bole dibuat DIY.
kalo nampak something kat kedai mesti otak corner ke lain.
let say; nampak pasu je pun.
tapi bole la pulak otak pk nak jadikan pasu tu tempat letak 12-kaler LUNA Ammar.
ada ke patut?
ni la kalo kata otak dah terlebih kreatif..
mihhmihhhhmihhhh...

okey la, malas nak membebel panjang2, ni projek DIY wiken baru ni.
projek kecil2an jer.
siap kena gelak kena komen lagik dengan incik asben masa memula tu.
tak kesah la..
ku tulikan jer telinga.
end up, bila dah siap & tunjuk hasil kat asben.
beliau senyap.
setuju ler tuuuuu...... :p


keadaan sebelum. Ya Rabbi...tak rupa laci simpan utensil dah. dengan sumbat asal boleh. dengan habuk-debu segala. huhu...kan da kata aku b4 this memang asal bole. mana dannnn jerr buat..

ni ruang utensil sedia ada kat KC (kitchen cabinet). memang dpt free masa buat KC dulu. tapi tak suka tempat ni sbb byk makan space laci kabinet. pastu tak muat nak masuk sudip saiz panjang. macam kat atas tuuu...


ni proses keje2 DIY berlangsung. guna kertas-apa-ke-nama-dia. aku tak sure la nama kertas? board? ni. tapi ada jual la kat kedai2 stationary. asben cakap ada byk kaler tp aritu masa kat jusco aku nampak kaler putih je. ke mata aku ni mmg tak nampak dah kaler lain selain putih? yerr aku beli kat jusco bahagian stationary. ada 2 saiz. aku beli saiz ala2 kertas A3. RM4.50 kot kalo x silap. lupa dah. potong2 then tampat2 ikut saiz yang aku nak dan ni hasil 'bantuan' Ammar, habis bersepah satu rumah. huhu... :p



memula keluarkan dulu semua barang2 termasuk papan (eh papan ke panggil dia?) utensil sedia ada tu. kosongkan laci & lap habuk2 yang ada sampai berkilat.



then, ambik satu wrapping paper. ikut suka la nak corak pape pun. tak kesah. aku ske corak yang tak serabut & kaler yang ceria & nampak ruang besar. macam corak ni.. 12-kaler LUNA gitu.. mihhmihhhmiihhh... =) lapik laaa laci tu...



lepas dah lapik, amik kertas? board? DIY tadi then masukkan dalam laci. sorry lupa nak ambik gambo board DIY ni b4 masuk laci. eksaited nak kemas kononnyer...




taaaadaaaaaaaa....... lagi kemas & teratur. yang penting sudip yang panjang2 dah bole muat dah & ruang makin besar dengan board DIY ni. misi tercapai... yeaaaaa!!! =)



ekceli, aku teruja dengan cara susun-atur kat SINI. tu yang terus dapat ilham tu. TINGGGG!!!.. =)

k lah, bye..




Friday 14 February 2014

impian @ angan2?

2-3 hari ni tah nape semangat jer nak buat layout rumah.
gigih lukis segala rupa bentuk susunatur yg diangankan.
dengan plan siap pandangan sisi-depan-blakang bagai.
handmade ok!
takde guna software segala tu..
nama pun berangan kan...
so memang gigih laa..
mihmihmihhh....
tapi part of it dah pun terlaksana la ekceli.
cuma ada certain2 yg perlukan modal besar or approval dr 'tuan besar' aka incik asben, yg tu aci masuk dalam wishlist la dulu kot.
buat masa ni buat mana yg dah ada je dulu.
dan jugak mana2 yg bole beli ikut mampu.
lagipun rumah tu bukan nak duduk sehari dua ye dak?
takde apa pun nak dikejar.
so kasik pelan2 kayuh.... =)


papepun, kasik layan la dulu layout senget-benget ni...
cekidouttttt......~


Master Bedroom



Bedroom No. 2



 Bedroom No. 3

Old skul tak old skul..
itam putih aku kasik derr..
tak koser teman nak ngaler oiiii..




Thursday 13 February 2014

Random: Hidup Yang Gembira

b4 this aku bz ngan family + keje + part time study.
buat part time study since 2009. 
end 2010 kawen.
end 2011 dpt baby.
ni end 2013 baru ni, selesai la sudah study aku.
degree je kot. degree jeeee...


Alhamdulillah.....
baru perasan yang setiap tahun yg dah berlalu tu penuh dengan ending yang gembira.
hopefully this coming ending 2014 ada sesuatu yang gembira juga.. =)
planning nak tambah lagi sorang anak this year.
dah abis belaja la katakan.
banyak pulak rasanya masa lapang.
berusahalahhhhhhh!!!!


apakah???
mihmihmihhh... :p


sejak2 dah tak jadik student kepala rasa lapang.
lapang sangat2 sampai rasanya muat kalo sumbat sebijik padang bola dalam ni.
amboi kau punya perumpamaan.....
so skang ni tengah gila men-dekoret rumah.
sebelum2 ni rumah tu dah macam kena tsunami gayanya.
semua asal boleh.
tuan punya badan dah memang sah2 takde bakat mendeko.
ditambah dengan masa yg mcm cukup-tak-cukup je.
weekdays keje. 
wiken kena travel ke kl. 
time public holiday je la kot kalo nak betul ada kat umah.
tapi time tu la pulak sibuk nak kena siapkan segala assignment bagai.
chaitt alasannnnnn....


but now, i'm back to my parenthood & motherhood life.
ngam2 sehari lepas hantar final thesis, terus ku rombak segala almari-kabinet-rak-katil-tilam-bantal.
semangat membara jer nak kemas rumah.
rumah single. tiga bilik. takder stor. barang banyak.
so, just imagine..
tapi lepas dah kemas2, baru terasa yang rumah tu sebenanyer luas jer.
dulu rasa macam kemain sempit.
so far asben cakap dah about half la nampak beza dari b4.
lebih selesa.
sekarang pun asben da mula bagi galakan la.
kalo kata ada nak beli sumthing utk deko, dia layankan ajer.
so, makin semangat la nak mendeko.
hiihuhiiii... =)


hopefully, semangat tu terus segar la dalam diri ni ekk..... =)








Wednesday 12 February 2014

Random: Blog Ke-3? Kot..

lama dah tak menulis dalam blog.
ingat balik time aktif blog dulu around taun 2007-2008. kot.
time2 single-mingle-patah-hati-putus-cinta dulu.
bila ingat2 balik geli pulak rasa ketiak.
miahahahaaa...
end up ku kuburkan blog itew.
sebab tak bleh blah baca.
sendirik baca pun rasa macam nak terkeluar segala tali-perut-tali-pusat.
mihmihmihhh..

around hujung 2010 ada gak buat blog baru.
time tu baru2 kawen.
konon2 nak buat private blog.
segala tak puas hati sume sumbat dalam tu.
directly sebut nama polan2 yang berkaitan.
ada la kot dalam 2-3 entry.
last2 berkubur jugak sebab tak kose la teman nak nulis hal isi-hati-perut-jantung-usus-trakea-paru2 segala.
simpan sendirik diam2 sudah.

now, gian balik nak menulis.
kali ni saja suka2 kot.
macam dah takde keje ke apa aku ni?
kita nengok la nanti takat mana pulak peginya blog ni.
silap2 ni je satu entry yg di-up.
hihuhiiiii.....

cakap banyak tak guna.
kita tengok jer laaaa nanti..... =)