Thursday 15 January 2015

Make Over Laundry Area (Part 1)



salam & hye..
rasa macam dah lama tak bersiaran
aicehhh poyoan!

arini aku nak kongsi pasal laundry area kat rumah aku nih.
tak lama dulu aku penah kongsikan pasal laundry area ni kat SINI dan SINI
penah aku kongsikan pasal ke-sadis-an laundry area tu.



keadaannya digambarkan sebegini.....

 sadis bukan?  (T__T)



kendian aku berangan2 maukan laundry area aku sebegini..

sikit sketch yang aku buat,
 dengan keluasan yang tak seberapa, maka ni jer laa yang terbaik aku rasa boleh dibuat.
setakat ni laa... 



macam yang aku penah bagitau..
untuk dapat laundry area macam yang aku nak ni aku kena:

1) cabut sinki batu (wash basin)
2) pasang kepala paip untuk mesin basuh
3) kopek 6 ketul tiles yang ada kat dinding
4) tebuk dinding bilik air untuk saluran air dari mesin basuh.

maka, dekat nak hujung abis maternity leave aritu gigihlaaa aku mencarik kontraktor yang mau buat keje kecik renovasi kat area ni
dan alhamdulillah akhirnya berhasil..
kurang sehari aku nak naik keje beliau datang setelkan problem kami..
dengan upah RM300.00.......

 sinki batu (wash basin) dah selamat dicabut dan diganti dengan kepala paip..



 6 ketul tiles dah selamat dikopek dan diplaster semula..



 dan dinding bilik air dah berjaya ditebuk tanpa merosakkan tiles yang ada.. (kadar tiles yang terpecah adalah sangat minimum)



alhamdulillah....aku rasa akulah manusia paling lega sekarang ni.
poyosssss!!!
hahahah!

so lepas setel tu semua aku pun kemas2 la sket area ni.
first thing first, aku sediakan ruang untuk susun bakul laundry.
untuk dapat sama macam yang aku sketch tu, aku guna rak macam kat bawah ni..

rak ni memang dah lama ada kat rumah.
dulu aku guna untuk letak microwave & perkakas elektrik yang lain tapi since untuk microwave aku dah sediakan rak lain so rak ni terbiar tak diguna.
alhamdulillah...tinggi rak ni cun2 macam yang aku nak. 



 aku just rapatkan je ke sebelah mesin basuh.
kalau ikut planning asal patutnya mesin basuh tu kat belah kanan & bakul laundry kat belah kiri but since saluran air dari mesin basuh tu quite pendek untuk sampai ke lubang yang baru tebuk tu so terpaksa laa aku ubah sket susunannya. 
still nampak ok macam yang aku nak.
yang penting kemas.

untuk botol2 detergent tu semua, patutnya kena susun kat wall hang shelf yang dipasang kat dinding.
tapi since wall shelf tu still dalam progress & masih belum siap sepenuhnya (DIY by incik asben), so buat sementara aku just selit2 je dulu susun kat tepi rak bakul laundry tu..



ni view dari tepi. view dari depan lupa nak snap. kahkahkah!
pintu yang nampak tu pintu untuk ke bilik air no. 2
mesin basuh dah tak mengganggu lalu-lintas... (:p)



ok laa...utk part 1 ni, tu je laa dulu aku nak kongsi.
nanti dah siap wall shelf tu aku akan kongsikan lagi dalam part 2.
dan jugak sikit dekorasinya.
insya-Allah....
semoga dipermudahkan....


aminnn....


k,bye
(^______^)



Wednesday 7 January 2015

Bilik No. 3: Misi Menyetelkan Masalah Curtain Terbarai


salam & hye..
lamaaaaaaaaanyer tak update blog ni.
dah naik sawang dah ni.
betul tak apa aku penah kata before this.
cuti bersalin memang tak mandang laa blog ni.
skang ni aku dah start keje hari pertama.
so, welcome back! (cehh..poyo benoo rasa)


untuk harini aku just nak share pasal curtain kat rak storage kat umah aku ni.
ingat lagi pasal storage rack tu?
tak ingat takpe.
bole klik SINI dan SINI jugak untuk refresh minda.
miahahaahhaaa...


cuti bersalin aritu curtain kat rak aku ni buat hal.
ntah majuk pasal ape asyik laaa dok nak jatuh terburai kat lantai.
jenuh laaa asyik keje nak membetulkan dia jer.
makin lamaa makin teruk pulak dia buat perangai.
langsung tak maunya dia lekat.
haishhh....memang tebakooo jer rasa hati.



 tu ko nengok laa tu.
sakit tak sakit hati menengok perangai ngengada dia.
asyik nak dok terbarai kat lantai tu.
aku tampal balik jatuh. tampal jatuh. tampal lagi jatuh lagi.
fedap oiii!!


aku syak double tape aku dah sabotaj curtain tu.
tak kuat agaknya nak menampung berat curtain tu.
tu pasal asyik nak jatuh jer.
pasal dah sakit hati sangat terpaksa jugak laaa carik solusi.
fikir punya fikir dapat satu idea.
tingggg!!!



 since double tape yang aku pakai before this dah tak berkesan (kira projek gagal laaa ni..) dan since rak ni ada lubang skru (refer gambar atas tu) so aku pun dapat satu idea. aku amik puncher then terus tebuk velcro tape yang aku guna untuk lekatkan curtain tu.



 ni rupa velcro tape yang dahpun aku tebuk. ukur ngam2 tepat dengan lubang skru yang ada kat rak tu.
lepas tu korang tau apa aku buat?



aku ikat dengan cable tie.
aku buat camni kat setiap hujung rak. rak aku ada 3 ketul so semua skali 6 lubang aku tebuk dan ikat cable tie. lepas tu aku kemaskan cable tie tu sket. potong hujung2 yang lebih2 tu.
then aku gantung semula curtain yang sedia ada.


hasilnya?
alhamdulillah...sejak dari hari aku buat camni (minggu ke-3 aku berpantang) until now aku dah start keje dah takde lagi masalah curtain kat rak tu tanggal dan jatuh ke bawah.

misi berjaya!
problem solved!!

yeayyyy!!!



k, bye!
(^_______^)