Wednesday 24 August 2016

Random: Mak Naga Yang Stress!


Salam & hye..

penah tak korang rasa stress? tipu laa kan kalo tak penah langsung. kalo ada yang kata dia tak penah langsung rasa stress sepanjang idup dia, meh pm aku. aku nak berguru dengan dia. hahah!

eh dah nape la pulak arini aku tulis pasal stress? hahah! sebab aku agak stress skang ni. sejak dari lepas raya tempohari sampai ke hari ni anak2 berulang2 demam. sihat yang abang, demam si adik. sihat si adik, demam semula si abang. sihat si abang, si adik pulak take turn lagi. bergilir2. belum nampak lagi kesudahan yang betul2 sudah untuk episod demam ni. cuma alhamdulillah si emak selaku orang yang menghandle anak2 sakit ni masih boleh bertahan lagi. janganlaaa sampai maknya pulak yang tumbang nanti. mau haru satu rumah. dah tu celah mana pulak yang stress nya aku nih?

aku agak stress benonyer dengan keadaan cenggini. keadaan anak2 sakit ulang2 ni la. bukan la stress sebab nak kena berjaga malam pantau demam anak. tapi stress sebab aku baru jer tukar tempat keje. masih dalam tempoh probation. nam bulan probation! bila sebut probation memang bayang2 nak ambik cuti tu memang nan hado lah kan. prestasi keje nak kena jaga but at the same time risau tinggalkan anak sakit kat mertua. kesian kat anak2. lagi kesian pada yang menjaga sepanjang aku keje. okeh, stress disitu!

haaa dah nampak dah yang aku tengah stress? hahah!

lagi pulak sejak anak dah dua ni aku macam susah nak kawal emosi. cepat betul nak temper. memang hari2 laa anak2 kena marah kena bebel. sometimes kena lepuk. padahal budak2 tu kecik jer lagi. sian kat diorang. tapi nak buat cemaner. aku skang ni dah macam spesis mak naga dah. cuma belum kluo api jer lagik dari idung. hihi...

pada aku perangai mak2 cenggini memang sangat tak bagus laa untuk anak2. boleh effect pada emosi anak2. lagi2 anak2 yang dah masuk umur 3 tawun ke atas which diorang dah boleh ingat seketoi2 perbuatan2 parents dia pada dia. kalo dah mak tunjuk perangai buruk, hape ko harap pada perangai molek si anak? memang jangan nak harap lah!

hepakah yang sisi gelap haku nak citer sebenonyer ni hurh? mak naga yang tengah stress memang suka merapu kekdahnya. actually nya arini aku nak citer pasal menda kat bawah ni je. aku skang tengah aim menda alah ni lah. skang tengah kumpul duit nak dapat menda ni...



 Essential Oil.
yang aku aim ni brand Young Living.

korang penah dengar or baca pasal EO? dan kenape aku tengah aim menda ni? kalo refer pada intro aku kat atas tu, main point aku kat situ ialah STRESS dan MAK NAGA. as a conclusion, menda yang aku tengah aim macam kat atas tu ada kaitan dengan main point aku tadi. haihh ape jenis ayat aku guna nih? errrr korang paham ke paham?

actually, dah dekat nak setawun aku study pasal EO ni. dan aku rasa aku memang perlukan EO ni as one of ikhtiar untuk aku punya TERAPI EMOSI. terapi emosi hokeh! dari mana aku tau kewujudan EO? long story short, aku ada follow blog & fb sorang hamba Allah ni. dedulu follow sebab dia rajin share resepi homemade baby food. dia housewife. pjj dengan husband. dia kl - husband sabah. anak 3 orang kecik2. yang sulung baru tadika. hari2 jadi mak naga kat anak2 sebab stress jaga anak sorang2 kan. dari dia laa aku tau pasal EO. sejak dia anak dua, dia carik solution untuk control dia punya emosi supaya anak2 tak jadik mangsa amarah dia. dia jumpa EO ni. dan dia try satu. EO - JOY. and it works well to her. dia rasa lebih cool berbanding sebelumnya. sejak dari tu aku follow dia pasal EO sebab dia pun rajin story experience dia dengan EO. dari pakai untuk sendirik, dia skang dah jadik one of top agent. dari beli sebotol untuk cuba2, skang ni dia dah guna macam2 jenis EO bukan takat untuk terapi emosi tapi jugak untuk boost health development anak2 & dia sekeluarga. aku memang impress giler arrr benonyer. sebab tu laa aku memang teringin sangat nak dapatkan starter kit EO ni macam kat atas tu.

kalo ikutkan memula aku macam nak try beli sebotol2 dulu tapi lain2 EO lain2 benefit boleh dapat. dan aku ni pulak rasa macam banyak beno nak direpairnya kat diri aku ni. tambah pulak skang ni anak2 punya antibodi macam dah makin slow. so rasa macam its better aku amik starter kit ni terus la kot. buat terapi emosi untuk diri sendirik sambil2 boost anak2 punya health immune yang dah makin drop. lagipun bole dapat free diffuser. hihi..

untuk set premium starter kit ni harga dia RM7++ skali postage. quite pricey laa kan.. tapi insya-Allah berbaloi. dan aku pun tak la sedepuk kuar duit banyak camtu terus skali. aku join kutu. so tak laa rasa berat sangat nak membayo.. kan?

so, apa ada dalam starter kit?
korang akan dapat 11 jenis EO + seketoi diffuser + sample2 lain [errr aku lupa dapat apa lagi. boleh gugel untuk lebih info]



EO ni benonyer dia one of kaedah natural remedy la.. macam org dolu2 kalo anak2 kecik kena flu, sapu kunyit hidup kat hidung, kalo demam tempel asam jawa kat dahi or jerlum dengan air ramasan daun bunga raya. guna bahan2 semulajadi. tapi EO ni versi meminyak2. EO ni macam yang aku tulis kat atas tadi, ada macam2 jenis. dan dah mesti lah lain2 bau dia. ikut bahan yang diguna. ada PEPPERMINT, LAVENDER, THIEVES, LEMON, ROSE, COPAIBA, etc.. etc.. dan tiap2 EO ada benefit dia masing2. untuk starter kit, kat atas ni jenis2 EO yang akan aku dapat nanti dalam starter kit tu. setiap EO ada state skali kat gamba tu nama dan benefit dia. to be exact, aku aim yang STRESS AWAY tu la wey! hihi..

sebab apa aku terus go for starter kit instead of try dulu one bottle to another bottle? macam yang aku bagitau awal tadi laa... banyak sangat yang nak direpairnya aku ni haa.. Antaranya:

1) aku selalu sangat jadik mak naga kat anak2  - STRESS AWAY & LAVENDER
2) anak2 kerap demam berulang2  - THIEVES & LEMON
3) aku pun kerap sangat sakit kepala  - PEPPERMINT
4) rumah banyak habuk  - PURIFICATIONS

since macam banyak sangat nak dicuba so, it's better aku amik starter kit terus kan? hihih..




macam jugak yang aku tulis awal tadi, EO ni actually asalnya lebih kepada terapi emosi benonyer. yer laa... bau2an dari each EO tu boleh naikkan mood. penah tak kita fikir nape kita suka letak pewangi dalam rumah dalam keta? jawapan senang. mestila sebab kita nak rumah/keta bau wangi bau segar. kalo rumah dan cantik pastu wangi pulak tu confirm mood kita happy jer sepanjang hari. kan? 

konsep yang lebih kurang sama la jugak dengan EO ni. kita guna EO ni lebih kurang macam guna minyak wangi la jugak. either titis dalam diffuser pastu diffuse kasi wangi satu bilik or campur kat dalam minyak (olive oil or apa2 minyak yg sesuai) dengan kadar nisbah yang sesuai then calit2/roll jer kat tangan ke tapak kaki ke leher ke... EO tak boleh direct terus sapu ke kulit yer! nape tak boleh? jawapannya ialah sebab EO ni pure extract. contoh kalo ko try calit extract cili kat kulit. ko rasa apa rasa yang ko akan rasa? mau terbako melecur kulit kang. 

yg best pasal EO ialah dia memang dari bahan semulajadi. natural ingredient. bukan macam pewangi sintetik macam pewangi rumah or pewangi keta or perfume badan kita yang banyak bahan kimia tu. contoh kalau EO lavender, memang dapat extract dari bunga lavender tu sendiri. cuma ada laa proses2 dia tu yang rumit. nak dapat pati dia bukan senang wooo.. sebab tu harga mahal. sebotol memang cecah puluh2 ringgit. ada yang sampai ratus2. depends pada tahap kepayahan nak dapat extract bahan tu sendiri.






aku pun until skang masih mengumpul ilmu lagi pasal EO ni benonyer. banyak lagi yang tak tau. cuma setakat feedback dari kawan2 yang dah terjebak dengan EO ni memang positive feedback la yang aku dapat. mostly kata emosi diorang lebih better. lagi laa dah jadik mak2 ni kan. keje nak menaga jer laa dengan perangai & ragam anak. sejak diorang pakai EO, kurang sket laa menaga tu. still dapat control diorang punya mental, diorang punya temper. ada kawan aku sorang ni, anak dia kerap sakit. umur masih baby2 lagi. belum pun setahun. sakit sampai warded. mak mana yang tahan nengok anak asyik sakit je kan? tu one of reason dia terjebak dengan EO. sejak guna EO, nampak positive impact la kat anak dia. memang kurang kena sakit. bukan nak kata EO ni magic. tapi actually certain2 EO memang untuk boost kita punya health immune. macam herba. biasa orang2 cina banyak pakai herba kan kalo diorang sakit? macam kawan aku dia guna EO - THIEVES untuk increase immune anak dia. calit kat tapak kaki & diffuse skali. THIEVES kan kategori herba jugak kan? sama jer konsepnya cuma dah diconvert jadik minyak. dan lebih mudah nak guna. interesting tak?


dah tu.. dekat nak setawun aku kumpul info.
mana tak terjebak oiii!


so, since starter kit aku belum pun nampak bayang lagi maka aku tak dapat laa nak share apa positif impact yang aku dapat dari EO ni. buat masa ni aku excited nak share natural remedy ni sebab aku tau ramai lagi yang tak tau apa tu Essential Oil dan ada jugak yang memang tak penah dengar pun kan. kenapa EO? EO ni macam aku tulis kat atas tadi dia more to terapi emosi. so since dalam keadaan skang aku tau ramai mak2 kat luar sana yang mental dan emosi tak stabil macam aku. terlalu banyak tanggungjawab nak dilaksana dengan kudrat sorang pempuan yang ko sendirik pun tau tahap mana. ketenangan emosi sorang mak tu pada aku memang one of core factor laa untuk kesejahteraan keluarga. nape aku kata gitu? sebab if sorang mak tu emosinya kacau bilau, memang haru biru satu rumah. anak2 jadik mangsa amarah mak yang stress. sesama mak & bapak masam muka lagi2 kalo bapak kurang main peranan tolong urus hal rumah. mak pulak balik keje dah penat. mak mood swing, rumah tonggang langgang tader mood nak kemas. betul tak apa aku cakap?

pempuan = emosi + mood

dua benda ni sangat berkait rapat pada orang pempuan. dan paling banyak bagi kesan besar pada diri seorang pempuan. kan?

so kesimpulan besar yang aku boleh bagi kat sini berkait dengan EO ni ialah:

1) aku nak dapatkan ketenangan mental & emosi. bukan takat untuk aku je tapi untuk sekeluarga.  

2) aku nak boost health kitorang sekeluarga. 


ketenangan + kesihatan = priceless!

that's why aku tak takut nak melabur lebih pada EO ni.


k lah, panjang dah bebel. nanti lenkali aku share lagi info & benefit EO ni yek. lagi bagus kalo time tu aku dah guna & dah dapat health benefit yang aku nak. nak info cepat, korang bole gugel jer.. banyak dah orang explain pasal EO ni. aku jer yang lambat. hihi..

tata!





Wednesday 17 August 2016

Susunatur: Stationary Sendirian Berhad Kat Ofis



salam & hye..


semalam aku dah share pasal sikit deko atas meja ni. harini aku nak share sket pasal susunatur. lama dah kot tak share pasal susunatur kan? susunatur stationary.

jom layannn....



 since stationary aku ni agak banyak dan ada yang kecik2 macam pemadam, stick notes, dawai kokot (errr staples), gam, klip kertas, puncher, etc, etc... makanya aku rasa sangat serabut bila letak jer kat atas meja.

stationary yang panjang2 macam pen-pensel-pembaris tu sume aku sumbat dalam holder bulat tu.. dah lama wooo berjasa holder tu. sejak aku mula2 kenal alam keje lagi kewujudan beliau tu. tiap kali tukar keja memang aku angkut masuk company baru. tapi untuk stationary kecik2 macam aku tulis atas tu tak sesuai nak sumbat dalam pen holder tu sebab nanti payah nak ambik. kena tuang semua atas meja baru bole dapat barang yang dicarik. leceh! 

so untuk kali ni aku nak buat kelainan sket. tamau dah ada serabut2 stationary atas meja. aku nak sumbat semua dalam laci. baru laa lagi nampak kemas kot... kan?



 ni drawer memang ada kat tepi meja. semua skali ada 3 drawer. ni drawer paling atas. kosong je before this. since takdak partition2 dalam ni so aku rasa tak syok nak sumbat cenggitu jer all the stationaries dalam ni. aku tak suka sebab end up nanti semua bercampur aduk. lagi pening kepala aku nak carik barang.

so, 1st thing, aku perlukan partition. nak DIY rasa tak rajin.



 gali2 barang dalam stor, aku terjumpa ini. partition ni sebenarnya partition asal dalam kabinet dapur aku. aku penah share dulu dalam entry INI kenapa aku tak guna partition ni untuk susun semua senduk-sudip-sudu-garfu aku. yang tu aku DIY sendirik jer. so menda ni memang tak digunakan langsung sejak tu.

terus aku angkut ke ofis...



 try masukkan dalam drawer. lebar ok tapi panjang tak ngam. partition ni lebih panjang sket dalam 1cm dari drawer. terjongket jadiknya.. kuciwaaa....

tapi aku tak putus asa. try punya try dapat idea.



 aku guna chopstik pakai buang ni sebagai penyelamat.. 

patahkan ikut panjang yang aku nak..



 selit kat tepi drawer buat stand untuk partition ni. tujuannya nak bagi partition ni sekata dengan bahagian belakang. kalo tak terjongket dia..



 untuk sebelah lagi aku standkan kat tangkai kunci ni jer... 

so, bole pakai dah partition aku.

kalo rajin sket sok2 aku DIY partition yang baru. lebih proper. kot laa kalo rajin. kalo tak, guna apa yang ada ni jer... so far ok jer kat mata aku. tader nampak cacat pooonn...



 so, ni laaa hasil lepas dah susun semua...



 lebih kemas teratur..



 mudah nak capai..





dannnn.....



atas meja pun semakin lapang...



yeayyy!

k, lah. itu sajor perkongsian untuk arini.
tata!



Tuesday 16 August 2016

Penyeri Meja



salam & hye...

dah minggu ke-3 kat opis ni. cepat betul rasanya masa berlalu. masih lagi dalam proses nak adapt dengan environment kat sini - persekitaran, kerja, kawan2 & lifestyle (?).

eh apa barang nak citer pasal keje pulak ni kan? meh aku nak share sket penyeri meja aku since masuk minggu ke-3 kat sini. start dari aku share area tempat duduk aku aritu kat entry lepas, ada laa sket progress dia.... sikit jer tak banyak. sikit yaa amatt! tapi ok la kan dari tader langsung. huhii....

jom ah nengok apa progress yang ada.. (",)



SEBELUM
kosong tader pape. stakat seketoi botol air kaler kuning, selain dari tu, warna yang ada semua pale..



SELEPAS
lepas dah puas dok menggali apa yang ada kat rumah, ni lah hasilnya..
1) file organizer kaler hijau mint sejak dari zaman study
2) tin kuning bekas isi barang untuk laundry dulu if sape2 yang penah follow entry aku yang INI dulu. tin tu aku sumbatkan dengan artificial rumput beli murah2 kat kedai barang kawen sebelum2 ni. so jadik laa pasu..
3) kebetulan dapat stationary berwarna-warni - stepler oren, gunting pink.. 


nampak ceria tepi meja aku dah skang.. =)




SEBELUM
 tepi pc takdok pape.. ada hasil seni tak siap jer..



 SELEPAS
bawak bebudak pegi zoo johor awal bulan ritu. beli laaaa gambo skali ngan frame ni buat kenangan. hangkut terus bawak ke ofis buat sumber inspirasi time keje.... 

ceriaaaaa sket.. (^_^)



k lah. tu je pun yang ada kat meja aku takat ni. selain dari tu penuh dgn kertas2 keje je. harap makin tambah semangat nak hadap keje sehari2.


tata!




Sunday 14 August 2016

Random: Nikmat Yang Tak Terdustakan


salam & hye..


salah satu benefit untuk staf dalam company ni...

alhamdulillah..


"dan sucikanlah hartamu..

sesungguhnya di sebahagian harta yang kau miliki ada hak orang lain didalamnya.."






Tuesday 9 August 2016

Ofis Baru & Idea Deko


salam & hye...

alhamdulillah dah pun di minggu ke-2 kat opis baru.

persekitaran baru.
kawan2 baru.
tempat duduk baru.
skop keje baru.
tanggungjawab baru.
serba-serbi baru.

so far aku ok jer kat sini.. (^__^)



full view.

ni laa tempat duduk baru aku.
baru yang aku maksudkan ialah ''aku baru nampak''.
bukan baru yang betul2 baru dari kedai tu.
cuma pc & kosi jer yang baru.
huhiii... :p
kat dinding blakang tu korang takyah nak fefeeling peta dunia sgt la ehh..
tu bekas hasil2 seni orang lama yang dok tempat ni dulu
keliling dinding kot ada hasil seni dia..
pfffttt!



hasil seni dinding tepi pc.



hasil seni dinding blakang kosi



 full view dinding kanan



full view dinding kiri



 view meja



keliling dinding tempat aku ni penuh dgn kesan2 hasil seni tak siap. agak sakit mata la jugak nak nengok. paling sadis, dlm minggu pertama aku, tiap org yang datang kat meja aku mesti cakap soh touch-up sket dinding. boss pun tak terkecuali. sadis! baru 1st week kot... kasik pelan2 sket arr kayuh bab deko2 tempat duduk ni.. untuk bulan 1st nih kita kasik hadam skop keje dulu kot. ye dok?

memang ada plan laa sket2 nak deko tempat ni. bukan major laa... macam dorang cakap, deko sket2 kasik berseri. aku plan nak tampal wallpaper melintang betul2 kat tengah2 dinding untuk semua area ni. kebetulan hasil seni yang ada ni sume memang ada kat area tengah dinding je. kira nasib baik laa tu.. senang sket dapat idea nak cover caner. corak wallpaper masih dalam pertimbangan lagi. kat certain dinding nak letak frame zikir or Allah Muhammad. DIY yang simple2 jer kot. jimat & senang nak gantung. tampal double tape 3M je. takyah nak pikir nak mintak tolong sape nak mendrill bagai tu. letak pasu bunga comey2 sket atas meja buat tambah seri. tambah lagi frame gambo family.

nengoklah caner nanti. kang kalo dah jadik plan ni, aku share kat korang ekk.. skang ni apa pun tader lagi. nak beriya sgt awal2 ni masih malu2 meow lagik. hahah! almaklumlah... kita ni orang baru kann.. masih dalam probation period lak tu. nam bulan weyh probation! pitam jap.

k lah, saje jer kasik bebel sket. macam dah lama jek nyepi blog ni.

tu je.
tata!