Thursday 12 January 2017

Opening Entry 2017 : Ruang Belajar Anak-Anak


salam & hye..

woiihhhh...dalam tak sedar kejap jer dah masuk tawun 2017. hopefully belum lambat lagi lah kot untuk aku wish Selamat Tahun Baru buat semua readers (ada reader ke?kah kah!) blog ni. 

so, untuk tawun 2017 ni, aku nak mulakan sharing dengan ruang belajar anak-anak. sebab apa aku mulakan dengan ruang ni? sebab kebiasaan cerita tawun baru memang orang akan lebih fokus pasal anak baru masuk sekolah, anak baru mula tadika, anak baru darjah satu, etc.. etc.. semua yang melibatkan pembelajaran anak. btol tak? makanya, aku rasa post pertama aku untuk tawun 2017 ni memang kena sgt la dengan semangat mak2 yg concern pasal hal pembelajaran anak yang masih menebal dalam diri masing2. termasuk laaa aku... ye tak? hihii..

jadi moh ler kita intai sesama....



ni laa ruang belajar yang aku maksudkan..

actually, aku memang ada pasang niat nak buat satu ruang untuk tempat anak2 blaja or at least rasa selesa laa nak siapkan homework2. tapi takdelaa seawal ni nak sediakan since Ammar pun masih tadika lagi. next year baru darjah satu. before ni memang ada satu meja kecik aku beli dulu untuk dia. aku penah share dalam ENTRY NI. tapi meja tu dah pun arwah di kerjakan dek tuan punya badan sendirik. since that, dah takde dah meja tempat Ammar buat homework. biasa2nya aku ajak dia buat kat meja makan je.

kewujudan area blaja ni memang sangat spontan. semuanya gara2 tok laki tetiba bawak balik desktop 2nd hand ke rumah. katanya beli dari adik dia yang keje kat UTM. sejak dia bawak balik desktop tu memang hari2 la dok berzikir pasal meja komputer. maka sejak tu laa jugak aku menimbang2 untuk sediakan jer terus area blaja untuk anak2. dah alang2 nak beli meja komputer baiklah beli yang boleh untuk kegunaan bersama. selain jimat ruang, boleh eratkan lagi hubungan keluarga. bapak-mak-anak2 boleh guna sama2. ye dok? hihi.. 



area blaja ni aku tempatkan kat bilik no. 2. kira senang kata aku rombak balik la semua susunatur kat dalam bilik ni buat kesekian kalinya dari susunatur yang asal aku pernah share dalam ENTRY NI dulu. 

ni view dari pintu masuk bilik.

dan secara tak sengaja jugak baru aku perasan yang semua perabot untuk area belaja ni aku guna barang IKEA. hahah! tak pernah tersedor sebelum2 ni. time nak taip entry ni nak bagitau perabot2 yang aku pakai baru aku perasan. 

ok lah, untuk lebih detail, ni antara barang yang aku guna.. 



untuk meja aku guna MICKE ni. 





dua ketul kerusi ADDE.




dan satu unit MULIG shelving unit yang kurus.



Rak Mulig ni aku beli dah lama. ni lah barang IKEA pertama yg aku beli. time tu belum ada lg PS untuk penduduk JB so aku order dgn PS dari KL. quite costly laa sebab charge upah dgn postage skali kan. tapi alhamdulillah barang yang dapat memang kualiti puas hati.

aku susun2 barang cenggini jer kat rak mulig tu. total ada 5 compartment. dua compartment yang bawah aku sumbat dgn SKUBB box saiz besar buat isi segala mainan anak2. yang korang nampak CPU terjulur yang atas dia ada speaker dgn seketul pasu bunga tu, tu compartment ke-3. sebelah CPU tu ada box beli dari MR.DIY. aku isikan dengan surah2 yasin & kitab2 yang kecik2. belum ada tempat khas untuk mereka jadi aku letak situ dulu. insya-Allah ada plan untuk tempat yang lebih proper untuk 'mereka. compartment ke-4 & ke-5 sama konsep dan isi cuma aku susun bersilang. dalam basket hijau & box tutup biru tu aku isikan dengan mainan anak2 yang bersaiz kecik macam lego, soft toys kecik2, etc.. yang dalam paper file bunga2 tu buku2 sekolah Ammar tahun lepas & jugak buku2 berunsur ilmiah untuk anak2. kalo letak rendah2 & nampak pada pandangan mata diorang memang habis lunyai kena conteng & koyak.



kat tepi rak mulig tu aku gantungkan dengan pocket holder beli dari MR.DIY. aku penah share pasal pocket holder ni dalam ENTRY NI. dalam each pocket aku sumbatkan sket buku2 just nak attract bebudak ni punya interest pada sumber bacaan. memang berjaya lah aku punya plan ni tapi berjaya disepah2kan ajer especially si budak kenit Adelia. skang2 ni keje2 menyepah rumah memang tugas hakiki beliau..



seketul pasu bunga buat hiasan. guna apa yang ada jer kat umah ni. tak kose nak membeli hiasan2 buat masa ni.



ni sikit barang yang ada atas meja. saje buat tambah2 seri.. meh zoom apa yang ada..



rak buku beli dari GIANT lama dulu. aku selitkan jer buku2 kecik & buku nota kosong. senang kalo nak tulis note or apa2. tak yah sesusah nak carik kertas kosong. just pick jer either one atas meja tu. ada terselit seketol buku nama-nama anak. saja letak situ. boleh jugak buat belek2 nak pilih nama untuk baby dalam perut ni haaa... hihi

selitkan jugak seketol kucing peliharaan Adelia. aku nengok terbongkang kucing di disepah2. kutip jer laa selit kat situ. elok pulak matching kaler oren sama macam rak buku tu.

kat tepi rak buku ada seketul bekas tutup kuning. buat masa ni aku guna buat isi stationary Ammar. buat masa ni biar gitu dulu. ada plan nak masuk dalam container macam kat ikea tu then gantung kat dinding tapi bukan buat masa sekarang kot. abis karang disepah2nya nanti.. lagi2 dak kenit tu..



dari angle lain pulak. botol kaler peach tu hadiah dari teacher Ammar sempena majlis konvo budak2 6 tahun last year. aku biar dalam tu sebab tu magic pen. botol tu tak boleh senang2 nak dibukak. kang kalo dapat kat tangan budak Adelia memang abis jahanam laaa semua tempat dia conteng. pantang dapat pen budak tu. memang ke dinding laa peginya. pandai pulak kalo kasik pensel or kaler kayu dia tak mau.

kat hujung tu aku gantungkan white board lama Ammar. masih elok lagi cuma markernya jer dah jahanam dikerjakan bebudak. malas aku nak beli yang baru.



sikit hiasan dinding. frame beli dah lama kat GIANT dulu. harga seketul RM5 kot time tu. lama sangat dah frame dgn isi2nya ni. aku buat time baru datang semangat nak re-arrange rumah ni masa baru2 abis blaja dulu. around awal 2014 kot. skang ni baru dapat tempat yang sesuai nak gantung. ok la tu kannn... isinya tu pun aku just google jer pastu print.



some view..



another view..



ok lah, tu jer aku nak share untuk ruang blaja anak2 ni. actually banyak jer meja2 biasa kat luar tu yang jauh lebih murah tapi aku decide pilih Ikea sebab boleh choose saiz yang aku nak. panjang dan lebar dia tu yang penting supaya perabot2 aku tak makan space then end up bilik jadik sempit & serabut. bilik2 yang ada kat umah ni tak beso mana so nak kena bijak memilih. so far overall aku memang puas hati dengan saiz & material meja ni. berbaloi laa beli especially bila fikirkan untuk long term.


untuk ruang2 lain dalam bilik ni yang dah aku re-arrange sejak kewujudan ruang blaja ni, lenkali aku share ekk.. tengah tunggu PS hantar LENNART untuk susun baju2 baby baru. hihihhh... :p




okey, jumpa lagi next entry.
Insya-Allah..

adioss~