Friday 18 June 2021

Random: Titian Perjalanan

 tadi buat spring cleaning sikit kat rak simpanan. tak semena terjumpa kotak gambar2 lama. berhenti. lama. termenung. merenung. segala isi kotak ditunggang keluar. gambar2 lama menyapa mata. memori lama berlayar depan mata macam roll filem diputar dalam panggung wayang.

aduhaiiiii... 

ini yang paling aku tak kuat.

~22 tahun yang lalu~


-----------------------------------------------------


segala kenangan sepanjang perjalanan hidup berputar satu demi satu.

setiap orang yang datang dan pergi.

setiap kisah yang terlakar.

tentang rasa.

tentang suka dan duka.

tentang sedih dan gembira.

tentang cinta dan cita-cita.

tentang penat dan lelah.

tentang jatuh dan bangun.

tentang segalanya.


cuma satu yang dapat aku simpulkan.

hanya satu kebenaran dalam segalanya.


tentang RUKUN IMAN KE-6


qada' dan qadar.

segala rahsia dan rencana.

adalah milik Allah jua.

kerana dia PENCIPTA.

dan kita hanya HAMBA.

setiap cantiknya susunan DIA..pasti ada hikmah disebaliknya.

maka yakinlah!


Monday 22 March 2021

Random : Rindu ~

 Rindu


nak bebel2 dalam ni

nak merapu merepek dalam ni

nak tulis macam2 dalam ni


terlalu banyak cerita

terlalu banyak peristiwa

terlalu sarat dengan rahsia


hujungnya aku hanya mampu diam

tak menulis tak mengarang

tak sedikit pun lapang yang senggang


dalam tak sedar

dah 3 tahun berlalu

menanti sawang disapu

tunggulah

ada masa nanti

aku coretkan lagi