Monday 30 March 2015

[x susun] + [x atur] = rumah aku!


salam & hye..

lama tak jenguk blog ni
dan lama jugak tak update pasal susunatur
alasan?
tak berkesempatan


lately ni agak busy dgn keje
almost tiap hari sampai rumah dah lepas waktu maghrib
balik rumah cuma sempat settlekan aktiviti harian

* breastfeed & tidokan baby dalam buai
* label & simpan stok susu perahan - sumbat icepack dalam freezer
* basuh botol2 susu & peralatan mengepam - steril - simpan kat rak pengering
* mandi - solat - makan (dah lama tak masak weekdays weyhh!)
* celah2kan masa yang ada utk basuh baju - clearkan pinggan2 kotor dalam sinki - kemas dapur
* layan ammar - rehat kejap sambil lipat kain - jeling2 rancangan tv - salinkan ammar pampers & baju tido

nampak macam kejenya simple tapi bila dipraktikkan tak sedar masa berlalu pantas
tau2 dah dekat pukul 11
badan dah letih mata mintak tido
bawak baby masuk bilik - tukar pampers & baju tido - bf lagi - tidokan 
selalunya skali dgn aku hanyut terus tido-mati-tak-sedar-apa

makanya memang tak mandang dah hal2 susunatur
rumah pun dah macam tongkang pecah
tunggang terbalik segala
mainan ammar bertabur sana sini
barang2 pun bubuh saja merata
mood menyusun atur pun lately ni dah makin kelaut
saka malas dah merasuk gamaknya
malassss yang amat la haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........!!


maka, cuci jer lah mata korang dgn keadaan serba tak senonoh niiii..
enjoyyy!!
heyyy heyyy heyyyy..!!




 bilik no. 1



 bilik no. 2



bilik no. 3



gambar tak senonoh tak payah nak zoom beso sangat la weyhh!
buat malu jerr

tengah kumpul kekuatan utk re-organize semua semula
sambil mencari2 idea susunatur yang lebih praktikal
& yang penting boleh bertahan lama
& tak menyusahkan

kasik pelan2 kayuh!


[boleh tahan dia punya tahap huruhara bila anak dah lebih 1 nih ekk. huhu!]
[tambah huruhara bila bayi asyik laaa nak memerap]
[kalo bole 24/7 dia nak soh kita dok dodoi dia ajer]
[pengsan mak ko ni nak!]


doakan rumah aku tak bertukar jadik kotai pekerja asing!
berusahalahhhh!!!


k, babai..