Friday 30 October 2015

Hiasan Dinding: Rumah Kunci


salam & hye..

arini aku nak share pasal one of hiasan dinding yang ada kat ruang tamu rumah aku ni.
tempat simpan kunci2.
atau rumah kunci.

kat rumah aku ni, kitorang simpan segala kunci rumah-kunci moto-kunci keta kat dalam satu tempat yang sama.
meh nengok kat mana kitorang simpan.



ko nampak benda petak kaler gelap seketol kat dinding tu?
haaaa kat situ la tempatnya.
dalam rumah kunci.
lokasi dekat dgn DB (distribution board) atau bahasa melayunya.....
eeerrrrrrr  ntohlerr tak kose teman nak gugel
kikiki

kewujudan rumah kunci tu secara tak langsung jadik part of hiasan dinding rumah aku laa kan..
ye tak?



ni zoom in.
macam ni laaa rupa rumah kunci kitorang.
beli lama dah dari masa bulan2 awal kitorang duduk rumah ni 5 tahun lepas.
tak ingat beli katne. air hitam kot?
sejak kewujudan rumah kunci ni, alhamdulillah kitorang somi-isteri memang otomatik jadik disiplin simpan kunci dalam ni.
sebelum2 tu main aci bubuh je merata2.
pastu time nak guna lupa dah kat mana letaknya.
tapi sejak ada ni memang tak penah lagi dah timbul masalah lupa letak kunci.
time nak guna carik je laaa dalam 'rumah' tu.
insya-Allah ada.



ni keadaannya bila pintu dibukak.
ada dua row atas dan bawah.
setiap row ada 3 cangkuk untuk gantung kunci.
gantung laaaa sebanyak mana pun kunci yang korang nak.
asalkan pintunya boleh ditutup balik.



untuk rumah kunci kat rumah aku ni, asben dah susun siap2 tiap2 kunci.
row atas dia dah tetapkan untuk kunci2 moto & keta.
dan row bawah untuk kunci rumah ---> kunci segala mak nenek pintu, grill & pagar.
aku sekadar menurut perintah.
baeeekkkklahh!!



aku ada nampak design yang lebih smart time pegi romantika aritu.
memang lagi semmmatt ahh!!
tapi memikirkan yang ada ni masih elok dan kukuh lagi
di tambah dgn aku tak jumpa sebarang concrete reason pun nak tukar yang baru
maka aku bior kan aje laa..
guna je la apa yang ada selagi masih elok.
takat rumah kunci je kot
kannn.....




k lah. tu je aku nak share.
benda simple.
hiasan mudah.
tapi disebaliknya banyak memudahkan urusan harian.


k, babai..



Tuesday 27 October 2015

Rak MULIG Di Dapur


salam & hye..


takde apa nak tulis
biar gambar berbicara...




SEBELUM..







SELEPAS..


Thursday 22 October 2015

Bilik No. 3: 3rd Revealed!

salam & hye..


lamaaaaaaaa blog ni terabai
sama lama terabainya rumah aku
agagagagagaaaa...

dalam ekonomi yg tak menentu sekarang,
aku makin busy
tuntutan desakan hidup
demi sesuap nasi
aisehh...ayat skema mari!

lama tak update pasal susunatur
ada je yang disusun-bertabur-diatur-berselerak-dikemas-berkecah kat rumah tu
standard ada anak2 kecik

untuk arini aku nak citer sket pasal susunatur bilik no. 3 yang baru.
alaahhhh bilik no. 3 tu....
yang jadi stor tu...
jadik bilik tetamu jugak tu......
boleh belek SINI dan SINI jugak kalau tak ingat

bilik ni dah ntah bape kali dah aku susun-ubah-sepah-susun balik-ubah balik-sepah balik
fungsi bilik pun dah aku tambah sikit
kalau dulu jadi pusat simpan barang2 merangkap bilik tetamu
tapi sejak ada baby ni aku tambah fungsinya lagi satu
maka bilik ni dah ada 3 fungsi

i.   - bilik simpan barang @ stor
ii.  - merangkap bilik tetamu
iii. - merangkap bilik iron


so far macam ni laa keadaan susunatur bilik ni yang sekarang...



bilik no. 3: tempat simpan barang



bilik no. 3: bilik tetamu



bilik no. 3: bilik iron



tak menjadik masalah pun utk combinekan bilik tetamu dgn stor barang
terutama bagi rumah yg kecik & ruang bilik terhad 
asalkan barang2 disusun kemas
dan sentiasa pastikan bilik bersih & bebas dari habuk
lagipun tetamu bukan tiap hari ada
ye tak?

aku sengaja tambah fungsi bilik ni supaya aku boleh masuk bilik ni dgn lebih kerap
jadi bilik ni tak terabai langsung
walaupun takde tetamu
tiap2 hari mmg kitorang akan masuk bilik ni
tu yang aku nak
sebab ada ustaz pesan....
"jangan biarkan ada satu pun ruang dalam rumah yang dibiarkan sepi (cth: ruang stor)
sebab tiap yang kosong tu akan ada 'penghuni' menumpanginya.."

sejauh mana kebenaran, wallahualam...
hanya Yang Esa maha mengetahui..


ok babai!