Monday 16 February 2015

Masalah Syiling Bertabur Semasa Sesi Mendobi



salam & hye..


ntah aku benonyer tak tau nak bubuh tajuk apa yang sesuai.
bior lantak dia disitu.
ni tentang masalah orang lelaki yang tak suka guna duit syiling time nak membayor.
maka duit syiling penuh dalam poket.
eh?


aku kat rumah ni memang bermasalah nak check seketol2 tiap poket seluar time nak mendobi.
ntah nape sangat2 lah tak rajin.
selalu2 aku just kutip dari bakul then kebas2 kasik bukak segala lipatan pastu sumbat terus dalam mesin.
time nasib tak baik ada tisu or kertas terselit kat kocek, hambek ngkau habis ber'salji' semua kain baju.
terpaksa basuh semula. padan muka!
time nasib tak baik jugak berterabur duit syiling keluar dari poket.
time tu bunyik dalam mesin memang dah macam ada show wrestling.
debang debung bunyik syiling berlaga dengan dinding mesin basuh dalam tu.
time tak bape nak baik, butang sluar or baju tertanggal.
time kurang baik, brooch tudung lupa nak cabut sebelum basuh.
time spoil, mitten booties bayi tinggal sebelah lepas dicuci.
heran ke mana pulak pegi pasangannya??


bila salah satu perkara2 tak best dan tak bape nak best kat atas tu jadik, makanya kena laaa kutip satu2 apa yang dah bertabur dalam mesin basuh tu.
mesin aku pulak jenis semi-auto.
tiap kali lepas cuci kena transfer masuk dalam spin.
then buang air cucian.
time tu laaa baru nampak segala macam benda tertinggal dalam mesin tu.
dasar sangat pemalas nak check awal2 kan...
haaaa hambik ngko!


dulu2 kat area mesin basuh ni ada sinki (ingat lagi tentang sinki batu yg aku dah cabut tu?)
so time mengutip segala benda ni aku just longgok kat atas sinki tu.
tapi now since sinki pun dah selamat dicabut dah takde laa pulak tempat untuk kumpul semua menda2 ni.
nak terus letak kat bilik macam jauh benooo nak menapaknyer..
pemalas nyerrr la haiiiii..
heyyyy!


so, solusinya aku buat tempat khas untuk lambakan segala brooch or butang or syiling or apaper jer laa yang terjumpa time mendobi tu.....




aku buat cenggini ajerrr.....

aku guna 3 ketul baldi besi, 1 ketul adjustable rod, 2 ketol rod clip & 3 batang cable tie.
barang2 ni mudah jer didapat.
baldi besi tu aku beli kat Romantika. harga seketol RM7. memang dah siap berkaler gitu.
adjustable rod & 2 ketol rod clip beli dah lama kat Mr. DIY. tak ingat harga bape.
cable tie amik incik asben punya.



caranya...
aku lekatkan rod clip tu kat bawah wall shelf yang dah pun dipasang oleh incik asben tempohari.
clip tu memang dah ada doublesided tape. so just tampalkan ajer kat hujung2 shelf.
then amik rod pastu ukur adjust2 ikut panjang yang aku nak then clipkan kat rod clip tu.
mu pahe dok?



kalo tak bape nak paham ni aku kasik zoom-in sket rupa clip tu & cemane dia berfungsi..



then masukkan tangkai baldi kat rod dan ikatkan dengan cable tie supaya dia tak bergerak2.
kasik grip kuat2 keh!

last but not least, buatkan label untuk tiap satunya.
aku sediakan 3 jer..
satu untuk brooch/button.
satu untuk duit2 syiling
satu lagi untuk menda2 lain selain perkara2 diatas.
kikikiii...

macam biasa aku guna sticker Daiso jer untuk buat label ni.
mudah dan ringkas.
kalis air jugak sebab dia macam laminated gitu.



kasik belanja seketol lagi gambar full view.
zzzaaaassss......





k, till then.
bubyeee.....
(^______^)





5 comments: