Wednesday, 27 January 2016

Cerita Emas: Plan Tabungan 2016


salam & selamat tahun baru 2016.
yeaaahh tau dah 27 hari berlalu
tapi.....ada aku kesah?
hahah!


sejak ENTRY aku pasal kisah asb baru2 ni, alhamdulillah aku dah pun cancellkan loan tersebut minggu lepas. skg ni tengah dlm proses pemotongan yang kata pegawai bank tu ambik masa dalam sebulan. nak potong pun makan sebulan.. time nak apply dulu sehari jer dah setel dah. nampak tak permainan mereka kat situ? nampak tak? nampak tak? kikiki...


so, disebabkan skg aku dah takde duit tabungan 'kekal' [kekal lah sangat! tiap2 awal tahun dividen masuk abis di-enjoi. hahah!] makanya aku dah plan sesiap corak tabungan aku bermula tahun 2016 ni. plan tabungan aku ni ada 2 kategori. kategori pertama ialah tabung dunia dan kategori kedua pulak tabung akhirat. haaaaa...meh aku sharekan plan2 tabungan aku. cekidout~



KATEGORI PERTAMA: TABUNG DUNIA


TABUNG I:
ni aku labelkan sebagai tabung kecemasan. monthly aku bajet RM50.00 ajer untuk tabung ni (ikut kemampuan masing2 lah kan. untuk permulaan memang banyak ni jer dapat di-spent. Insya-Allah akan2 datang aku cuba naikkan jumlahnya. tujuan tabung ni utk hal2 kecemasan contohnya: rawatan klinik, kete breakdown, sambungan astro (hahah!), bla.. bla.. bla..

aku tau amount ni terlalu kecil tapi at least ada sumthing untuk cover sebab kecemasan bukan tiap2 bulan berlaku (nauzubillah..mintak jauh dari perkara2 buruk). jadi if takde berlaku apa2 kecemasan pada bulan tu makanya duit tersebut akan di bawa bulan hadapan sampailah ke penghujung tahun dan tengok bape baki yang tinggal nanti yer..

jangan komplen nape ada seketol jer duit dalam tu. baru start bulan Januari ni kan? so memang seketol jer laaa tu... hihih



TABUNG II:
tabung ni aku labelkan sebagai tabung satu warna. aku pilih duit RM5 untuk ditabungkan. kenapa RM5? sebab jumlahnya tak terlalu kecil dan tak jugak terlalu besar. just nice. tak rasa berat nak ditabungkan dan ada rasa sayang jugak nak guna. 

jumlah simpanan bulanan untuk tabung ni tak spesifik. bergantung kepada berapa byk duit RM5 yang kau dapat setiap bulan. kena set kat mind yang duit RM5 bukan untuk dibelanjakan. jadi paksakan diri untuk kata TIDAK pada wang kertas RM5. tiap2 kali dapat cepat2 asingkan dan sumbat dalam tabung.

baru ada seketol RM5 pada masa gambar diambil. sebab masih dalam tempoh percubaan jadi tempat simpan masih merata2. nak train diri punya pasal makanya tiap kali dapat RM5 aku terus asingkan laju2. nasib laa celah mana yang sempat aku selit. hahah!

ada terfikir nak try simpan RM20. sebab nak cepat dapat amount besar kan.... kihkihkih.. sekali pernah satu hari tu aku withdraw duit dari ATM RM200, sekali yang keluar semua RM20 ada 10 keping. menangis aku woiii!! terus tak jadik nak simpan RM20. 



TABUNG III:
ni tabung syiling 50sen. aku pilih satu jenis syiling je untuk disimpan. syiling2 yang lain aku kumpulkan dalam tabung anak2 aku. sebab apa aku pilih 50sen? sebab jumlah syiling yang paling besar so boleh dapat total amount besar cepat sikit. keji tak? hahah! 

tabung syiling ni buat santai2 jer. paling senang nak dapat sebab en. asben paling tak suka guna syiling. jadinya semua duit syiling beliau aku perembat! haha!



TABUNG IV:
tabung emas. ehsan gambar gugel. malu nak up sendirik punya sebab ada seketol camni jer. hahah! takpe, pelan2 kayuh. semua ni baru nak mula tahun 2016 ni kan... banyak masa lagi. 

dalam keadaan ekonomi tengah meruncing ni memang sesuai mulakan simpanan emas untuk tabungan. aku bukan jenis yang suka barang kemas so aku pilih emas keping atau omputih kata goldbar atau nama riak takaburnya jongkong! kihkihkih... jgn maraaa!!

emas bukan untuk simpanan jangka pendek tapi more to long-term investment. sebab apa aku kata cenggitu? sebab nilai emas sentiasa akan naik. tak pernah turun saban tahun malah makin mahal. dalam tempoh setahun memang akan ada turun naik harga emas tapi dalam ratio yang kecil. naik RM1 harini ---> besok turun RM2 ---> lusa naik balik RM3. macam tu la pusing2. tapi kalau dilihat secara keseluruhan... harga emas pada tahun 1990 cuma RM40-RM60 segram. tapi harini nilainya naik jadi RM160-RM180 segram. nampak tak kat situ? kalau sabar simpan sampai 10-20-30 tahun insya-Allah takkan rugi. emas takkan ada susutnilainya. malah makin hari makin bernilai.

emas memang ada disebut dalam Al-Quran dan simpan emas adalah sunnah. bila sesuatu perkara dah jelas disebut dalam Al-Quran maknanya perkara tu memang 'sumthing'. contoh kecil lain ----> lebah. tak perlu dipertikai lagi. dan sunnah menyimpan emas sebab bila cukup nasabnya maka wajib dizakat. untuk goldbar, nasab zakat emas bila beratnya 83gram dan ke atas. berzakat tu kan salah satu kaedah bersedekah.. sedekah tu kan jalan keluar kepada papa (miskin).. betoii dakk?

so, ini tabungan ke-IV aku. since aku dah cancel loan ASB, maka duit gaji bulan2 yang sebelum ni aku guna untuk bayar loan ASB akan aku gunakan untuk tabungan ke-IV ni. insya-Allah. 

1 gram ----> 1 bulan ----> 1 keluarga!







--------------------------------------------------------------------------------------------


KATEGORI KEDUA: TABUNG AKHIRAT


menabung, menabung juga...tapi jangan lupa sumbangan untuk diri kita sendiri 'esok'. semua tabung2 kat atas tu takkan kita bawak bila kita mati nanti. semua tu akan diwarisi oleh ahli keluarga yang tinggal. so, at least sediakan la satu tabung yang boleh kita bawak kemudian hari nanti. ye tak?

untuk kategori ini, aku cuma ada seketol tabung ni jer. ada RM1 dan RM10. aku labelkan tabung ni kepada 2 sebenarnya. tabung sedekah/jariah dan tabung sedekah subuh. aku combinekan keduanya sebab jumlah RM yang ada dalam ni tak kekal. akan sentiasa ada keluar dan masuk.


LABEL I: TABUNG SEDEKAH/JARIAH
aku spent RM10 seminggu untuk tabung ni. sebenarnya tak perlu tabung pun sebab bila nampak tabung2 jariah kat mana2 tempat yang kau pegi tu, kau sumbat jer laa dalam tabung tu. tabung ni just standby jer. if dalam minggu tu kau tak sumbat kat mana2 tabung amal makanya kau kena sumbat kat dalam tabung ni dan gunakan semula untuk tujuan jariah pada minggu akan datang. simple jer konsepnya....


LABEL II: TABUNG SEDEKAH SUBUH
aku baru tau pasal sedekah subuh ni awal tahun lepas. ada sorang sahabat share dalam fb. dan tu lah post terakhir beliau beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia. aku dah pernah cuba amalkan right after aku tau pasal sedekah ni. tapi tak konsisten. even sampai hari ni pun still blom dapat rentak lagi. semedang lupa. mana taknya kalau dah pepagi kocoh kacah nak buat itu ini memang manjang lupa la gamaknya. huhu..

konsep sedekah subuh ni simple. memang betullah pepagi buta celah mana kau nak jumpa fakir miskin or orang mintak derma ye tak? so, caranya mudah jer.. sediakan satu tabung then every subuh kau masukkan la bape jumlah yang kau rasa nak sedekahkan dalam tabung tu. cukup sebulan kau keluarkan dan sedekahkan pada sape2 fakir yang kau kenal / jumpa. ataupun boleh jugak kau belikan nasi lemak beberapa bungkus yang dapat dan hantar kat rumah anak yatim. ataupun kalau tak tau sangat nak bagi kat sape boleh jer masukkan dalam tabung surau / masjid. as simple as that. tapi fadhilatnya sangat-sangat-sangat besar. untungnya sape yang dah lama tau dan amalkan..... tapi x pe, belum lambat lagi nak mula... insya-Allah




ok lah, tu jer perkongsian yang agak berilmiah dari aku. selama2 ni padahal share entry ntah-hape-hape. kihkihkih.. maaf kalau ada yang rasa aku macam riak..macam takabur.. maaf sgt2. aku sekadar berkongsi ilmu yang aku ada. mana yang baik boleh ambik jadik tauladan/amalan. yang buruk simpan jadikan pengajaran dan jangan diaibkan. moga kita sama2 dapat sikit sebanyak manfaat untuk perkongsian ni.


aminnnn.....
takaballahuminkum.


bye!



9 comments:

  1. ohh sedekah subuh tu, baru tau..
    maknanya, masa simpan duit tu, niat mcm sedekah masa subuh la ek..
    klu enSuami solat subuh di masjid, lg best kan klu dpt sedekah masa tu..
    takziah utk kwn tu, semoga ilmu yg disampaikan ni, dpt beri manfaat utk dia..

    hey suka sgt 1g-1bulan-1keluarga tu..[nabilah dlm proses nak join as member]
    ijah beli sj, atau dh jd member sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oops, tabung tu, penutup nya U tebuk ke? boleh buka?

      Delete
    2. ha-ah..lepas solat subuh tu bole laa trus masukkan beberapa RM dlm tabung & niat as sedekah subuh. klu g masjid/surau bole terus sedekah direct jer.

      yg emas tu mmg dh join ahli mid tahun lepas tp baru ni nak mula kumpul. nabila nak join ke? jom arr sekali.. ada geng syok sket. hihi..

      tabung tu actually bekas garam+kunyit. tapi dh tak guna sebab tukar bekas lain. dari menyemak tak buat pape, guna je la jadik tabung. x tebuk lubang pun. time nak masukkan bukak je penutup. tengah fikir nak wrapkan tabung tu so x nampak isi dalam. heee..

      Delete
    3. ohh, bagus la dah daftar..
      nabilah tgh kumpul modal lg, almaklumlah suri rumah tak ada pendapatan..

      inshaAllah, klu dh cukup modal, mmg nak cpt2 daftar, hee

      Delete
    4. haritu join pun guna kutu.. RM90 x 5 bulan. ok laa x rasa terbeban sgt.. dan rezeki time tu cabut undi dpt yg 1st register.

      Delete
  2. Assalam, sis..salam ziarah..

    kite pun menabung emas tu... berguna time2 kecemasan...tp setakat ni x guna lg..sayang..hihi.. saving bekas2 camtu mmg perlu sbb saya ni jenis x disiplin nak ke bank tiap2 bulan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. waaa best2! dh banyak gram ke? jeles!

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian tabung-tabung ini. Bermanfaat.

    ReplyDelete