Monday 22 February 2016

Ruang Storan Tambahan Di Dapur


salam & hye!

lama tak bersiaran
tenggelam2 timbul ajer dah sekarang ni. hihi
sebenarnya ada jer proses susunatur berlangsung kat rumah tu cuma malas bebenor nak haplod dan citer
kadang tak sempat nak citer dah berterabur semula
neverending story....... haihh~

harini nak kongsi sikit jer
tak banyak
pasal ruang storan

aku ni sebenarnya heran dgn rumah aku ni
nak kata ramai manusia tinggal kat dalamnya tak jugak
setakat ni cuma ada 2 ketul dewasa dan 2 ketul kanak2 comel
tapi walaupun aku dah sediakan ruang storan kat bilik no. 3, tetapppp jugak tak mampu nak menampung segala mak nenek barang yang ada
ada yang menumpang kah?
jenggg... jenggg... jengggggg...!

kikiki gimik jer tu...
takde apa pun rumah aku ni
alhamdulillah..
cuma tu lah.. makin dikemas makin byk barang jadinya
tak tau laa aku dari mana datangnya
hmmmmm....mungkin nak kena buat sorting semula
dah lama sgt aku tak buat keje2 sorting
last buat 2 tawun lepas kot
mungkin sebab tu macam2 barang ntah apa2 yang tak guna masih disimpan

so, sementara keje2 sorting masih belum dilaksana ni, moh ler aku sharekan satu lagi ruang storan dalam rumah yang mungkin ada orang tak terfikir nak letak apa2 kat situ.
atau mungkin ada jer yang memang jadikan tempat tu ruang storan cuma tak proper keadaannya..
jom cekidout!



sila fokus pada ruang kosong atas kitchen kabinet.
selama 5 tahun aku duduk rumah ni tak pernah terlintas langsung nak buat area tu tempat storage barang2
sebab aku rasa macam tak proper letak situ
nampak macam serabut
lagipun dapur aku ni boleh nampak direct jer dari ruang tamu
so,memang tak pernah laa aku letak apa2 kat situ.
sampai laaa aku dah rasa terdesak dgn keadaan rumah yang makin banyak barang (serius tak paham datang dari mana barang2 banyak dalam rumah ni. ehehh!)
seriously aku memang terpaksa guna area ni untuk ruang storan
hopefully untuk sementara
jom nengok caner aku handle supaya tak nampak serabut kat mata



ni dia cara aku
aku guna 3 ketul SKUBB box saiz besar
(sebenonyer box ni tersalah beli. kirim ngan member pastu confiden nak saiz paling besar. sekali hambik kooo!!)
dalam each box tu ada macam2 barang aku sumbat
aku susun cantik2 atas tu pastu kat hujung kiri kanan aku letakkan bunga as penyeri
dah sebulan lebih aku buat ni
time buat tu en. asben takde kat rumah
so cepat2 aku kemaskan
kang kalo nampak ke dia mau kena bising
so far dari hari pertama aku susun atas ni sampai ke hari ni dia belum penah tegur lagi
tak pasti sama ada dia tak perasan atau dia nampak tapi buat tak tau sebab tak nampak serabut kat mata dia
aku rasa kemungkinan yang ke-2 tu betul
nak kata tak nampak macam tak logik laa kalo da hari2 dok kat umah. ye tak?



actually, mana2 part kat sekitar rumah pun boleh jadik ruang storan (jenis bulky storage laa maksud aku). 
asalkan kita tau cara nak handle dan buat penyamaran supaya tak ketara storage tu.
macam dalam kes aku ni...
memang aku tau ramai jer yang guna ruang atas KC tu as tempat simpan barang
especially penggemar2 tupperware
as long as kita tau macam mana nak handle, susun & serikan ruang tu.
macam aku cakap tadi, design rumah aku ni dari ruang tamu boleh nampak dapur
so memang nampak huduh laa kalo main bubuh jer segala atas tu
tu yang nak kena pandai handle.

owh lupa nak bagitau
box SKUBB ni takde menutup
so untuk elakkan haiwan2 perosak esp cicak, lipas & segala sisa2 buangan mereka, bolehlah taburkan ubat gegat dalam box tu. 
tapi untuk bekas2 makanan, jangan lupa masukkan dalam plastik dan ikat dulu before masukkan dalam box tu yer.


ok lah tu jer nak share.
bubbye~

6 comments:

  1. hi awakkkk..

    Kami ni lagi la pelikk..
    Duduk 2 orang tapi storage penuh..huhuhu..
    tunggu free nanti nak letgo mana-mana yang taknak guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la jugak. nak letgo mana2 yg memang tak guna pun. list barang dah ada dlm kepala. tinggal fikir mcm mana gaya nak letgo jer. sama ada buang/bagi orang/ jual murah/blablabla...

      Delete
  2. ok jugak idea ni. mungkin boleh dibuat atas almari pakaian sebab saya punya KC memang buat sampai siling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah rumah saya setiap atas almari ada jerrr barang. huhii

      Delete
  3. SKUBB box tu yg IKEA nye ke?

    alahai comel plak bunga atas tu..
    nabilah nye, penuh ja dgn kotak2 perkakas dapur..
    hentam saja la, xda tempat dah nak letak, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ikea ler tu... kalo kitchen tak hadap ruang tamu x pe. tersorok. rumah saya tak bole. mmg direct nampak dari hall. pening jadinya..

      Delete