Monday 21 March 2016

DIY: Jimatkan Masa Aktiviti Mengelap Lepas Masak (Portable Kabinet)


salam & hye.

sebelum mula cheq nak habaq sat ni... entry ni berkaitan dapur jenis portable saja yer. nape cheq kata gitu? jom meh cheq nak kongsi dgn hangpa semua..

*errrr....actually ni projek lama. aku pun dah tak ingat aku buat ni time dah bersalin anak 2nd or belum. sekarang anak 2nd dah umur setahun setengah.*



ni ruang keseluruhan dapur rumah aku. *gambar ambik dari arkib jer. tak koser nak ambik yang baru dan tambah tak koser nak edit. hahah!*

sebelum aku masuk tentang apa yang aku nak share ni, meh aku story sket kedudukan dapur aku ni. dapur aku ni jenis kongsi dengan dining area /ruang makan. kat bahagian hujung table top/kc yang ada rice cooker tu ada peti ais dan lepas tu terus ada area meja makan. berdepan dengan table top/kc tu bilik no. 2 dan ruang dobi berserta laluan ke bathroom 2. yang nampak tingkap & pintu sekerat tu, disebalik tu dah kawasan luar rumah. bole imejin? tak bole? x pe... abaikan. hahah!

masa memula dapat kunci rumah dulu, kitorang ada buat table top/kc seciput macam yang korang nampak tu la. dalam 5 kaki kot panjangnya. masa nak buat kc dulu kontraktor suggest buat L-shape terus sambung kat area tingkap tu. tapi aku tanak since belakang tu ada lebih kurang dalam 5 kaki lagi area. aku bajet nak buat renovation extend sket kat area tu nanti2 kalo ada bajet. so far bajet nan hado. tunggu orang datang derma. hihi! so setakat tu jer la area kc yg ada buat masa ni. since aku tak plan nak buat dapur masak atas kc tu sebab tanak ruang kerja jadik limited makanya terpaksa laa kena carik dapur masak jenis portable....


so the story begins.......... :p



 
dapur masak aku lebih kurang jenis cenggini. *sumber google*. lupa nak snap pic zoom-in dapur masak sendirik. sape tuan punya gambar ni mintak halal la yer.

so, kita refer balik layout dapur aku kat atas tu. since dah takde tempat strategik lain lagi untuk letak kabinet dapur ni maka nak-tak-nak terpaksa laa jugak aku letak berdepan dgn tingkap. aku tak suka sebenanyer tapi takde pilihan. bahagian lain memang dah ngam2 tempat meja makan.

risiko bila masak mengadap tingkap ialah susah nak bersihkan minyak2 yang terpercik kat celah2 tingkap & grill. ditambah lagi kabinet ni tak boleh nak betul2 rapat ke tingkap sebab ada grill tu. kalau aku rapatkan confirm kuali aku tak lepas nak tenggek atas dapur. sangkut dow! jadi masalah minyak merecik tu melalut2 sampai ke lantai dan dinding kat belakang kabinet. sekali dua ok la lagi nak bersihkan segala grill + tingkap + dinding + lantai. tapi kalau hari2 memang disaster! hahah! *aku jer yang rasa cenggitu kot padahal orang lain rilex2 jer.*

*sorry takde gambar pulak nak tunjuk disaster part tu*

jadinya...aku terpaksa perah otak untuk overcome masalah ni. if not, aku kena hadap untuk beberapa tahun lagi *mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun or mungkin sampai bila2* keadaan macam ni selagi duit derma tak kunjung tiba.. :p

lepas puas fikir, ni laa solution yang aku dapat masa awal2 dulu.. *errr sebelum tu aku ada try 3-4 cara tapi semuanya gagal.* hampeh!



actually tak tau ni try & error yang ke berapa. but so far ni yang terbaik kot antara yang sebelum2nya. yang ni pun aku just try2 je dulu time tu. caranya.. aku guna divider aluminium yang memang ada jual untuk dapur masak tu. caner nak explain eh? alaaa... kat memana ada byk jer jual menda alah aluminium ni... aku potong dua then lekatkat kat atas kertas kadbod (*kadbod dapat dari kotak2 terpakai) then kertas kadbod tu aku tapekan kat belakang dapur macam dalam gambar atas ni. tujuannya untuk kurangkan percik minyak jatuh ke lantai dan jugak lekat kat dinding. then kat area dinding & grill dapur tu pun aku gantungkan dengan cover untuk dapur jugak untuk tujuan yang sama. lebih mudah nak manage dapur. aku just lap kat area lapik aluminium & cover grill (warna putih bercorak2 dlm gambar) tu jer. kurang masalah minyak kat dinding & lantai. so tak perlu lagi nak lap/mop hari2. hujung minggu jer baru lap/mop bahagian bawah belakang kabinet dapur tu.

*sorry gambar yang ada ni lepas projek dah jadik half disaster. lupa nak snap yang baru2 siap*



ni divider dapur yang aku guna. aku potong dua dan cantumkan memanjang untuk dapatkan kepanjangan yang aku nak. apakah ayat bahasa melayu yang aku gunakan nih? *sumber google*



sebulan dua yang pertama nampak agak memuaskan hati. masuk bulan ke 4-5 kadbod dah mula lembik dan tape dah melekang sebab panas haba dapur. lama2 keadaannya jadik laaa macam dalam gambar atas tu. bila dah lembik cenggitu memang nan hado laaa nak lap. makin aku lap makin dia terturun ke bawah. haihhhh...projek gagal lagi! 

stress mak!

then, fikir idea lagi untuk penambah-baikan since idea yang tu agak ok cuma materialwise agak looser. *keruk-keruk kepala sambil tumis sayur*

tetiba one day idea muncul since aku guna rak mulig kat dapur & gantikan rak storan dapur yang lama. rak storan yang lama material habuk/partikel kayu (para) & plastik (tiang). since rak tu dah tak guna so aku ambik para-nya untuk projek DIY aku nih. selain dari tu, ada beberapa barang lain lagi yang perlu ada. aku share kat bawah ni barang2 yang aku guna..



yang warna pink & hitam tu para dari rak yang aku maksudkan. selain dari tu kena ada lapik aluminium dari jenis aluminium foil dan aluminium sheet. aluminium foil tu yang untuk wrap makanan tu & aluminium sheet pulak memang one of fungsi dia untuk alas dapur (bergulung). aluminium sheet tu aku beli kat daiso jer. beli yang paling lebar & panjang standard 10 meter kot. ntah tak ingat pulak. selain tu perlu ada binding tape. yang bergulung warna kuning+ungu tu sama material macam yang aku guna untuk cover grill & dinding kat atas tu. tak tau apa nama menda-alah ni. aku beli sebab saja nak gantikan yang lama tu. kasik naik seri sket. huhu!



ni rupa aluminium sheet yang aku maksudkan. *sumber google*




cara nak buat senang jer... 

1 - aku combinekan dua2 papan tu & wrapkan dengan binding tape dulu. kenapa guna dua papan? sebab satu papan jer tak cukup nak cover keseluruhan area nak letak tungku masak tu. 

2 - then, wrapkan setebal yang boleh keseluruhan papan dengan aluminium sheet diikuti aluminium foil. 

3 - gunakan binding tape or apa2 tape yang punya tahap lekatan yang kuat untuk lekatkan aluminium sheet & aluminium foil pada papan. aku tak berani nak guna gam sebab takut haba panas akan menyebabkan gam jadik cair di kemudian hari.

4 - lepas dah siap, alihkan tungku dapur dulu. then, lapikkan papan ni atas kabinet dapur. letak semula tungku dapur atas papan ni.


*sorry tak ambik gambar time projek berlangsung sebab aku kerjakan menda-alah ni sensorang. tak cukup kaki-tangan nak pegang segala benda. plus nak cepat siap.*



ni keadaan kedua2 ketul papan yang dah siap di-wrap. saiznya lebih lebar berbanding saiz asal kabinet dapur. memang tu tujuan aku hasilkan projek ni. sebab aku nak tutup gap/ruang antara kabinet & dinding belakangnya tu. *abaikan rupa wrap yang tak semenggah tu. seronok dok balut2 rupa2nya 2nd wrapping tak cukup. tak koser aku nak kuar beli lagi.*



ni view lepas stove/tungku gas diletakkan semula di tempat asal kabinet. *abaikan stove yang kusam berkarat*. nampak tak lebihan papan yang terjulur tu? haaa...lebihan papan tu lah yang meng-cover keseluruhan ruang kosong antara kabinet dan dinding. 



ni view keadaan papan dari bahagian depan. 



ni view dari bahagian satu lagi kabinet. lebihan papan yang terjulur dari kabinet dapur aku rapatkan terus ke dinding untuk tutup bahagian dinding bawah kabinet & lantai. konsep dan tujuan yang sama macam projek yang atas tu. untuk elak minyak yang merecik dari aktiviti masak2 terus ke dinding dan lantai. jenuh wooiii nak ngelap tiap kali. cuma kali ni aku gunakan material yang lebih kukuh & hasil kerja yang lebih kemas.  

tujuan papan di-wrap dengan aluminium sheet & aluminium foil untuk elak papan dari mudah terbakar. fungsi aluminium sbg penebat haba & panas. papan tu dari jenis partikel kayu jer..bukan solid wood so risiko mudah terbakar adalah sangat tinggi. 



setakat hari ni, hasil DIY ni berfungsi dengan baik. kerja2 selepas memasak jadi lebih mudah dan aku tak perlu risau papan melendut ke bawah untuk satu tempoh masa yang agak lama *harap-haraplah! since then, aku just lap2 sket2 jer kat area masak tu (atas stove + atas kabinet + atas papan terjulur). tak perlu nak kena lap segala grill+tingkap+dinding+lantai belakang kabinet tu lagi tiap kali lepas masak. masalah aku selesai, kerja2 lepas aktiviti memasak dapat dikurangkan dan aku pun tak sakit kepala. jimat banyakkkkk masa!

tok laki yang selalu ambik tugas mop rumah pun kata yang kawasan belakang dapur sejak aku guna kaedah ni agak bersih dan kurang berminyak. so sangat memudahkan kerja2 beliau nak mengemop. alhamdulillah.....lega den mendongar ehh.. hihi



k lah. tu jer perkongsian tak semenggah dari aku.
mungkin ada manfaat untuk sesetengah.

babaiii~




2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam, kagumnya saya tengok DIY ni. Sy pun kena buat cara mcmni since design dapur rumah sewa pun menghadap tingkap.

      Cuma nk tanya, material apa yg cover divider yg melekat kat grill tingkap tu? Cover yg color putih bercorak tu. Ianya tahan haba ke?

      TQ atas perkongsian.

      Delete