Tuesday 12 April 2016

Ruang Makan / Dining Area: Progress Make-Over 01


salam & hye..

ingat tak aritu aku ada cakap nak buat sikit make over kat area ruang makan? tak ingat? takpe, ignore jer.. hahah!

so, dari hari aku bagitau nak buat make-over tu, setakat hari ni ada laaa sket progress.. sikit jer.. sikit sangat2..




ni progressnya..
dah beli cat!
hiiihiuuu....

beli sket2 1 liter dulu setiap warna. nak nengok hasil dulu. kalau ok baru akan proceed untuk kuantiti yang banyak. kang beli banyak2 terus tak kenan ngan color coding, membaziaq jer! 

korang tau tak..
make over paling mudah nak buat untuk dapatkan kelainan sesebuah ruang ialah dengan cat dinding! walaupun susunatur yang sama tapi tukar kaler dinding sket mesti akan nampak perubahan besar.

tak caye?



ni ruang makan sedia ada. view dari dapur. sebelah peti ais tu dah kitchen cabinet. yang pintu terbukak tu ialah master bedroom (bilik tidur utama). dan ruang yang nampak gelap kat sebelahnya tu pulak, yang tu area ruang tamu. 

rumah ni jenis ruang tamu & ruang makan asing. tak share. tak geng. ruang makan geng dgn dapur jer. teehee.. time nak beli rumah dulu, ada 2 design pilihan. yang jenis ni & yg terus open memanjang dari pintu depan sampai dapur. saje aku pilih design ni sebab malas pikir bajet nak buat divider bagai. time tu pulus tengah nan hado sebab sibuk nak guna untuk majlis kawen.

so, area dinding yang akan aku ubah catnya ialah dinding yang ada pintu ke master bedroom tu. dan jugak area dinding yang kat bawah ni. 



ni dinding lagi satu yang akan di make-over. buat masa ni memang aku tak cat keseluruhan ruang makan & dapur ni sebab cat kuning sedia ada tu actually masih agak baru. baru setahun lebih camtu kot. lawa sebenonyer kaler kuning tu cuma aku rasa bosan giler nak hadap semua dinding ngan kaler kuning tu hari2. mood swing hokeh! [padahal dulu aku jugak yang pilih kaler nih! :p] macam tak 'in' dgn jiwa aku. hahah! [ayat tak hagak!] 

frame yang ada tu pun tersalah pilih dulu. warna nak sama dinding. tak seri langsung! makin jemu menengoknyer.. so, we need sumthing new... sumthing fresh.. hopefully lah fresh. takut kang salah pilih tone kaler je nanti. mau nangis!

so far blom start ngecat pun lagi. tunggu lah time2 free sket nanti. nak cat rumah takleh time tengah stress2. kang buat pun cincai2 jer nanti. kena buat dalam keadaan rilex, cool, happy....baru dapat hasil menarik. mood pun boleh pengaruhi hasil kerja tau.

tak caye jugak?



untuk hasil make-over, tunggu la eh!


k, tu jer..
bai!




5 comments:

  1. Kami pun nak cat ruang makan tapi tak start lagi..

    ReplyDelete
  2. hai tema baru la raya tahun ni..
    chayokkkk!!!

    ReplyDelete
  3. cantik la jam dinding tu.. bole tau beli kt mne..? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jam tu beli kat kedai jam kat jb. rasa mcm nak letgo je jam tu. nak ke? =)

      Delete
  4. cantik la jam dinding tu.. bole tau beli kt mne..? ;)

    ReplyDelete