Wednesday, 24 February 2016

Kisah Rak Pengering Pinggan Mangkuk


salam & hye.

ehh rajin pulakkk nak story-mory pasal susunatur.
datang dah saka rajin hapdet blog.
kikiki...

apa nak citer arini?
owwwhh kisah rak pengering pinggan mangkuk.
rasanya ni 2 minggu lepas punya projek kot.
jomm citer ikut gambar..



ni rak pengering yang asal. dah 5 tahun pakai rak ni. beli kat jusco guna gift voucher company bagi masa kawen. structure dia masih kukuh. cuma dah mula berkarat2. nama jer stainless steel. krikkk... kriikkk...



karat di sana sini. penat dah sental guna macam2 cara.



bekas utensil set dapat sekali masa beli rak ni. pun dah berkarat2.



karat lagii....

lately ni aku memang ada terfikir nak tukar rak ni dgn yang baru. tapi masih dalam perancangan jenis macam mana yang lebih praktikal. terfikir nak guna yang plastik jer since malas nak handle masalah karat2 lagi. cuma tak decide lagi nak guna style rak macam ni lagi atau guna style bakul jer. hari2 dok usha bakul pengering ikea yang putih tu. krikk... krikk..

sampai laaa aritu aku ambik cuti sebab jaga si bayi demam. time tengah kemas2 dapur aku terpandang sekor makhluk berenang2 kat alas rak ni. jentik2 hokeh!! aku memang cukup berbulu dengan makhluk ni. baru jer 3-4 hari lepas bersihkan alas rak ni. sempat lagi dia membiak. tak tunggu lagi dan2 tu jugak aku terus laju2 carik idea nak tukar terus rak ni. ai is malassss hokey asyik keje nak bersihkan alas ni jer. dah ler leceh nak angkat2 alihkan raknya.

tengah dok fikir2 bekas apa nak guna untuk ganti rak ni tetiba aku teringat kat seketul bakul merah aku dapat dalam hamper CNY 2-3 tahun lepas. so far tak guna sangat pun bakul tu. terus laju2 aku buat projek. kebetulan en.asben takde time ni. (aku ni memang suka buat keje underground time asben takde kan. kikikiii..)



1st thing, alihkan dulu rak & bersihkan area terlibat. rak tadi dah selamat aku cabut skrunya dan bukak jadik sekeping2. pastu laju2 sumbat dalam plastik. malas nak nengok lagi dah. krikkk... krikk...



kat area dinding pun lap bersihkan jugak.



pastu letak bakul merah yang aku cakap tadi. sebelum tu bakul ni aku cuci bersih2 dulu. since tak pernah digunakan so memang tebal laa habuk kat celah2 dia tu. kat bahagian bawah bakul ni aku alaskan dengan t-shirt lama yang tak pakai supaya air tak bertakung kat atas table top. 



bakul ni quite besar. just nice laa letak kat area rak pinggan yang lama tu. tak terlalu kecik dan tak jugak terlalu besar. kedalaman bakul pun memuaskan hati aku. memula fikir macam nak guna untuk sementara jer bakul ni before aku beli bakul pengering yang proper. tapi nengokkan gaya macam guna jer yang ni kot. tak yah nak membazir sgt lah!



kain alas kat bawah tu sementara jer. nanti2 ada masa aku nak gi Mr. DIY atau Daiso. nak carik dulang saiz besar sket untuk lapik kat bawah bakul tu. buat sementara ni guna camni jer dulu. yang penting kena selalu pastikan yang kawasan tu sentiasa kering. so far ok. puas hati.

dalam bakul tu aku ada letak bekas untuk isi utensil yang baru dibasuh. aku tak guna bekas utensil yang dari rak lama tu since bekas tu pun dah berkarat. 



untuk utensil, buat sementara aku guna bekas ni jer. puas menggali bekas2 plastik yang ada dalam kabinet tapi takde satu pun yang sesuai. end up aku guna bekas travel box johnson&johnson ni. dari terbiar tak pakai eloklah aku ambik & guna. bekas ni ada penutupnya if sesape yang biasa beli travel box ni. penutupnya aku gunting jer. 

so far ok jer guna ni cuma takde lubang2 untuk aliran air keluar. nak kena rajin buang airnya supaya takde lagi masalah jentik2 kat rumah. terfikir nak tebuk lubang2 kat bawah bekas ni untuk aliran air. tengoklah hujung minggu ni aku buat kalau rajin. krikkk... krikkk.




actually, aku tengah carik idea nak upgrade sket area ni since ada ruang2 kosong kat dinding. tengah imagine2 macam mana nak maximize kan penggunaan ruang. al-maklumlah kc cuma sekangkang kera. buat masa ni aku selesa jer camni. dah tak sakit mata lagi nengok rak berkarat2. since guna bakul ni area table top nampak makin luas pulak. hehe... kot kang kalau aku ada buat upgrading kat area ni nanti aku sharekan lagi yerr..


ok laa tu jer..
bubbye!






Monday, 22 February 2016

Ruang Storan Tambahan Di Dapur


salam & hye!

lama tak bersiaran
tenggelam2 timbul ajer dah sekarang ni. hihi
sebenarnya ada jer proses susunatur berlangsung kat rumah tu cuma malas bebenor nak haplod dan citer
kadang tak sempat nak citer dah berterabur semula
neverending story....... haihh~

harini nak kongsi sikit jer
tak banyak
pasal ruang storan

aku ni sebenarnya heran dgn rumah aku ni
nak kata ramai manusia tinggal kat dalamnya tak jugak
setakat ni cuma ada 2 ketul dewasa dan 2 ketul kanak2 comel
tapi walaupun aku dah sediakan ruang storan kat bilik no. 3, tetapppp jugak tak mampu nak menampung segala mak nenek barang yang ada
ada yang menumpang kah?
jenggg... jenggg... jengggggg...!

kikiki gimik jer tu...
takde apa pun rumah aku ni
alhamdulillah..
cuma tu lah.. makin dikemas makin byk barang jadinya
tak tau laa aku dari mana datangnya
hmmmmm....mungkin nak kena buat sorting semula
dah lama sgt aku tak buat keje2 sorting
last buat 2 tawun lepas kot
mungkin sebab tu macam2 barang ntah apa2 yang tak guna masih disimpan

so, sementara keje2 sorting masih belum dilaksana ni, moh ler aku sharekan satu lagi ruang storan dalam rumah yang mungkin ada orang tak terfikir nak letak apa2 kat situ.
atau mungkin ada jer yang memang jadikan tempat tu ruang storan cuma tak proper keadaannya..
jom cekidout!



sila fokus pada ruang kosong atas kitchen kabinet.
selama 5 tahun aku duduk rumah ni tak pernah terlintas langsung nak buat area tu tempat storage barang2
sebab aku rasa macam tak proper letak situ
nampak macam serabut
lagipun dapur aku ni boleh nampak direct jer dari ruang tamu
so,memang tak pernah laa aku letak apa2 kat situ.
sampai laaa aku dah rasa terdesak dgn keadaan rumah yang makin banyak barang (serius tak paham datang dari mana barang2 banyak dalam rumah ni. ehehh!)
seriously aku memang terpaksa guna area ni untuk ruang storan
hopefully untuk sementara
jom nengok caner aku handle supaya tak nampak serabut kat mata



ni dia cara aku
aku guna 3 ketul SKUBB box saiz besar
(sebenonyer box ni tersalah beli. kirim ngan member pastu confiden nak saiz paling besar. sekali hambik kooo!!)
dalam each box tu ada macam2 barang aku sumbat
aku susun cantik2 atas tu pastu kat hujung kiri kanan aku letakkan bunga as penyeri
dah sebulan lebih aku buat ni
time buat tu en. asben takde kat rumah
so cepat2 aku kemaskan
kang kalo nampak ke dia mau kena bising
so far dari hari pertama aku susun atas ni sampai ke hari ni dia belum penah tegur lagi
tak pasti sama ada dia tak perasan atau dia nampak tapi buat tak tau sebab tak nampak serabut kat mata dia
aku rasa kemungkinan yang ke-2 tu betul
nak kata tak nampak macam tak logik laa kalo da hari2 dok kat umah. ye tak?



actually, mana2 part kat sekitar rumah pun boleh jadik ruang storan (jenis bulky storage laa maksud aku). 
asalkan kita tau cara nak handle dan buat penyamaran supaya tak ketara storage tu.
macam dalam kes aku ni...
memang aku tau ramai jer yang guna ruang atas KC tu as tempat simpan barang
especially penggemar2 tupperware
as long as kita tau macam mana nak handle, susun & serikan ruang tu.
macam aku cakap tadi, design rumah aku ni dari ruang tamu boleh nampak dapur
so memang nampak huduh laa kalo main bubuh jer segala atas tu
tu yang nak kena pandai handle.

owh lupa nak bagitau
box SKUBB ni takde menutup
so untuk elakkan haiwan2 perosak esp cicak, lipas & segala sisa2 buangan mereka, bolehlah taburkan ubat gegat dalam box tu. 
tapi untuk bekas2 makanan, jangan lupa masukkan dalam plastik dan ikat dulu before masukkan dalam box tu yer.


ok lah tu jer nak share.
bubbye~