Thursday, 4 January 2018

2018




eh, dah tahun baru?

tahun baru?

tahun baru?






tahun baru dah weyyyy!!







mana post baru??


😛


Thursday, 5 May 2016

DIY Printable Kufi Khat [edisi PERCUMA!]


Salam & hye..

nak tanya, sape sini tak tau apa tu khat KUFI? aku rasa semorang tau apa tu kufi. kalo yang tak tau pun if taip je 'kufi' kat google nuu melambak contoh2 kufi yang ada. skang ni khat kufi dah macam jadik trend deko kat rumah2 kot. dah makin in. dah banyak pun seller2 khat kufi ni kat fb maupun ig. ada macam2 design & macam2 bentuk & macam2 ayat khat jugak yang diorang bikin & jual. yang paling popular khat kufi on kanvas.

lawo memang lawoooo... tapi harganya..... astaghfirullahalazim sket. agak pricey.

kat umah aku ada satu set deco kufi [tak penah share kot deko kufi ni. hihihh], ayat kursi & set zikir. aku beli dah lama. time tu kufi ni baru nak in. ada sorang seller ni buat promo RM150 satu set tu. aku memang minat giler dengan khat kufi ni. nampak unik & cuma orang2 yang punya tahap kesabaran tinggi jer bole baca ayat apa yang tertulis disebalik khat tu. agak mencabar untuk dibaca hence it interesting!

since tawun ni aku nak fokus lebey sket kat deko instead of susunatur dan disebabkan aku memang kemaruk giler dengan khat kufi ni, so aku try search mana2 seller yang jual kat online. so far survey yang aku buat rata2 jual harga ratus2. kalo yang murah pun tulisan Allah & Muhammad. tu pun seketoi dalam RM40 diorang jual untuk jenis on-kanvas. kalo yang ayat2 surah2 tu dah kompom2 paling murah pun seratus lebih. plus postage lagi.. agak pricey kann macam aku kata tadi.

aku try pulak google2 yang jenis printable punya utk jimat kos. adaaa..... banyakkkkk... but agak mengecewakan sebab tak suit dengan tema umah aku. tak ngam dengan kaler yang aku nak dan saiz & design pun agak tak kena. hmmmmpphhhh....kuciwaaa..

then ada pulak beberapa group deko yang aku join diorang kata bole bikin sendirik guna ms excel. hmmmm excel... macam menarik.. since keje aku memang hari2 ngadap excel so agak senang laa kot untuk aku nak main2 dgn excel ni. so aku try buat satu. yang paling simple. tulisan Allah. seketoi. just nak tau how ms excel can do it untuk aku. ternyata memang quite senang. bila buat satu menjadi, aku jadik kemaruk. try yang lain pulak. lagi, lagi dan lagi....

so, kat bawah ni laaa hasilnya..... untuk satu hari..



 Allah & Muhammad



Laailahailallah
Allah



 Muhammadurrasulullah
Muhammad



 Subhanallahwabihamdih
Subhanallahilazim



Bismillahirrahmanirrahim



memang puas hati bila dapat buat sendirik. aku buat saiz A3 terus. beso. puas hati. dapat design yang aku nak. saiz yang aku nak. dan jugak kaler yang aku nak.


so,

sempena israk & mikraj ni, aku nak bagi PERCUMA jer kufi khat ni kat kengkorang yang berminat. sape nak, bole email aku di alamat ni:


sitikhadijah.jcem@gmail.com


nanti aku emailkan kat korang.

apa yang korang akan dapat dalam email tu? korang akan dapat pdf copy, jpeg copy dan jugak softcopy skali. mudah untuk korang nak tukar kaler ikut tema rumah korang. mungkin nak tacap2 sket ke or nak ubah2 sket design. jangan risau, aku tak bubuh watermark sebab bila aku try menjadi aku dah niat nak share menda ni ngan orang lain.


jom deko rumah sambil berjimat!



keh, tu je nak share. bai!