Friday 31 October 2014

Susunatur Laundry Area: Bakul Dobi


salam & hyeee....
dalam keadaan yang tengah terboyot2 ni tak banyak benda bole dibuat kat rumah.
setakat kerja2 ringan & simple jer yang larat.
sadisss! huhu...
tapi memandangkan dah sangat2 tak tahan sakit mata nengok laundry area yang ada, den gagahkan laa jugak mengomeh sikit2 area tu.
buat yang simple jer.
asalkan tak sakit mata sangat menengoknya.
yang lelain tu nanti kendian2 la dipikirin.
terutama bab sinki tu.
aihhhhh gerammmm jerr rasa menengoknya..



 macam yang aku penah kongsi pasal laundry area aku ni kat SINI, ni part of wilayah laundry tu. tempat aku bubuh segala bakul pakaian kotor. memang kat sini jer la pun tempatnya. aku memang takde sediakan bakul kat each bilik sebab tak koser teman nak mengangkut untuk kerja2 laundry nanti. kumpul kat satu tempat jer senang.

nampak huru-hara jer tempat ni. botol2 sabun & softener tu main bohhhh jer atas lantai. dengan bakul sampah tak pakai tu lagi. serabut ohoiiii!!

so, untuk tangani masalah ni aku google2 la idea2 nak organise bakul2 laundry ni. idea2 omputih ni best2 especially rak tingkat2 untuk bakul2 laundry. tapi kebanyakannya susah nak carik macam rak yang diorang pakai. unless kena DIY sendirik. tak gigih mak oiii nak DIY rak untuk bakul2 laundry ni. memang ada jual laa jugak kat Ikea tapi jaoooohhh nak peginyer. blom penah jejak kaki pun ke sana seumur hidup ni. aihhhh sadissss kuasa dua!



 then aku terjumpa satu idea yang membukak mata aku seluas2nya. tingggg!! terus rasa semangat & hari yang sama tu jugak aku terus pegi giant carik barang yang aku nak.

alhamdulillah...rezeki. dapat macam idea yang ada dalam kepala aku. rak kasut ni. aku jumpa rak kasut ni masa survey2 kat giant. saiz dia suitable dgn apa yang ada kat fikiran aku. quite lebar tapi tak terlalu panjang. just nice. harga around RM23.00.



 ni hasilnya lepas dipasang. actually rak ni 4 tingkat tapi aku try pasang 3 tingkat je dulu sebab tanak terlalu tinggi.



 aku jugak beli 2 ketul storage box ni kat pasaraya Maslee. box ni actually ada lid tapi aku tanak guna lid dia so simpan dalam store. harga seketul quite mahal tapi takde choice lain sebab susah nak carik bakul yang ngam saiz dengan rak kasut ni. seketol harga dia around RM24.00. pejam mata jer laaa time nak membayooo tuuu...



 memula aku plan nak susun rak ni camni tapi belah atas tu nak letak bakul laundry yang besar tu. tapi bila try nampak huduh bangat so aku cancell idea tu. fikir punya fikir, aku decide letak semua botol2 detergent & softener jer atas skali tu. ngam2 jer selit rak ni kat ruang tepi sinki tu.

after susun, aku terfikir sumthing. why not aku pasang jer all keempat2 tingkat tu sebab yang satu tingkat lagi tu bakal jadik tukun kat dalam stor if tak digunakan.



 ni hasil lepas aku pasang keempat2 tingkat tu. atas sekali rak untuk sabun2 + softener + clorox, rak kedua bakul untuk baju2 kotor bayi nanti, rak ketiga untuk tuala2 kotor & rak bawah skali tu buat masa ni aku just letak besen sedia ada yang aku guna untuk towel kotor sebelum2 ni. besen tu maybe akan aku guna untuk letak kain2 lap yang dah kotor untuk dicuci.

setakat ni agak puas hati dengan susunatur ni. rak ni pun tak terlalu rendah dan tak jugak terlalu tinggi. ngam2 nak sama tinggi dengan sinki yang ada tu. 



 ni view dari bilik no. 3. nampak lebih kemas & teratur berbanding sebelum2 ni. dan jugak dah ada beberapa compartment / bakul2 untuk sorting pakaian kotor.

botol detergent letak kat rak atas sekali sangat memudahkan untuk dicapai. takyah laaa lagi nak dok terbongkok2 nak ambik time nak mendobi. sakit pinggang den! huhuhuu...



 ni view dari KC (kitchen cabinet). dah tak sakit mata sangat menengoknya.

tapi tetiba aku terfikir sumthing. rasa macam nak spray rak tu jadik kaler putih laaa.... macam much more better jer rasa. hmmmm....nanti2 lah yang tu. keadaan yang ada ni pun dah syukur sangat dah rasanya... (^_____^)




so macam biasa sebelum challow, i'm presenting keadaan sebelum dan selepas...



i'm a happy mom!!!


k, babaiiii
(^________^)



Thursday 30 October 2014

Remote Controls Holder




harini cuma nak share ini.
bekas simpan remote control kat rumah aku.
aku masuk dalam bakul jer.
bakul handmade guna kertas suratkhabar lama.
actually bakul ni dapat time kawan aku kawin lama dulu.
aku pun dah lupa benonyer pasal bakul ni.
terjumpa balik bakul ni malam tadi gara2 sibuk mencarik buku akaun ASD si Ammar.
entah mana aku letak buku akaun dia.
jenuh mencarik sana-sini.
last2 bukak storage box terjumpa bakul ni.
lain yang dicarik lain pulak yang jumpa.
terus aku amik letak atas tv.
sumbat segala remote yang ada.
setel!
kalo idak, sepah merata-rata jer laaa menda-alah remote ni.


k, tu jer.
babaiii.... 
(^___^)




Monday 27 October 2014

Random: Packing Keperluan Ke Hospital Bersalin



37 weeks.
only 2 or 3 weeks more to go.
sereeeeemmmmmmmmm...


dah takde buat susunatur apa sangat kat rumah buat masa ni.
cuma kemas2 sket2 barang2 harian jer.
incik asben pun dah tak kasi buat keje berat2 sangat.
sebab masa pegi scan 35w aritu doktor cakap baby dah turun sgt.
takut terbersalin awal sgt jer.
masa Ammar dulu awal 5 hari.
yang ni doktor jangka dlm early Nov.
means awal 10-12 hari dari due date.
okkkk-owwwwww...
tambah sereeeemmmmmmmmmm...


so, untuk arini just nak share senarai keperluan yang penting untuk ke hospital.
let's cekidout...~



 ni senarai yang penting. untuk ibu dan bayi. benda yang perlu ada laa nak senang kata. aku malas nak tulis2 so kopipes jer dari internet. 



ni antara barang yang aku dah sediakan untuk diri sendiri. since pegi keje drive sendiri so kena la sediakan awal (padahal dah quite lambat ni sebenonyer. huhu.. (^__^)). dari kiri sekali t-shirt short sleeve 2 helai, sebelah dia long sleeve pun 2 helai, bawah nun tuala mandi selai, stoken, panties & bra (takde dalam gambar) secukupnya, sebelah lagi kain batik 4 helai. then, ada peralatan mandi (tak complete. sabun mandi & ubat gigi lupa beli. sikat pun lupa. hehe..). kanan sekali maternity pad secukupnya & beg.


barang2 ni semua dah siap pack dah.


kalau ikut senarai kat atas tu, ada keperluan yg kurang / aku belum packing / memang tak akan bawak. barang yang belum dipack ialah makanan / minuman, beg plastik, pad biasa & sweater. selipar & nursing pad mungkin memang takkan bawak kot since aku memang hari2 biasa pun pakai selipar je. bole jer guna buat masuk tandas. so macam tak perlu nak bawak banyak2.


buku merah & IC aku tak masuk dalam beg ni since still guna untuk check-up mingguan. 2 item tu aku masuk dalam handbag jer..



ni pulak keperluan untuk bayi. barang2 bayi bawak yang basic je la. set baju 4 helai, napkin 2 helai, kain bedung 2 helai, barut secukupnya, selimut selai, tuala mandi 2 helai, tuala kecik 2 helai, mitten & booties secukupnya, topi/hood selai, diaper & wet tissue secukupnya, set mandian + minyak telon/minyak yuyee & beg.


keperluan untuk bayi dah complete rasanya.



sooooo, ni barang2 yang dah siap dipacking. dan dah selamat pun disumbat dalam bonet keta. 

beg ibu dengan bayi diasingkan sebab in-case bayi kena asingkan dari ibu (harap2 tak laaa) nanti atas kes2 tertentu.




now kita standby jer laa bila encik / cik bayi ni nak keluar yekkk...
doakan saya selamat bersalin.
doakan saya dan baby selamat.
doakan dipermudahkan urusan saya bersalin dan urusan2 lain sebelum dan selepasnya.
aminnnnnn~


mohon maaf andai ada tersilap kata / terguris rasa / terkasar bahasa dalam post2 saya sebelum2 ni.
peace yowww!!



(^___________^)




Monday 20 October 2014

Random: Fantasi vs Realiti


fantasi si emak
realiti si anak


biar gambar berbicara.....








(1)


 fantasi si emak (1)


 realiti si anak (1)







(2)


fantasi si emak (2)


 realiti si anak (2)







(3)


 fantasi si emak (3)


 realiti si anak (3)







(4)


 fantasi si emak (4)


 realiti si anak (4)







(5)


 fantasi si emak (5)


 realiti si anak (5)







(6)


 fantasi si emak (6)


 realiti si anak (6)










"tak apa lahh...sel2 otak anak sedang berhubung"
(kata si emak pada diri sendiri sekadar nak sedapkan hati...)





Thursday 9 October 2014

Laundry Owhh Laundry..


ntah laaa kenapa..
lately ni aku suka betul ushar idea laundry room / laundry area kat encik google
menengokkan laundry room design2 omputih ni buat aku gerammmmm jer
creative betul diorang ni..
dengan susunatur-nya..
dengan penggunaan kaler2-nya..
dengan deko2-nya..
alahaaaiiiiii........................



tengok ni..
kalo dapat laundry room camni memang hari2 pun aku rela bertapa kat sini.
tido sini pun aku sanggup derrr..
haha!




kalo yang ni pulak..
bukan takat aku jer yang sanggup bertapa..
silap2 dengan anak aku skali join lepak sini..
dia punya colourful..tergoda ohoiii!




yang ni pun ok.
dengan ruang yang terhad diorang mampu buat laundry area yang ohsem!
storage rack kat tepi tu yang paling menggoda jiwa yawwww!



dapat yang simple gini pun dah syukur alhamdulillah laa sangat benonyer..
simple but nice
nak ber-laundry pun rasa tenang jer..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
HAKIKATNYAAAAA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 ni laa laundry area yang aku ada..
langsung tak proper
tunggang-terbalik semua
nak ber-laundry pun tader mood
haihhhhh.....
sedehh!


adoh
adohh
adohaaiiiiii.....





ni sketch laundry area yang aku angankan
saje berangan2 dulu
dengan area yang tak sampai sekangkang kera tu
kera punya kangkang pun lagi beso gaknye
harap2 dapatlaaa dilaksanakan satu hari nanti
harap-harap laaa...
tengah mencarik kontraktor or sesape yang reti cabut basin tu
dan pasang kepala paip
dan kopek 6 ketul tiles kat dinding tu
dan tebuk dinding untuk saluran air dari mesin basuh ke bilik air
 dan lepas tu baru projek ni dapat dilaksanakan..

takpe laaa....
hadap jer dulu apa yang ada
bersyukur
bersyukur
bersyukur



kasik pelan2 kayuh naaa....
(^_______^)




k, bye!


Tuesday 7 October 2014

Rak Jimat Ruang Di Dapur


salam & hye..
sebelum terlupa, aku nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang
still blom lambat rasanya nak wish sebab raya haji kan 4 hari..
hehehh..


k la, sempena hari raya ni aku nak share sket pasal penjimatan ruang dalam susunatur atas KC (kitchen cabinet) aku.
atas KC ni penah aku sharekan sket dulu.
dalam ENTRY INI.
tu je la satu kot aku share.
ada sikit penambahan lepas tu.
tak banyak, sket jer...
macam kat bawah ni..



 ni apa yang ada atas KC aku. ada 2 ketul 3-tier plastic stacker, bekas pink isi air masak, flask air panas dan bekas pisau2. 

3-tier stacker tu aku beli kat daiso. satu unit RM5. satu unit maksud aku kat sini bukan satu unit 3-tier tu terus tapi 3-tier tu means ada 3 unit. maknanya, untuk nak jadikan 3-tier camtu kena beli 3 unit single tier. pahee dok? maknanya lagi, 3-tier tu bersamaan dengan harga RM5 x 3 = RM15. hurhhh?? mahal wooo...tanpa sedar aku dah kena tipu. chaitttt!

meh aku explain sket apa ada dlm tiap2 tier tu.. untuk yg paling kiri, bahagian atas aku letak minyak masak (dlm botol) dan minyak masak terpakai (dalam bekas zink bertutup), rak kedua ada makanan2 dalam tin dan bawah sekali bekas isi telur. tier sebelah pulak, atas sekali aku tempatkan garam, serbuk perasa & serbuk kunyit, bahagian tengah ada segala mak nenek spices (penah aku kongsikan kat SINI) dan setakat ni bahagian bawah sekali tu kosong jer.



then, last week aku ada order rak ni kat online. aku order dari fb Cute Baby Momma Boutique. harga dia RM99 incl. pos. actually kat Cosway ada jual tapi 3-tier jer dgn harga RM39.++ (harga ahli) tapi aku tak beli sebab terlalu rendah untuk nak selit kat celah KC aku nanti. orang ni servis bagus. cepat respon dan barang pun cepat sampai. aku bayo kat dia petang kamis, ari juma'at dah sampai dah barang.

rak ni best pada aku sebab selain body dia yg slim persis model tu..dia jugak beroda.. so senang nak tolak-tarik-tolak-tarik..



bila barang dah sampai apa lagi, eksaited la pasang dan susun semua menda. hehehee..

ni keadaan lepas aku isi semua benda yang aku plan. atas sekali aku letak garam, serbuk perasa & serbuk kunyit. ada ruang sket tu aku selit botol lada sulah & botol jem. row kedua aku susun semua spices yang dalam botol2 kecik tu. row ketiga aku susunkan bekas2 isi minyak2 terpakai dan jugak makanan dalam tin (tak banyak makanan dalam tin yang ada dlm simpanan so selit je la skali situ). dan row last skali aku isikan dengan kicap2 & sos2.



kat mana aku selit rak ni? haaaa...aku selit kat celah antara KC dan jugak peti ais. 

then, dah alang2 tu aku buat labelling skali la kan. senang nak nampak dan carik (especially incik asben laa..) konsep labelling aku sama macam aku buat untuk almari baju anak yang penah aku kongsikan kat SINI sebelum ni. guna sticker daiso jer..



ni zoom-in sket apa aku tulis. atas sekali tak tau nak kategorikan apa so aku tulis jer LAIN-LAIN. row kedua REMPAH RATUS.



row ketiga berkongsi antara MINYAK MASAK & MAKANAN DALAM TIN. dan row paling bawah KICAP/SOS.

macam biasa, aku guna bahasa melayu jer supaya senang orang lain nak faham jugak sistem labelling kat umah aku ni. dan senang jugak orang lain nak cari barang sendirik.



selain tu, bekas2 ni pun aku labelkan jugak.



bekas kecik2 ni pun aku ganti labelnya. dulu2 aku penah labelkan. tulis tangan je guna marker. tapi bila kena air hancus kembang semua tulisan2 tu.

dalam botol2 tu ada kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, jintan halus, ketumbar & lada hitam. aku asingkan tiap2 spices dalam bekas2 masing2.



ni keadaannya bila rak ni ditarik keluar untuk digunakan.



dan ni lepas di'sorok'kan bila tak digunakan.

sangat jimat ruang kan? ruang KC aku pun jadi makin luas dan lapang. dan kedudukan rak tu langsung tak mengganggu ruang2 lain yang ada dalam rumah ni.

sangat happy! yipppieeeeeeeee....!!!



macam biasa sebelum challow..

keadaan sebelum dan selepas.



nota:

tak banyak beza pun keadaan sebelum dan selepas kehadiran rak ni. tapi yang bestnya kat aku ialah ruang dalam peti ais rumah aku makin luas dengan ketiadaan botol2 sos & kicap. sebelum2 ni semua botol2 tu aku simpan dalam esbok tapi agak menyusahkan sebab dah takde ruang untuk aku simpan air sejuk. skang dah tak lagi sebab semua botol2 tu aku dah alihkan kat rak ni.

happy lagi skali berganda! hoooreeeyyyy....!!!!




k, bye!













Friday 3 October 2014

DIY : Tempat Simpanan Diaper Anak


salam & hye..
sehari dua ni aku ada buat projek kecil2an..
saja sukasuka buang masa kata orang
kikikiiii...




 projek aku kali ni guna 2 ketul kotak saiz A4 ni. 
kotak ambik dari opis jer.
apa projek aku kali ni?
jom scroll.....











scroll...















scroll lagi..














scroll lagi sket....




















sket lagi..nak sampai dah tu




























okeh!



 taaaadaaaaaaa!!!!

ni la dia. projek kecil2an.
DIY tempat simpan diaper anak /anakanak aku.
just guna kotak A4, wrapping paper & silotep.
bungkus2 ikut sukati.
siap!

mihmihhhmihhhh....

owhh lupa..sticker label tu aku buat sendiri jer. guna microsoft word jer. aku takde template canggih-manggih ni. kalo ada pun tak reti nak guna. lepas buat aku pegi hantar printing kat kedai guna glossy sticker paper. simple..



 meh zoom sket belah dalam.
ni bahagian dalam. aku balut gak bahagian dalam ni.
sebab apa? sebab nak bagi diri sendiri confident dengan tahap ke-hygiene-an kotak ni.
yang bahagian dalam ni aku just guna sticker paper jer.
ada lebihan masa buat projek-susunatur-4-penjuru dulu.
boleyy laaa....



ni keadaan bila dah susun pampers ammar.
aku main sumbat2 je ni.
tak susun proper.
saja buat test2.
nanti balik keje kang aku betulkan balik.
hehe....

(^____^)




actually ada jer jual diaper stacker yang jenis kain tu.
macam2 design ada.
yang dapat free masa beli drypers dulu pun ada banyak kat umah.
tapi aku macam tak bape berkenan konsep gantung2 ni.
macam semak mata semak rumah semak bilik semak samun jer rasa.
kalo masuk dalam kotak gini nampak kemas tersusun la sket.
al-maklum rumah kecik.
setiap ruang nak kena share fungsi.
jadi kena manfaatkan sebaiknya.
if not, memang harubiru la kejadian.
cukup dah laa kot 3 tawun pertama idup dengan rumah yang macam kena tsunami.
kesian kat incik asben....
nak jugak dia nengok umah nampak kemas - lawa.
skang2 ni pun nampak aku balut2 kotak depan dia, dia dah tak tanya pape dah.
buat tak reti jer...
kalo dulu bising kata aku buat sampah menuhkan rumah jer dgn kotak2 ni semua.
skang dah nampak hasil, alhamdulillah laaa...
sendirik pun hepi jer nak dok umah.
takdelaaa asyik nak dok melepak umah mentua jer...
sebab umah MIL lawooooo...
kikikikiiii...


k la, babai~