Tuesday, 12 April 2016

Ruang Makan / Dining Area: Progress Make-Over 01


salam & hye..

ingat tak aritu aku ada cakap nak buat sikit make over kat area ruang makan? tak ingat? takpe, ignore jer.. hahah!

so, dari hari aku bagitau nak buat make-over tu, setakat hari ni ada laaa sket progress.. sikit jer.. sikit sangat2..




ni progressnya..
dah beli cat!
hiiihiuuu....

beli sket2 1 liter dulu setiap warna. nak nengok hasil dulu. kalau ok baru akan proceed untuk kuantiti yang banyak. kang beli banyak2 terus tak kenan ngan color coding, membaziaq jer! 

korang tau tak..
make over paling mudah nak buat untuk dapatkan kelainan sesebuah ruang ialah dengan cat dinding! walaupun susunatur yang sama tapi tukar kaler dinding sket mesti akan nampak perubahan besar.

tak caye?



ni ruang makan sedia ada. view dari dapur. sebelah peti ais tu dah kitchen cabinet. yang pintu terbukak tu ialah master bedroom (bilik tidur utama). dan ruang yang nampak gelap kat sebelahnya tu pulak, yang tu area ruang tamu. 

rumah ni jenis ruang tamu & ruang makan asing. tak share. tak geng. ruang makan geng dgn dapur jer. teehee.. time nak beli rumah dulu, ada 2 design pilihan. yang jenis ni & yg terus open memanjang dari pintu depan sampai dapur. saje aku pilih design ni sebab malas pikir bajet nak buat divider bagai. time tu pulus tengah nan hado sebab sibuk nak guna untuk majlis kawen.

so, area dinding yang akan aku ubah catnya ialah dinding yang ada pintu ke master bedroom tu. dan jugak area dinding yang kat bawah ni. 



ni dinding lagi satu yang akan di make-over. buat masa ni memang aku tak cat keseluruhan ruang makan & dapur ni sebab cat kuning sedia ada tu actually masih agak baru. baru setahun lebih camtu kot. lawa sebenonyer kaler kuning tu cuma aku rasa bosan giler nak hadap semua dinding ngan kaler kuning tu hari2. mood swing hokeh! [padahal dulu aku jugak yang pilih kaler nih! :p] macam tak 'in' dgn jiwa aku. hahah! [ayat tak hagak!] 

frame yang ada tu pun tersalah pilih dulu. warna nak sama dinding. tak seri langsung! makin jemu menengoknyer.. so, we need sumthing new... sumthing fresh.. hopefully lah fresh. takut kang salah pilih tone kaler je nanti. mau nangis!

so far blom start ngecat pun lagi. tunggu lah time2 free sket nanti. nak cat rumah takleh time tengah stress2. kang buat pun cincai2 jer nanti. kena buat dalam keadaan rilex, cool, happy....baru dapat hasil menarik. mood pun boleh pengaruhi hasil kerja tau.

tak caye jugak?



untuk hasil make-over, tunggu la eh!


k, tu jer..
bai!




Friday, 8 April 2016

Random: Pe'el Dari Kecik

salam & hye...

lari dari realiti.
lari dari segala kisah2 deko dan susunatur.
lari dari cerita emas.

cuma nak cerita tentang kepuasan.
ya, kepuasan!


makin lama aku makin perasan sumthing yang ada kat diri aku nih. aku perasan yang aku ada satu pe'el yang tak penah dan aku rasa tak akan hilang sampai bila2 kot. pe'el dari kecik. aku tak pasti sejak bila aku ada pe'el ni tapi yang aku pasti aku ada certain memori berkaitan pe'el aku ni sejak seawal umur 4 or 5 tahun!



 [sumber google]


ya! ni pe'el aku. suka tengok kapal terbang yang tengah terbang kat udara secara live!. bukan yang tengah mendarat. bukan jugak yang dalam tv. tapi yang live lalu atas kepala aku tiap hari. tak kira sekecik mana kapal terbang yang aku nampak tu, aku tetap teruja nak nengok sampai hilang dari pandangan. atau hilang ditelan awan. tak tau kenapa. tapi kalau ternampak dan dapat nengok sampai hilang, aku rasa puas!


ya, kepuasan!


kepuasan yang aku dapat rasa sejak dari aku kecik bila dapat nengok kapal terbang kat udara. kalau masa kecik2 dulu aku suka nengok sebab tak penah naik. rasa teruja laaa gamaknya kan... teringin nak naik. teringin nak tau macam mana dok dalam kapal terbang tu. tapi dah beso2 gini, bukan takat dah nengok depan2. malah dah sentuh. dah naik pun.. tapi ntah... bila dapat nengok yang tengah terbang kat langit tu dia punya feel lain macam sket ah! memang bole make my day lah senang citer!


hahah! ni memang betul2 dah tebiat!

penah skali dulu time tengah drive aku termasuk lorong sebelah dan hampir2 nak tersondol keta orang semata2 sebab ralit nengok kapal terbang lalu. padahal kecik cenonet jer yang aku nampak tu tapi tetap jugak nak perati sampai hilang dalam awan. aku tau tabiat aku ni sometimes boleh membahayakan tapi ntah laa...payah betul mata nak alih ke lain kalau dah ternampak. aku pun tak faham kenapa. mesti nak nengok. mesti nak perati.

tak kesah lah apa orang nak kata. lain orang lain dia punya pe'el kan... mungkin ada sesetengah rasa macam hek-eleh jakun gila kau! kapal terbang je kot? nak puas pegi pindah dok kat airport sana lah!.. hari2 boleh nengok.. tak kesah lah! aku punya pe'el kan... aku nengok, aku yang puas! hahah!!



 [sumber google]


dan satu yang aku perasan. tabiat aku ni dah mula diikut anak bujang kecik aku, Ammar. pantang nampak kapal terbang mesti dia eksaited nengok. sama sebijik macam perangai aku. tapi mata dia lagi tajam dari aku lah. selalu2 kalau dgn dia, memang dia yang akan perasan dulu, pastu mulut riuh jerit "kapaltebang!" "kapaltebang!" then kitorg akan ralit perati sama2. kihkihkih! dan untuk pengetahuan, tabiat dia dah pun bermula sejak umur dia 10 bulan!


takpe la nak, kita geng!
sape ada perangai yang sama macam kami, kita geng jugak!



yang penting, kepuasan!

xoxo



Wednesday, 6 April 2016

Cerita Emas: Sape Kata Beli Dan Simpan Emas Rugi?


salam & hye..
hari ni tanak sentuh pasal susunatur maupun deco2.
hari ni nak citer pasal 1 benda ni jer.


emas.

------------------------------------------------------------------------------------------





emas.
bukan berapa banyak kita dah simpan. bukan nak kata simpan emas boleh jadi kaya. bukan jugak sebab jual emas dapat untung besar.


emas.
kita simpan sebab kita sedar dengan ekonomi sekarang. sebab kita tak mampu nak simpan aset yang besar2. tapi hakikatnya masih ramai lagi di kalangan kita yang masih tak sedar.


emas.
zaman sekarang bukan lagi zaman perlu jimatkan perbelanjaan, perlu memenuhi keperluan lebih daripada kehendak. tapi zaman sekarang zaman kita mencari lebih dan berusaha lebih agar dapat memenuhi keperluan dan jugak menampung kehendak.


emas.
duit ada banyak tapi nilainya makin susut. lagi bagus ada gram yang sikit tapi nilainya sentiasa kekal dan meningkat.








emas.
nak tau macam mana nak mula?
jom pakat wassap!


#1gram1bulan1keluarga
#khadijaharmawaigold
#0127312003


Friday, 1 April 2016

Ahli Baru Di Dapur


salam & hye..
ni ahli baru yang dimaksudkan.
seketoi bunga.
hahah!

okeh, tak klaka!



tak penah ada seketoi hiasan pun kat dapur ni sejak dulu
teringin nak ada tapi tak tau nak deko caner
takut bertambah semak
dan serabut
kang aku yang kusut

eh, macam pantun pulak!











kecik jer pasunya
beli pun dah lama tapi tak teringat langsung pasal pasu & pokok ni
di tambah aku tak ingat kat mana aku simpan
[kes simpan pastu tak kasik label memang cenggini laaa]
aku just bubuh atas bekas air masak tu jer
nampak laaa seri sket
lagipun aku dah minimisekan barang2 atas table top ni
jadi tak nampak serabut
boleyyy laaaa tuu...


-----------------------------------------------------------
dialog dgn tok laki masa 1st day letak pokok ni:


tok laki: ni apa ni? ulam ke?

puan bini: #%*&^%$#@ [sabo jer lah!..]



k, lah.
bai!