Monday 28 March 2016

Kids Activity Room: Gadget Baru!


salam & hye..

takde aktiviti pelik2 berlaku dalam rumah buat masa skg ni. setakat house-chores macam biasa. rutin harian yang tak pernah berkesudahan especially when it comes to laundry-work. pagi basuh-sidai. belum sempat nak kering yang kat ampai dalam bakul baju dah penuh semula dgn pakaian kotor. nak2 time2 cuaca panas lenting cenggini. memang keje nak mandi-tukar baju-berpeluh-mandi lagi-tukar baju lagi-berpeluh lagi ajer lah dari bangun tido sampai la ke mentido semula.

feeling2 nak cat rumah pun masih lagik jadik feeling sebab rasa sangat tak rajin nak ke hardware beli cat walaupun tok laki dah bagi green light. jadiknya tenung ajerlah kaler dinding sedia ada dulu yek sampai rajin tu timbul. 

since takde apa mencabar yang dibuat sepanjang wiken ni, so just upgrade sikit2 bilik aktiviti anak2. so far alhamdulillah setakat ni bilik ni dah mula jadik most favourite place untuk anak2 beraktiviti. sikit2 dapat kurangkan passion diorang pada tv. yang penting time diorang main kat sini mak dia kena ada skali. memang bole tahan berjam2 lah diorang kat sini. cuma maknyer jer laa terpaksa mereput kat dalam ni skali. adoiihhh... takpe laa demi anak2...


sikit upgrading yang dah dibuat..



pasang tikar evamate (RM 10.00 dari kedai pakistan)
warna & corak tikar pilihan anak sendirik. nasib baik pilih kaler ni. bilik nampak cerah & ceria. semangat sket mak ko nak mereput dalam nih. huhu.. :p



magnetic white board (RM12.90 dari kedai jual barang2 plastik)
aku tak berapa gemar black board since aku rasa sgt tak secure dgn habuk kapur tulis tu. lagi2 ada budak kecik nan sorang tu yang hobi memang suka masukkan segala benda dalam mulut. haihhh~
tapi aku akui black-board lebih nampak ohsem berbanding white-board. eh?



carta ABC (RM3.00 dari Mr. DIY)
3-pocket holder (RM15.90 dari Mr. DIY)
pocket holder guna buat isi buku2 anak2. plan asal nak guna frame holder untuk susun buku2 tapi dari hari planning sampai ke hari ni nan hado nak beli. asyik memanjang bertangguh sampailaa terjumpa holder ni kat Mr. DIY semalam. terus jer grab. dah gantung situ nampak semmarttt la pulakk.. huhii



sebahagian view ruang aktviti anak2 lepas kerja2 upgrading yang tak seberapa..



close-up view.

so far maknyer yang eksaited lebih. anak2 rilekk jer. 


meja tu nak kena tukar yang heavy duty sket kot sebab yang ada ni ala2 macam kotak jer materialnya. aritu dah terpeleot kaki meja ni sebelah dikerjakan budak bujang kecik Ammar. sampai skang dah tak bape nak stabil sgt dah. tengah fikir nak ganti dgn Lack jer kot nanti. nanti2 jer lah order. malas betul nak order seketol barang jer kat PS. nak pegi beli sendirik memang nan hadoo laa aku nak turun KL nun semata seketul meja yang harga tak sampai RM30 tuh. buat membazir duit minyak & tol jer.



k, lah, tu jer nak share.
babai.. =)


Monday 21 March 2016

DIY: Jimatkan Masa Aktiviti Mengelap Lepas Masak (Portable Kabinet)


salam & hye.

sebelum mula cheq nak habaq sat ni... entry ni berkaitan dapur jenis portable saja yer. nape cheq kata gitu? jom meh cheq nak kongsi dgn hangpa semua..

*errrr....actually ni projek lama. aku pun dah tak ingat aku buat ni time dah bersalin anak 2nd or belum. sekarang anak 2nd dah umur setahun setengah.*



ni ruang keseluruhan dapur rumah aku. *gambar ambik dari arkib jer. tak koser nak ambik yang baru dan tambah tak koser nak edit. hahah!*

sebelum aku masuk tentang apa yang aku nak share ni, meh aku story sket kedudukan dapur aku ni. dapur aku ni jenis kongsi dengan dining area /ruang makan. kat bahagian hujung table top/kc yang ada rice cooker tu ada peti ais dan lepas tu terus ada area meja makan. berdepan dengan table top/kc tu bilik no. 2 dan ruang dobi berserta laluan ke bathroom 2. yang nampak tingkap & pintu sekerat tu, disebalik tu dah kawasan luar rumah. bole imejin? tak bole? x pe... abaikan. hahah!

masa memula dapat kunci rumah dulu, kitorang ada buat table top/kc seciput macam yang korang nampak tu la. dalam 5 kaki kot panjangnya. masa nak buat kc dulu kontraktor suggest buat L-shape terus sambung kat area tingkap tu. tapi aku tanak since belakang tu ada lebih kurang dalam 5 kaki lagi area. aku bajet nak buat renovation extend sket kat area tu nanti2 kalo ada bajet. so far bajet nan hado. tunggu orang datang derma. hihi! so setakat tu jer la area kc yg ada buat masa ni. since aku tak plan nak buat dapur masak atas kc tu sebab tanak ruang kerja jadik limited makanya terpaksa laa kena carik dapur masak jenis portable....


so the story begins.......... :p



 
dapur masak aku lebih kurang jenis cenggini. *sumber google*. lupa nak snap pic zoom-in dapur masak sendirik. sape tuan punya gambar ni mintak halal la yer.

so, kita refer balik layout dapur aku kat atas tu. since dah takde tempat strategik lain lagi untuk letak kabinet dapur ni maka nak-tak-nak terpaksa laa jugak aku letak berdepan dgn tingkap. aku tak suka sebenanyer tapi takde pilihan. bahagian lain memang dah ngam2 tempat meja makan.

risiko bila masak mengadap tingkap ialah susah nak bersihkan minyak2 yang terpercik kat celah2 tingkap & grill. ditambah lagi kabinet ni tak boleh nak betul2 rapat ke tingkap sebab ada grill tu. kalau aku rapatkan confirm kuali aku tak lepas nak tenggek atas dapur. sangkut dow! jadi masalah minyak merecik tu melalut2 sampai ke lantai dan dinding kat belakang kabinet. sekali dua ok la lagi nak bersihkan segala grill + tingkap + dinding + lantai. tapi kalau hari2 memang disaster! hahah! *aku jer yang rasa cenggitu kot padahal orang lain rilex2 jer.*

*sorry takde gambar pulak nak tunjuk disaster part tu*

jadinya...aku terpaksa perah otak untuk overcome masalah ni. if not, aku kena hadap untuk beberapa tahun lagi *mungkin 5 tahun, mungkin 10 tahun or mungkin sampai bila2* keadaan macam ni selagi duit derma tak kunjung tiba.. :p

lepas puas fikir, ni laa solution yang aku dapat masa awal2 dulu.. *errr sebelum tu aku ada try 3-4 cara tapi semuanya gagal.* hampeh!



actually tak tau ni try & error yang ke berapa. but so far ni yang terbaik kot antara yang sebelum2nya. yang ni pun aku just try2 je dulu time tu. caranya.. aku guna divider aluminium yang memang ada jual untuk dapur masak tu. caner nak explain eh? alaaa... kat memana ada byk jer jual menda alah aluminium ni... aku potong dua then lekatkat kat atas kertas kadbod (*kadbod dapat dari kotak2 terpakai) then kertas kadbod tu aku tapekan kat belakang dapur macam dalam gambar atas ni. tujuannya untuk kurangkan percik minyak jatuh ke lantai dan jugak lekat kat dinding. then kat area dinding & grill dapur tu pun aku gantungkan dengan cover untuk dapur jugak untuk tujuan yang sama. lebih mudah nak manage dapur. aku just lap kat area lapik aluminium & cover grill (warna putih bercorak2 dlm gambar) tu jer. kurang masalah minyak kat dinding & lantai. so tak perlu lagi nak lap/mop hari2. hujung minggu jer baru lap/mop bahagian bawah belakang kabinet dapur tu.

*sorry gambar yang ada ni lepas projek dah jadik half disaster. lupa nak snap yang baru2 siap*



ni divider dapur yang aku guna. aku potong dua dan cantumkan memanjang untuk dapatkan kepanjangan yang aku nak. apakah ayat bahasa melayu yang aku gunakan nih? *sumber google*



sebulan dua yang pertama nampak agak memuaskan hati. masuk bulan ke 4-5 kadbod dah mula lembik dan tape dah melekang sebab panas haba dapur. lama2 keadaannya jadik laaa macam dalam gambar atas tu. bila dah lembik cenggitu memang nan hado laaa nak lap. makin aku lap makin dia terturun ke bawah. haihhhh...projek gagal lagi! 

stress mak!

then, fikir idea lagi untuk penambah-baikan since idea yang tu agak ok cuma materialwise agak looser. *keruk-keruk kepala sambil tumis sayur*

tetiba one day idea muncul since aku guna rak mulig kat dapur & gantikan rak storan dapur yang lama. rak storan yang lama material habuk/partikel kayu (para) & plastik (tiang). since rak tu dah tak guna so aku ambik para-nya untuk projek DIY aku nih. selain dari tu, ada beberapa barang lain lagi yang perlu ada. aku share kat bawah ni barang2 yang aku guna..



yang warna pink & hitam tu para dari rak yang aku maksudkan. selain dari tu kena ada lapik aluminium dari jenis aluminium foil dan aluminium sheet. aluminium foil tu yang untuk wrap makanan tu & aluminium sheet pulak memang one of fungsi dia untuk alas dapur (bergulung). aluminium sheet tu aku beli kat daiso jer. beli yang paling lebar & panjang standard 10 meter kot. ntah tak ingat pulak. selain tu perlu ada binding tape. yang bergulung warna kuning+ungu tu sama material macam yang aku guna untuk cover grill & dinding kat atas tu. tak tau apa nama menda-alah ni. aku beli sebab saja nak gantikan yang lama tu. kasik naik seri sket. huhu!



ni rupa aluminium sheet yang aku maksudkan. *sumber google*




cara nak buat senang jer... 

1 - aku combinekan dua2 papan tu & wrapkan dengan binding tape dulu. kenapa guna dua papan? sebab satu papan jer tak cukup nak cover keseluruhan area nak letak tungku masak tu. 

2 - then, wrapkan setebal yang boleh keseluruhan papan dengan aluminium sheet diikuti aluminium foil. 

3 - gunakan binding tape or apa2 tape yang punya tahap lekatan yang kuat untuk lekatkan aluminium sheet & aluminium foil pada papan. aku tak berani nak guna gam sebab takut haba panas akan menyebabkan gam jadik cair di kemudian hari.

4 - lepas dah siap, alihkan tungku dapur dulu. then, lapikkan papan ni atas kabinet dapur. letak semula tungku dapur atas papan ni.


*sorry tak ambik gambar time projek berlangsung sebab aku kerjakan menda-alah ni sensorang. tak cukup kaki-tangan nak pegang segala benda. plus nak cepat siap.*



ni keadaan kedua2 ketul papan yang dah siap di-wrap. saiznya lebih lebar berbanding saiz asal kabinet dapur. memang tu tujuan aku hasilkan projek ni. sebab aku nak tutup gap/ruang antara kabinet & dinding belakangnya tu. *abaikan rupa wrap yang tak semenggah tu. seronok dok balut2 rupa2nya 2nd wrapping tak cukup. tak koser aku nak kuar beli lagi.*



ni view lepas stove/tungku gas diletakkan semula di tempat asal kabinet. *abaikan stove yang kusam berkarat*. nampak tak lebihan papan yang terjulur tu? haaa...lebihan papan tu lah yang meng-cover keseluruhan ruang kosong antara kabinet dan dinding. 



ni view keadaan papan dari bahagian depan. 



ni view dari bahagian satu lagi kabinet. lebihan papan yang terjulur dari kabinet dapur aku rapatkan terus ke dinding untuk tutup bahagian dinding bawah kabinet & lantai. konsep dan tujuan yang sama macam projek yang atas tu. untuk elak minyak yang merecik dari aktiviti masak2 terus ke dinding dan lantai. jenuh wooiii nak ngelap tiap kali. cuma kali ni aku gunakan material yang lebih kukuh & hasil kerja yang lebih kemas.  

tujuan papan di-wrap dengan aluminium sheet & aluminium foil untuk elak papan dari mudah terbakar. fungsi aluminium sbg penebat haba & panas. papan tu dari jenis partikel kayu jer..bukan solid wood so risiko mudah terbakar adalah sangat tinggi. 



setakat hari ni, hasil DIY ni berfungsi dengan baik. kerja2 selepas memasak jadi lebih mudah dan aku tak perlu risau papan melendut ke bawah untuk satu tempoh masa yang agak lama *harap-haraplah! since then, aku just lap2 sket2 jer kat area masak tu (atas stove + atas kabinet + atas papan terjulur). tak perlu nak kena lap segala grill+tingkap+dinding+lantai belakang kabinet tu lagi tiap kali lepas masak. masalah aku selesai, kerja2 lepas aktiviti memasak dapat dikurangkan dan aku pun tak sakit kepala. jimat banyakkkkk masa!

tok laki yang selalu ambik tugas mop rumah pun kata yang kawasan belakang dapur sejak aku guna kaedah ni agak bersih dan kurang berminyak. so sangat memudahkan kerja2 beliau nak mengemop. alhamdulillah.....lega den mendongar ehh.. hihi



k lah. tu jer perkongsian tak semenggah dari aku.
mungkin ada manfaat untuk sesetengah.

babaiii~




Tuesday 15 March 2016

Nak Cat Dinding..


salam & hye..

hmmmm.... terfikir nak buat sikit make-over untuk dining + kitchen area.

masih mencari idea.

maka ini antara kombinasi yang terinspirasi dalam imaginasi..




 sumber google


sumber google



kita tengok apa yang jadik nanti..

itu pun kalau tok laki bagi lampu hijau bukan pelangi


hahah!


k bye!
xoxoxo


Friday 11 March 2016

Apa Ada Pada Dinding Table Top / Kitchen Cabinet?


salam & hye..

entry ni adalah kesinambungan dari entry Kisah Rak Pengering Pinggan Mangkuk yang penah aku citer sebelum ni. kat dalam entry tu aku ada sebut pasal nak upgrade sket area ni. so, kat bawah ni laaa hasilnya..



ni rak pengering yang aku citer sebelum ni. nak tau rak yang aku guna sebelum yang ni boleh click jer kat tajuk kisah rak pengering kat atas tu. sebelum ni kat bawah bakul ni aku just alaskan dengan kain t-shirt yang dah tak pakai untuk elak air tos pinggan bertakung kat bawah bakul. now ni alhamdulillah.. aku dah dapat alas yang sesuai dan lebih proper. 



alas rak ni aku beli kat econsave. actually alas ni satu set dengan raknya tapi aku tak pekenan sebab kedalaman rak sangat2 narrow. tak sesuai untuk aku. so aku just guna alasnya jer. raknya pulak dah selamat aku bagi kat orang. balik rumah aku try elok pulak ngam2 dengan bakul sedia ada tu. so, setel masalah kat situ. 



masalah alas rak pinggan dah selesai. skang aku nak setelkan masalah sabun2 basuh pinggan yang ada ni. selama2 ni sabun2 ni duduk merata2 atas kc ni. takde tempat khusus. actually aku tak pekenan sangat letak cenggini jer sebab bawah botol & bekas2 tu mudah berlendir sebab basah dek air. so, sebagai solusi aku just buat macam kat bawah ni jer..



aku guna jaring2 ni. ni kira konsep ala2 macam pegboard laa... lekat jaring2 tu kat dinding then gantung laaa apa yang patut sesuai ikut keselesaan dan kehendak engkorang. 

macam aku, aku just gantung jaring2 ni kat hook tu jer. hook tu tampal kat dinding. dah sedia gam kat belakang dia. apa yang best dgn hook ni ialah gam dia jenis yang kena bakar dulu baru tampal. so memang kuat giler ah! satu hook tu boleh tampung >< 5kg. so far alhamdulillah still keadaannya macam tu dari 1st day aku gantung jaring tu. 



ni zoom in macam mana hook dan jaring berfungsi... aku memang suka sangat idea ni... ilham sendiri muncul tiba2. try & error jer fungsi jaring tu masa memula aku beli jaring tu dulu.



aku just gantung 2 benda ni jer.. satu rak untuk botol2 sabun & span2 basuh pinggan dan satu lagi holder untuk utensil. aku tak guna dah holder yang sementara tu sebab takder lubang aliran air. takut tak perasan kang mau jejentik muncul lagi kat rumah aku.

owh lupa.. tiap2 satu holder/rak ni memang dah ada hook sendiri untuk memudahkan digantung kat jaring tu. semua set ni aku beli kat daiso jer. flat rate.. so time nak beli tu make sure yang ada hook k. jangan main bedal jer beli pastu nyesal sebab salah beli yang takde hook untuk gantung. nangis tepi bucu peti ais karang. kihkihkih..



satu lagi view.. sejak kehadiran 'ahli2 keluarga baru' kat situ skang area table top dah makin lapang. best! best!!



then, dah alang2 setelkan part tempat sabun & utensil bagai tu, aku pun upgrade sket area ni, ni jaring pertama aku beli dulu. time tu try & error guna konsep jaring ni kat rumah. aku beli jaring yang kecik je tapi memanjang. dah lama jaring ni berkhidmat kat area ni. dah setahun dua jugak la kot..



ni hasil lepas upgrade. aku beli satu lagi jaring yang sama panjang dengan jaring yang asal tapi lebih lebar. hook yang lama untuk support jaring pun aku dah tanggalkan & pasang yang baru supaya lebih rata kedudukan jaring. kalau engkorang perasan, kedudukan jaring yang lama tu agak senget sebab aku pasang hook tak sama tinggi. kedua2 jaring yang lama & baru aku combinekan untuk dapat hasil lebar cenggini.

lepas dah gantung jaring, aku susun semula barang2 yang ada. so jadilaaa macam kat atas ni hasilnya.. susunatur barang2 lebih proper dari yang sebelumnya. pada mata aku laaaa... hihi



untuk gantung all these things, ada hook khas untuk letak kat jaring tu. pun boleh dapatkan kat daiso jugak. sepeket ada 6 ketul hook kalo tak silap. harga sama jer semua..



so ni laa hasil sebelum & selepas untuk small upgrading dinding kat atas table top/kitchen cabinet aku. so far cuma ada benda2 ni jer laa yang aku gantung. aku guna konsep camni sebab aku malas nak mintak tok laki tolong drill2 kan rod bagai. ditambah dengan aku ni memang jenis tak reti nak menyabo. kalau suruh tok laki ntah tak tau bulan bila baru dia free. buat camni lebih cepat, mudah & ringkas. haha!



ni lagi satu view sebelum & selepas. kat tepi belah kiri tu ada 2 ketul hook sedia ada yang memang sengaja aku tak cabut. sekali sekala aku gunakan buat gantung kuali nan seketol.. 


sorry, full view kc yang selepas keje2 upgrading ni aku lupa nak snap. nanti laa aku snap & share kat entry yang lain kalo ingat. lupa nak inform.. konsep gantung2 cenggini bonus senang nak lap table top tau! tak payah sesusah nak alihkan barang2 atas table top time nak mengelap. caye tak?


k, tu jer nak share. 
moga bermanfaat.

babaii..

Monday 7 March 2016

Projek Make Over Kids Activity Room (Part 2)


salam & hye..
lama dah aku tak kemaruk cenggini
kemaruk susunatur & kemaruk apdet blog
kahkahkah!


macam yang aku janjikan...
disebabkan tahap kerajinan aku melampau2 minggu ni maka projek make over bilik aktiviti bebudak kecik cenonet berdua tu dah pun setel. kalo ada nak tambah pun sikit jer laa... okeh, tak yah tunggu lelama jom cekidaut apa yang dah aku kerjakan untuk bilik ni...



macam yang haritu jugak, yang ni pun aku dah susunkan siap2 overall layout bilik ni dari pintu masuk sampai ke pintu masuk semula.. senang nak citer dan senang jugak nak faham..

dari pintu bilik..
kat area ni yang asalnya ada box bertingkat2, buai dan jugak meja kopi dah pun selamat aku alihkan dan gantikan dengan almari baju bebudak kecik tu. buai yang dah tak guna dah selamat aku bukak dan simpan bawah katil kat bilik lain. meja kopi pulak dah selamat aku alihkan masuk kat bilik kitorang buat sementara. bior dia situ sampai terlaksana wall hang tv cabinet aku. ntah bila tah nak beli tu.. *paused! sambil jenguk tabung*



meja pink tu memang dari asal dah ada. dah lama beli masa Ammar umur 3 tahun kot. beli kat jusco kalau tak silap tapi tak ingat dah harganya. kerusi asalnya ada 2 ketul warna yang sama jugak macam meja tu. material dari non-woven tapi quite keras la sebab anak2 aku duduk atas meja tu steady jer. kerusi asalnya ada 2 function. storage box merangkap tempat duduk jugak. since anak bujang komplen pasal tempat duduk tu yang kata dia tu bukan untuk duduk tapi untuk isi barang so aku pegi la carikan dia kerusi yang proper sket. so, tu laa dia kerusi pilihan aku untuk diorang. seketul harga RM19.90 kat kedai barang plastik. saja aku beli warna hijau & biru. nak matchkan dgn almari baju diorang tu. 

untuk dinding, aku hiaskan dengan wallpaper. wallpaper ni beli dah lama. sama2 time beli untuk hall dulu. dalam 2-3 tahun camtu la. asyik terbantut jer nak deco bilik anak sampai laaa lahir anak kedua. tapi disebabkan dah terlalu lama simpan, makanya sticker dia dah masuk angin so tak bape lekat sgt. tension gak arr nak handle!



selain tu, aku tampalkan jugak carta gambar tu. baru ada satu beli 2 minggu lepas. jenis2 kenderaan. pilihan Ammar. dulu ada banyak carta2 ni tapi aku dah buang sebab dah koyak2. plan nak beli lagi carta2 cenggini. nak carik yang abjad, nombor & tulisan jawi. nantilah bebila ada singgah kedai buku..

aku ada gak pasang cangkuk kat dinding area meja tu. buat gantung apa2 yang patut la kendian2 hari nanti. buat masa ni si Ammar buat gantung whiteboard lama dia yang dah takde ruang nak tulis dah tu. siannn anak ibu! nanti ibu belikan yang lain la ehhh..

dan.... dah takde lagi pampers bergelimpangan kat area ni. ehehh!



kat area ni sebelum ni ada kabinet tv dan jugak ampai baju Adelia. kabinet tv dah selamat aku alihkan tapi ampai baju aku kekalkan kat situ sebab dah takde tempat lain lagi yang lebih sesuai. so, duduk laaa kat situ dendiam ehhh..



dinding kosong kat area ni aku just hiaskan dengan wall deco corak jalan raya & kenderaan. beli dah lama jugak. tak ingat dah bape tahun aku simpan. senget benget aku tampal wall deco nih. haihhh!



kita jelajah ke ruang dinding bertentang dengan meja blajar bebudak tadi. box2 bertingkat yang isi macam2 benda dah selamat aku alihkan ke sini. 
asalnya kat sini ada rak buku & barang mainan anak2. tapi aku tukar dgn rak mulig yang ada kat dapur. maknanya... susunatur ruang dapur aku pun dah bertukar skg disebabkan aku tukar fungsi rak2 sedia ada dalam rumah ni. untuk dapur & tempat makan (dining) nanti kendian2 aku citer kat lain entry eh... kalo rajin lerr... kiki

so, now rak mulig dah bertugas jadik tempat simpan barang2 mainan bebudak. 4 tingkat yang bawah tu semua penuh dgn mainan bebudak jer tu. dua box putih yg bawah tu aku guna SKUBB box saiz besar. sama saiz mcm yang kat atas kitchen kabinet. aku beli box ni 2 set means ada 6 ketul. ada lagi spare 1 ketul tatau nak bubuh mana lagi dah.



kabinet tv yang en. asben tak kasik aku letgo tu aku alihkan ke bahagian sini jugak. aku guna buat susun stok pampers & beg2 harian kitorang. not bad jugak la kot. nampak kemas la jugak sket...

kat tepi tu ada seketul bakul. dalam tu penuh dgn mainan anak2 yang panjang2 & jugak ball2 saiz besar. ada jugak aku selit barang2 aku sket situ. balance2 wallpaper tu... hihi



ni pandangan area ni dari pintu bilik. boleyyy laaa..... susun jer ikut mana aku selesa. asalkan tak sakit mata yang nak mengadap hari2 ni sudehhhh.. 



okehh...ni gambar last betul2 kat pintu masuk. so, complete laaa keseluruhan ruang bilik ni aku share ngan korang..



kat bawah ni sikit details zoom in certain bahagian..

ni ruang aktiviti menconteng. betul2 kat atas area meja pink tu. ada jaring untuk support pen holder & jugak whiteboard kepam. nanti kalo dah beli whiteboard yang baru akan gantung kat sini. gantikan yang lama dah kepam tu. hihih!



ni barang2 yang ada kat atas almari baju bebudak kenit berdua. 2 box hijau & 2 box tutup biru tu penuh dengan mainan bebudak. ada rak buku yang masih belum penuh. actually ada byk jer buku si Ammar  ni tapi banyak yang dah jahanam. aku malas nak sorting. nanti aku tapis dulu pastu baru aku susun sini. dua box corak bunga tu saja jer letak situ sebab dah takde tempat lain nak letak. hahah!



ni zoom in wall deco sticker yang aku tampal. beli kat Mr. DIY dulu. harga RM6.50 time tu. skang tak tau lah aku masih harga tu atau dah naik. 



ni cangkuk yang aku guna untuk gantung whiteboard & pen holder tu. beli kat daiso. so far blum jumpa ada jual kat tempat lain. aku suka cangkuk ni sebab gam dia jenis bakar dulu baru tampal. memang tahan lasak ah! banyak jer aku guna cangkuk jenis gam gini kat rumah ni. tapi lain2 design laa.. yang kat atas ni one of design yang ada. cangkuk ni boleh hold berat barang sampai 5kg! steady jer... 




hmmmm....keje aku pun dah nak setel. tinggal nak touch-up2 sket... nak gantung frame2 sket kat bahagian atas area wallpaper tu. harap2 boleh kekal cenggini laa area ni sementara nak tunggu Adelia besar sket untuk asingkan tempat tidur. actually ni sebenarnya akan jadik bilik tidur anak pompuan tapi since dia masih kecik so kita fully utilised laa dulu. if not, bilik ni akan jadik tempat longgokan barang2. tak sukaaa! serabut kepala mak hokeh!

okeh laa... hutang ngan korang dah pun aku setelkan. kalo ada upgrading or touch-up sket2 nanti aku share lagi la ehh... ikut kerajinan aku laa kan.. buat masa skang ni saka rajin tengah meligat nih. hahah!



tu jer untuk kali ni..
babaiiii..




Thursday 3 March 2016

Projek Make Over Kids Activity Room (Part 1)


salam & hye..
eh makin terajin pulak apdet blog. kikiki...


hmmmmm....macam mana nak mula? aku bila masuk part nak kena starting ni memang manjang failed. lemau jer rasa... hihiuu.. 

ok laaaa camni.. tahun ni anak bujang kecik (Ammar) dah mula sekolah. umur 5 tahun. pada aku ok laaa masukkan anak skolah time umur ni. tak terlalu awal dan tak jugak terlalu lambat. kalau nak ikutkan, mertua aku tak kasi kitorang masukkan anak skolah tahun ni. diorang kata masih awal lagi. alahhh...aku tau yang actually diorang tak puas nak manja2 dgn cucu. sebab selama2 ni dorg yang jaga anak2 aku dari bayi lagi. hihiuuu..

lepas bincang hati ke jantung ke limpa ke hempedu masuk ke hati balik dengan encik asben, kitorang nekad hantar Ammar ke tadika tahun ni jugak. dua reason kukuh aku kasi ialah: 

1) Ammar kurang pandai bergaul dan berinteraksi dgn orang. 
- sejak dari bayi, anak2 aku dijaga oleh mertua which is atuk & nenek diorang. standard manja terlebih. jarang jumpa dgn anak2 jiran jadik asbab dia kurang pandai bergaul. so, kiranya utk tahun ni aim hantar dia ke skolah ialah untuk bagi dia bergaul dgn kengkawan, blajar berkawan, kenal dunia luar, keluar dari kepompong dia, berinteraksi dan jadik berani. kalo tidak, asyik laaa dok nak berkepit celah ketiak mak. awak boboy laa nak! anak lelaki kena berani! hehe...


2) aku pilih tadika yang more to islamik. selain alasan dekat dgn rumah kitorang & mertua, reason aku pilih tadika tu sebab niat aku nak bentuk akhlak dia dulu. untuk umur ni aku tak nak terlalu menekan anak pada akademik semata. bagi dia blajar kenal Pencipta dia, kenal Rasul, semua basic things tentang Islam, akhlak, adab, ibadat.... memang kat rumah kita dah train dia dgn akhlak & adab yang baik tapi kadang anak2 ni bila blajar dgn org lain lagi mudah nak ngikut dari mak sendirik yang ngajo! jadi, silalah ke sekolah ye anak! hehe..


so, since Ammar dah skolah, some times dia ada laaa bawak balik homework. samada homework yg memang kena buat kat rumah or kerja skolah yang dia tak sempat nak siapkan so kena bawak balik & sambung buat kat rumah. sepanjang 2 bulan yang awal, aku ajar dia buat homework kat ruang tamu jer sambil2 nengok tv. tapi biasa laaa kan.....mana nak fokus! jap2 nak nengok tv.. jap2 nak nengok tv. sampaikan aku pulak yang naik stress. nak siapkan tulisan sebaris berjam2!. dan aku rasa itu bukan sesuatu yang bagus untuk dia..

makanya, since that aku gigih fikir nak sediakan satu ruang / bilik untuk anak2 beraktiviti. ruang yang jauh dari pandangan tv supaya diorang boleh lebih fokus harap2nya. 

untuk tujuan tu... aku pilih bilik no. 2 sebagai target port. buat masa skang projek make over bilik ni masih dalam progress. since belum siap lagi moh ler aku bawak korang meninjau keadaan asal bilik ni (actually tak bape nak asal sangat laaa....dah puluh2 kali jugak berubah2 keadaan bilik ni..)

jommmm!!



gambar2 kat bawah ni aku dah susun ikut urutan dari pintu masuk sampai ke pintu masuk semula. lebih mudah nak faham & imagine the whole room area..

box2 berisi macam2 barang.. meja kopi guna buat letak beg2 harian.. buaian yang dah tak guna..



pampers di sana sini..



ampai baju si bayi Adelia.. rak tv yang langsung tak guna dah (geram kat tok laki pasal tak kasik aku letgo rak ni even takde function pun sebab tv asal kat rak ni dah jual dgn member)



rak buku & mainan anak2.. just guna kipas berdiri since syiling bilik ni sgt tinggi..



dua ketul rak baju anak2. yang biru untuk Ammar & yang hijau untuk Adelia..



ni keadaan hari2 biasa bilik ni. paling susah nak maintain sebab bersekali dgn barang2 mainan anak2. penat nak kemas. anak2 yang rajinnnn sangat tolong maknye 'mengemas'. sometimes aku biar jer bersepah cenggini. selalu jugak keadaan lebih dahsyat sampai tak nampak lantai nak pijak. penuh bertabur dgn mainan anak2. budak2....sel2 otak diorang tengah sarat berhubung. hehe..

dulu bilik ni ada seketul almari baju besa gedabak. tapi aku dah alihkan masuk master bedroom. buat isi baju bajan kitorang. dah pernah aku share sebelum ni dalam ENTRY ni. so bilik ni dah agak lapang. some barang pun dah aku simpan dalam box dan letak atas kabinet kc. pun dah penah aku share dalam ENTRY ni sebelum ni. jadi bilik ni dah agak lapang skang.

so untuk next overcome, tunggu la ehh... 
kalo aku rajin banyak, cepat laa updatenya. 
kalo aku rajin sikit, lambatlaa jadinya 
dan kalo aku malas...... takde update langsung laa nampak gayanya..
hihihiiuuuu...


k, la tu jer..
babai..