Wednesday, 22 April 2015

Idea Kreatif: Tempat Simpan Air Time Gangguan Bekalan



salam & hye..

untuk kali ni aku tanak share pasal susun & atur
pasal deko2 pun tanak
nak nyebut dua perkataan tu pun buat rasa sentapppp jer
lagi laaa hari2 hadap & mandang kan
lagiii laaaa berbulu!
hehh!!

memandangkan untuk hari ni dan besok kawasan rumah aku dan sekitar takder air,
dan dah pun dapat notis gangguan bekalan seminggu yang lepas, 
makanya kami sekalian jiran tetangga dah pun standby apa yang patut lah.
yang patut tu apa?
simpan air lah!
hehhh!

actually, kat lorong aku ni kitorang memang bole dikatakan close la sesama jiran
even jarang jumpa sbb masing2 sibuk dgn hal duniawi rumahtangga
tapi kitorang create group whatsapp
so mudahlaa dapat info kalau apaper berlaku
tu je nak bagitau
hehh!!

eh, aku bukan nak share pasal group whatsapp
tapi aku nak share pasal simpan air bila ada gangguan bekalan
hehehhh!!

selalu2nya kan if dapat notis takde bekalan air sekian2 haribulan kita terus rasa gelabah
betul tak?
time tu terus la panik fikir nak simpan air kat mana?
tong air pun takde
nak isi dalam baldi, banyak mana sgt la pulak yg dapat?
cukup ke?
dan2 tu jugak terus jer ajak asben rempit pegi kedai barang plastik
or kedai murah RM2
or kedai eco
or kedai serbaneka
untuk?
beli tong air!
hehh!

beli hat paling beso lak tu
yang harga RM 50 ++ tu
bajet nak dapat simpan air banyak2 la kan
pastu lega
sebab rasa masalah dah setel
hehhh!

yang jadik masalah ialah bila masalah gangguan bekalan dah selesai
air kat paip keluar mencurah macam biasa
hepi laa sbb takyah nak risau air simpanan tak cukup
hepi laa sbb takyah nak catu2 penggunaan air dah
tapi apa cerita pulak tong sebesar alam yang kita beli tu?
dah tak pakai kan?
nak simpan mana?
time tu laaa timbul masalah
sampai stress2 fikir tempat strategik simpan tong tu
tak kan nak jual balik pulak kan?
nanti kalau ada gangguan bekalan lagi?
nak beli lagi?
hehh! hehhh!!

so, pasni kalau lenkali dapat notis gangguan bekalan,
yang penting jangan panik
dok tenang2
tarik nafas dalam2
dan carik jalan cara simpan air tanpa perlu keluar duit
buntu?
takpe, sini aku kasik jalan selesai
kita guna cara ni.............



amacam?
kreatif x?
kreatif dan jimat wang!
guna jer bakul laundry yang ada kat rumah tu
dan plastik besar
caution: pastikan plastik yang digunakan tebal dan bersih (contoh kat atas ni)
(nak lagi jimat, plastik besar boleh try mintak kat kedai dobi. hehh!)

guna cara ni, masalah nak simpan air selesai
masalah nak simpan tong air lepas diguna pun selesai
air boleh disimpan dgn selamat tanpa takut nyamuk aedes membiak sebab plastik boleh diikat
kepala tak sakit fikir air simpanan tak cukup
kepala tak sakit fikir bekas simpan air takde
kepala tak sakit fikir mana nak simpan tong air bila dah tak guna
kepala lapang
hati riang

dapat dah idea?
(^________^)
hehhh!!


so, kenapa aku sebut pasal group whatsapp kat atas tu?
meh aku kaitkan
gambar ni hasil sharing dari jiran aku
send kat group whatsapp
bukan idea aku pun!
aku pun tak terfikir nak buat cenggini weyh!
PADAHAL AKULAH ORANGNYA YANG PANIK DAN BELI TONG AIR SEBESAR ALAM HARGA RM50 ++ TU!
hehh! hehhh! hehh!! dan hehhhh lagiii!!!


*kredit to jiran berdepan dengan jiran selang 9 pintu dari rumah aku. [sila imagine sendiri kedudukan rumah jiran]  (^__^)


k, tu je
babaiiii....


Monday, 30 March 2015

[x susun] + [x atur] = rumah aku!


salam & hye..

lama tak jenguk blog ni
dan lama jugak tak update pasal susunatur
alasan?
tak berkesempatan


lately ni agak busy dgn keje
almost tiap hari sampai rumah dah lepas waktu maghrib
balik rumah cuma sempat settlekan aktiviti harian

* breastfeed & tidokan baby dalam buai
* label & simpan stok susu perahan - sumbat icepack dalam freezer
* basuh botol2 susu & peralatan mengepam - steril - simpan kat rak pengering
* mandi - solat - makan (dah lama tak masak weekdays weyhh!)
* celah2kan masa yang ada utk basuh baju - clearkan pinggan2 kotor dalam sinki - kemas dapur
* layan ammar - rehat kejap sambil lipat kain - jeling2 rancangan tv - salinkan ammar pampers & baju tido

nampak macam kejenya simple tapi bila dipraktikkan tak sedar masa berlalu pantas
tau2 dah dekat pukul 11
badan dah letih mata mintak tido
bawak baby masuk bilik - tukar pampers & baju tido - bf lagi - tidokan 
selalunya skali dgn aku hanyut terus tido-mati-tak-sedar-apa

makanya memang tak mandang dah hal2 susunatur
rumah pun dah macam tongkang pecah
tunggang terbalik segala
mainan ammar bertabur sana sini
barang2 pun bubuh saja merata
mood menyusun atur pun lately ni dah makin kelaut
saka malas dah merasuk gamaknya
malassss yang amat la haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........!!


maka, cuci jer lah mata korang dgn keadaan serba tak senonoh niiii..
enjoyyy!!
heyyy heyyy heyyyy..!!




 bilik no. 1



 bilik no. 2



bilik no. 3



gambar tak senonoh tak payah nak zoom beso sangat la weyhh!
buat malu jerr

tengah kumpul kekuatan utk re-organize semua semula
sambil mencari2 idea susunatur yang lebih praktikal
& yang penting boleh bertahan lama
& tak menyusahkan

kasik pelan2 kayuh!


[boleh tahan dia punya tahap huruhara bila anak dah lebih 1 nih ekk. huhu!]
[tambah huruhara bila bayi asyik laaa nak memerap]
[kalo bole 24/7 dia nak soh kita dok dodoi dia ajer]
[pengsan mak ko ni nak!]


doakan rumah aku tak bertukar jadik kotai pekerja asing!
berusahalahhhh!!!


k, babai..