Thursday 21 April 2016

Let-Go Items: Carpet, Space Saving Rack, ABC Matt & Frame


salam & hye..

dah lama rasa nak let-go barang2 ni. cuma tak tau nak let-go kat mana. fikir jugak ada ke yang nak beli? at first place, nak kasi jer kat jiran. masukkan dalam group wasap & tanya sape nak. tapi sampai ke sudah tak terbuat2. nak masuk kat mudah.com, takut ada back-out buyer. nak jual kat fb barang terpakai pun macam tak terdaya nak post dalam tu. end-up mereput laaaa semuanya dalam rak stor...

tapi arini aku nak try laaa up kat sini. mana tau ada yang nak. aku macam tanak jual. just nak bagi je kat sesape yang nak. cuma ada item yang tak dapat nak pos. atas reason tertentu. kalau yang bole pos, just bayo duit pos jer laaa.. selebihnya, halalan toyyibannnn... =)

ni antara barang2 yang aku nak let-go.

barang2 adalah FREE. 
just cover CAJ POSTAGE jer untuk barang yang boleh dipos.
item adalah based on FIRST COME FIRST SERVE basis.
detail barang & terma ada kat bawah setiap item.




karpet. 

beli kat kedai karpet biasa jer. harga beli RM200. pakai sekali time raya tahun yg sama beli kapet ni [2013]. still in very good condition cuma sebab dah lama tak guna better hantar dobi dulu before pakai.

reason nak let-go: anak2 kalah habuk. jenuh jemur, tepuk, vaccum hari2 still gak anak tak tahan. mudah naik ruam gegata.

terma: item tak boleh pos sebab berat. rugi bayo duit pos nanti. bole self pickup @ kangkar pulai, johor atau bole arrange untuk jumpa kat mana2 pilihan area berikut: kangkar pulai, skudai, utm, jusco/U-mall taman universiti, kipmart tampoi, @mart kempas, giant tampoi atau angsana.

update: BOOKED!




space saving rack.

4-tingkat. beli online harga RM90. 

reason nak let-go: tok laki tak berkenan kekdah storage gini.. maka tersadai lah ia kat tepi peti-ais (T_T)

terma: bole pos sebab item bole tanggal2. kos postage tak pasti berapa. tapi rasanya tak sampai rm20 kot. kalau nak self pick-up pun bole. or arrange jumpa kat mana2 lokasi seperti di atas.

update: BOOKED!




ABC + 0-9 matt.

complete A-Z plus 0-9. harga beli RM60 [ABC] + RM25 [0-9]. ada sikit koyak kat foam warna merah [tak ingat huruf apa]. dan mungkin ada bulat2 kecik untuk titik huruf i & j yang dah terhilang [tak pasti sebab dah lama tak check. nak kena check balik condition barang]. selain tu still in good condition. [errr....budak kecik tu tak jual ehhh.. :p]

reason nak let-go: malas nak pakai lagi dah sebab tak rajin nak susun balik. kalo hampar matt ni anak2 asyik keje nak cabut2 jer satu2 huruf2nya. end up bertaburan semua.

terma: bole pos sebab item in pieces. kos postage tak pasti berapa. nak kena check dgn pos malaysia / gdex courier. kalau nak self pick-up pun bole. or arrange jumpa kat mana2 lokasi seperti di atas jugak.

update: BOOKED!




frame.

gambar pasu. beli tak ingat harga berapa. tapi dalam RM20 - RM30 kot. saiz lupa nak ukur. nanti balik ukur & update semula.

reason nak jual: cantik tapi tak kena dgn tema rumah [hihi poyo]

terma: item tak boleh pos sebab kaca. tak jamin selamat sampai tanpa rosak. bole self pickup @ kangkar pulai, johor atau bole arrange untuk jumpa kat mana2 pilihan area berikut: kangkar pulai, skudai, utm, jusco/U-mall taman universiti, kipmart tampoi, @mart kempas, giant tampoi atau angsana.

update: BOOKED!




sesape berminat bole wasap no. 0127312003 [khadijah armawai]
wasap je!
sape kol memang aku banned.
hahah!



k, tu jer 4 item yang betul2 serius nak di let-go. ada lagi sebenonyer barang nak clearkan cuma fikir patut atau tak nak bagi kat orang. takut orang fikir pebende laa kau ni barang dah tahap masuk tong sampah pun kau nak let-go. kira camtu laa perasaan yang ada skang ni. so, biar jer lah mereka mereput dalam rumah. hahah!


k, bai!





No comments:

Post a Comment