salam & hye..
apa kabo semua? [ceh, fefeeling macam ada je lagi readers dalam blog nih. kihkih..]
lama tak mengarang dalam ni. banyak je benda berlaku nak dishare tapi apakan daya masa nan hado. kat rumah lagilah memang jangan diharap nak menaip.
apa nak citer dulu? projek ruang tamu dah jadik projek gajah putih. terbengkalai setakat aku share haritu je. kalau ada pun yang berubah cuma sarung throw kusyen dgn langsir. nak story pun takde mood sebab langsir beli ready made tersenteng pulak. tapi sebab nak ikut tema punya pasal pasang la jugak. cover dgn day curtain. owh ada lagi yang berubah. projek DIY tikar. dah siap dan dah bentang pun kat ruang tamu tu. lawa memang lawa [puji diri sendirik ko hado?] tapi dah nak jahanam dah pun dikopek2 anak2. tak larat dah nak memetir kat bebudak berdua tu. bior ajer laa depa. asalkan bahagia.
kalau memasing dah buat aksi comey gini, hagak2 sampai hati tak nak jadik mak naga?
lagi2 kalo yang ini... cair mak nak oiiii.... terus mak selak baju kasi upah :p
dalam bulan Sept and Okt yang lepas ada big projek berlangsung. alhamdulillah ada rezeki lebih sket utk renovate dapur. dapatla extend sket area nan sekangkang kera tu. renovation dah siap. dah guna pun dapurnya. cuma projek deko & susunatur tak setel lagi. belum sempat nak betul2 fokus pada susunatur rumah buat masa ni sebab banyak benda berlaku beberapa bulan kebelakangan ni...start dari si kecik Aydin warded, menyambung ke satu family kena ciken pox bergilir-gilir sampai hampir sebulan pastu sibuk uruskan Ammar nak masuk darjah 1 dan Adelia nak masuk tadika.. semua benda berlaku bersambung2 sampai tak cukup napas nak mengejar urusan rumah dan tangga. Eh?
sekangkang kera ni jelah pun area yang direnovate. time ni tengah nak buat laluan utk pipe & wiring letrik.
ni dorang tengah nak buat table top. kalo ikut aku, tak plan pun nak bikin table top. tapi tok laki kata dah alang2 buat je lah terus. aku pun malas nak pikir2 lenkali, jalan je laa... tapi skang ni rasa a bit menyesal laa sebab buat table top sebab orang ni buat tak semenggah. dah kelamkabut nak cepat siap sbb kitorang dah bising. time ni aydin baru discaj dari spital.
ni laa rupa dapur masa halfway siap. ni je pun gambo yang ada. masa ni belum pasang kabinet & kitchen hob. mesin basuh pun belum dialih kat tepi tu..
time renovation aritupun ada perkara tragis jadik. baby Aydin yang time tu baru umo 4 bulan kena warded sebab jangkitan pada paru2. aku rasa effect dari kerja-kerja renovation tu. aku ni pun sengal jugak dah tau anak baby lagi gatai nak renovate rumah. tak menyabo kata orang tua2. hambik ko mendapat! merasa la dok berkampung dalam wad 4 hari 4 malam... tapi skang alhamdulillah Aydin dah sihat macam biasa. yeayy!
ni masa aydin warded kat HSA. 3 hari 2 malam kat sini..
petang discaj HSA, awal pagi warded KPJ puteri pulak. sehari semalam kat sini pulak.
balik pada citer susunatur dan deko2, rumah skang ni tengah tunggang-langgang since aku masih nak fine tune dengan masa vs house chores. al-maklum..aku ngan incik asben cuti wiken tak sama. aku cuti jemahat-sabtu while incik asben cuti sabtu-ahad. tambah sadis bila tiap2 alternate sabtu dia kena keje. so hari jemahat bukan hari yang aku ada ruang untuk melayan susunatur apatah lagi deko2 sebab ada tiga ketui budak comey yang nak diurus sensorang ditambah dengan aktiviti2 surirumah yang memang hari2 nak kena dibuat dan jugak sorang bayi comey yang masih mengempeng nenen maknya. jadiknya memang toksahlah nak berangan nak mendeko2 di hari jemahat. memang ko takkan sempat punyalah! buat masa ni laaa..... hari sabtu je laa yang kitorang ada untuk aktiviti kuarga..jadik pepaham je la yekk nape aku lama menyepi.. [huarrrrhhhh alasan basi!]
k, lah..
saja buat mukadimah untuk permulaan tawun ni.
harap rajin lah kot nak updet blog selalu.
hari2 berangan yang sama.
nak apdet blog banyak2.
tapi hari2 jugak jadik angan2 mat jenin.
haihhhhhh!
k, bai dulu!
Taip ja apa2 pun yang terlintas..
ReplyDeleteLama2 mai la mood dia nak menulis tu...
I tetap baca kat sini, cewah..
Walaupun lambat..
Masing2 ada anak kecik, habis mood melayan depa ja, 😄