Thursday 30 June 2016

Coway Jiran Saya.. Hihi


salam & hye..

dah ujung2 nak start cuti ni lemauuu jer rasa.. tambah pulak ngam2 keje dah clear. memang melanguk jer laa kat atas kosi. pakkal ajer cuti tawun dah abis. kalo tak mau ajer aku amik cuti raya terus dah ni. muwahahhahaaa...

arini saja nak bebel2 pasal menda seketoi kat bawah ni hah. arini genap sebulan menda-alah ni menginap kat dapur umah aku. kira ni hadiah dari tok laki laaa.. tapi sempena ape eh? huhu :p 

penapis air Coway!




sejak ada coway ni kat umah, makin mudah keje2 kat dapur. kira dah sebulan laa aku tak masak air untuk buat air panas. kalo ada pun aku just masak air utk buat mandi bebudak jer time cuaca sejuk. si adelia masih lagi aku mandikan guna air suam2 kuku. masih kategori bayi lagi kan...belum 2 tawun pun umur. kat bilik air umah aku tader pasang heater jadi kita guna jer laaa cara manual...

masa decide nak pasang penapis air ni, semua2 bab pemilihan brand & model aku serah bulat2 kat tok laki untuk pilih. aku tak kesah jer yang jenis cemane2 pun. masa tu kitorang tgh berbelah bahagi either nak pasang air-cond atau nak pasang penapis air ni. time tu memang tengah cuaca panas giler kan. el-nino... memang time tu rasa dua2 benda ni penting. mati kutu dibuatnya.. tapi since seminggu dua nak pose aritu cuaca macam dah sejuk sket, terus tok laki pilih nak pasang penapis air. aku ok jer... ngam2 3 hari lagi nak pose aritu technician diorg datang pasang menda ni kat umah. so far puas hati laa dengan servis diorang. pasang pun kemas jer.. cable2 sume diorang sorok supaya tak nampak messy.

actually memang bagus guna penapis air kat umah. lagipun kitorang satu family ada alahan kulit. cuma mild dengan tak jer laa.. tu yang tok laki nekad nak pasang jugak. hopefully dgn adanya penapis air ni kitorang punya tahap kesihatan dalaman dan luaran makin better laa.. insya-Allah... ni kira ikhtiar jugak kan? =)

penapis air yang aku guna ni macam tajuk kat atas tu, aku guna coway. model dia apa tah lupa dah aku. villium kot.. eh ye ke? ntah tak ingat. sebulan kena bayo dalam Rm1++. dia ada 4 mode suhu air. ada hot, warm, cold & ambience. kalau yang hot tu memang untuk suhu tahap hampir didih. dia tak sampai pun 100 degree tahap kepanasan tapi almost laa.. aku tanya kat orang yang pasang tu dia kata suhu dalam 96-98 degree. yang warm tu suhu air suam2. kalau nak buat susu anak guna suhu yang warm tu jer. dah molek sangat dah tahap kepanasan tu. ambience pulak untuk suhu air biasa. macam air masak sejuk biasa yang kita minum tu... dan yang cold tu pulak suhu macam air sejuk dari esbok.

sejak2 ada coway ni memang aku dah tader simpan air panas dalam flusk dan tader jugak simpan air sejuk dalam esbok. alhamdulillah laa sangat sebab kurang sket keje kat dapur. cuma body dia agak makan space laa kat table top tu. ruang keje kat atas table top dah agak sempit skang. tapi still ok la kot.. agak2 sempit sangat kang aku buat keje atas meja makan jer. abis citer.. huhu :p

tapi.. tapi.. tapi.. tapikan... kalo tader karen, mati kutu laa aku kot ekk....!


tu jer lah nak membebel. benda seketui tu jer tapi entry panjang merapu2.
k,babai!


2 comments:

  1. Aah.. brand new yang ini memang makan space sikit..

    Kat rumah guna lama punya.. halus sikit tubuh dia... ambik lama dah.. waktu abang Eusoff umur 7/8 bulan... bermaksud makan 5 tahun setengah dah usia coway kat rumah ni..

    Tapi masih berbakti elok jeeee.. cuma tang button air panas macam dah keras sikit.. kene tenyeh-tenyeh sikit baru ok...

    Servis dorang pun sangat terbaikkk.... memang recommended la..

    Wahhh panjangnye komen.. konpius plak.. ingay entry blog sendiri..kikiki😉😉😉

    Maaf yee.. hahahha

    ReplyDelete
  2. kalau ada seketui mcm ni mmg senang..
    nabilah nye kos letrik 15-20 gak sebulan, tp OK la dah senang nk dpt air panas, air sejuk, xperlu nak simpan dalam bekas air lg dah, jimat ruang dan tenaga kita, kan..

    ReplyDelete