Salam & hye..
hari ni aku nak share macam mana aku manage segala mak nenek comforter / toto yang melambak kat rumah ni.
tiap2 rumah mesti ada simpan toto kan?
aku kompem mesti ada punya
tipu laa kalo ada yg kata rumah dia langsung takde toto
so, arini aku nak kongsikan cara aku
jom cekidout!
biasa nengok gambar ni?
haaa betul laa tu... aku amik gambar arkib je niii
gambar ni penah aku kongsikan sebelum ni
ruang storan aku di bilik no. 3
di sebalik tirai jalur belang oren tu ada rak besi 4 tingkat yang aku penuhkan dengan segala macam barang rumah
bahagian atas tu sebelum ni aku susun kotak2
tapi since kotak2 tu tak brapa guna pun dan aku fikir adalah sgt membazir ruang atas tu terbiar mcm tu jer maka aku susunkan segala toto atas tu
selama beberapa bulan keadaannya sama mcm tu
dan masih ada lagi toto2 yg baru dibasuh dan aku tak letak atas ni
aku lambakkan jer atas sofa kat ruang tamu
sebab tak cukup ruang
dan takde plastik yang sesuai utk simpan
ada tilam & toto yang aku just susun atas rak tu tanpa masuk plastik, end up berhabuk teruk
maka terpaksa dibasuh semula
walaupun tak diguna
penat wehh!
makanya, ruang tamu aku menjadi disaster!
minggu lepas en.asben dah mula sound2
dia soh aku simpan segala toto yg ada kat atas sofa ruang tamu
sakit mata katanya
dan sangat tak proper if ada tetamu yg tetiba bertandang
bila boss besar dah keluar siren fire drill
maknanya by hook or by crook aku kena setelkan masalah ni segera
tak boleh bertangguh lagi
1st thing, aku mesti pegi hunting plastik toto!
tak boleh tidak!
if not, masalah habuk takkan selesai..
so, 1st trial solution,
aku beli sarung jalur2 warna merah & biru (refer pic di atas) kat Daiso
tak sure actual size so aku rembat jer saiz paling besar
harga sama jer kat Daiso tu kannn
beli paling besar rasa berbaloi dgn harga
hahah!
tapi ko tau apa jadik?
berbaloi dgn harga tapi tak berbaloi langsung dengan space
bila aku masukkan toto dalam tu dan susun atas rak tu keadaannya bertambah disaster!!
makin tak senonoh jadinya
haihhhh....
okeh, misi gagal!!
then, dua tiga hari lepas aku try google idea manage toto ni semua
kot2 dpt ilham
alhamdulillah....idea dah ada
cuma masalah nak cari beg toto yang sesuai
sampaila aku jumpa satu blog ni
sape tah tak ingat
banyak sgt aku google sana sini
dia ni simpan toto guna plastik toto beli kat cosway
ok! aku aim cosway
cuma masalahnya.... aku bukan ahli
stresssss disitu!
semalam baru masalah cosway selesai
ada org share no cosway dia kat group
dapatla aku pinjam
alhamdulillah....
terus laju2 aku gi beli
rembat 3 terus
dan malam tu jugak aku kemas semula semua toto2 aku.....
dipendekkan citer.....
ni laa hasilnya...
bukan takat toto aku sumbat, carpet tak guna pun aku sumbat sama
best giler plastik toto dr cosway ni sbb tepinya berbalut dawai
so sgt mudah nak susun menegak
dan harganya pun sgt berbaloi dgn apa yg kita dapat
utk harga ahli, seketul plastik tu cum RM11.60 je
aku ada jumpa org jual online, seketol RM19.90 tak masuk postage
nasib tak jadik beli online
so now i'm a happy mom!
en. asben nengok pun hepi
lega betul bila masalah nan satu ni selesai
alhamdulillah...
k, tu je..
babaiii!!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletewah...good idea,, bukan setakat toto, barangan lain pun boleh simpan ni..
ReplyDeletemurah wei kalau 11.60 sen jer
tau x pe...mmg puas hati beli
Deletegood info..sy pun mengalami mslh nak susun toto jgak..last2 sumbat bawah katil baru tak nampak...
ReplyDeletebawah katil sy takde space langsung utk disumbat. kalo ada dah lama sumbat jugak kot. haha!
Deletealaa, nak kena beli jgk nanti..
ReplyDeletenak simpan bantal2 ekstra tu..
if bantal tak sure la muat ke tak.. maybe nak kena masuk dlm vacuum plastic bag dulu kot sbb saiz plastik toto ni 4-segi sama..
DeleteApa nama beg toto cosway tu?
ReplyDeleteerrr..... tak sure laa eaa apa nama dia. macam takde tulis apa2 rasanya kat packaging
Delete