Tuesday 11 March 2014

Playroom Untuk Anak

playroom untuk anak? perlu ke?
if tetiba ada orang tanya kat aku macam tu one day,
aku cuma akan kata.. DEPENDS..
kalau kau rasa nak buat, buat.
if tak, tak payah.
senang kan?


pada aku, playroom untuk anak sebenarnya terpulang pada mak-paknya lah kan?
dan juga bergantung kepada ruang yang ada dalam rumah kau.
kalau rumah kau kecik dan ramai orang duduk, dan memang takde space langsung untuk buat playroom tu, tak perlu la kot nak buat jugak sampai korbankan space untuk perkara penting yang lain.
contohnya: kau korbankan ruang laundry semata2 nak buat playroom untuk anak.
pada aku tu dah salah.
laundry lebih penting dari tempat main.
anak2 boleh main kat mana2 ruang pun yang ada dalam rumah.
lagi bagus untuk train dia explore satu rumah berbanding tumpu pada satu tempat je.
ye tak?
tu pada pendapat aku laa.....


ekceli, standard lah bila ada anak kecik rumah macam lori sampah terbalik tengah highway walaupun baru seminit yang lepas kau snap2 gambar rumah yang baru lepas kemas sebab nak share dalam blog.
ehhhh??
means mamang tu lah realitinya bagi rumah yang ada anak kecik.
jarang sangat nak nampak betul2 kemas.
kadang kau dah kemas depan then kau kemas belakang pulak.
tapi bila kau pegi semula ke depan tengok depan mata semua yang kau dah kemas awal tadi dah jadik macam kena ribut taufan.
itu pun standarddd..........

tapi ada jenis orang dia tak suka rumah nampak messy.
rasa kusut. rasa serabut. rasa tak tenang.
so dia fikir it's way2 better to have a playroom utk anak dia.
supaya senang nak control.
senang nak maintain.
senang nak kemas kendian2.
dan sometimes dapat train anak jadik more disiplin
[kalau nak main mesti kat situ je. sepah kat situ. tempat lain tak boleh. nanti ibu sebat]
so secara tak langsung anak terdisiplin untuk tak buat sepah kat tempat lain.
ada jugak bagusnya kat situ...


so, DEPENDS.. 
(^______^)


kalau untuk rumah aku,
aku sediakan playroom untuk ammar bukan sebab yang pertama dan bukan jugak sebab yang kedua.
tapi lebih kepada aku perlu sediakan satu ruang khas untuk simpan mainan2 dia yang baaaaaaaaanyak tu.
aku tak berapa suka letak rata2 sana sini.
lebih better kumpul satu tempat.
dia nak main kat mana2 ruang dalam rumah ni aku tak kesah.
kat ruang tamu ke. kat bilik tidur ke. kat dapur ke.
aku tak kesah dia nak explore kat mana2.
as long as semua mainan tu simpan balik kat situ.
thats all..
simple kan aku punya prinsip? (^__~)


so, untuk tujuan tu, aku sediakanlah ruang ni.
ekceli ni bilik no. 3.
bilik ni more to ruang penstoran la sebelum2 ni.
dari mula2 masuk rumah memang bilik ni jadik mangsa longgokan barang2 tak pakai.
hiiihuuuhiii.....
tapi lepas aku dah kemas2 dengan jayanya lately ni, banyak pulak lebih ruang kosong.
so terus dapat idea ni..
tinggggg~!!


ni keadaan asal masa mula2 aku wujudkan playroom ni. pandangan dari pintu bilik. ada lagi ni mainan dia kat bilik2 lain. tak-dan nak kutip semua harta benda dia. kihkihkihhh... :p



ni pulak pandangan dari bahagian dalam bilik. kat belakang tempat aku berdiri amik gamba ni penuh dengan barang2 stor. buruk benooo ghupenyer jadi takyah tunjuk la bahagian tu. [abaikan model yang baru bangun tido tu. mihmihmihhh...]



ni pulak keadaan ruang ni yang terbaru. aku kemas semula hujung minggu baru ni. [gara2 buntu dengan projek susunatur 4 penjuru la nih!] aku just tukar langsir dan ubah susunan rak mainan. langsir hijau yang asal tu mak aku bagi dulu. langsir lama. senteng sebelah.



yang tempat duduk tu aku just guna kabinet tv sedia ada. dulu tv kat umah ni ada dua. dah jual satu so kabinet tu belum nak dipakai lagi. tak tau nak simpan mana so aku deko sket buat tempat duduk since kayu dia quite tebal [aku duduk pun tak pape. steady je..] aku just belikan tilam lapik [apa panggil menda ni arr??] kat tesco. harga RM30++ kalau tak silap. saiz tak fit sebenarnya tapi aku selit2kan kat tepi2 dinding tu nampak la macam fit. hehe....



jenjalan kat kedai RM2 aritu, jumpa wall deko ikan ni. harga RM4.50 [eh kata kedai RM2? propa sangattt!]. tampal2 deko2 sikit jadi la gini. simple jer.. takat nak buat simpan mainan je kan. tapi kekadang Ammar nak jer bertapa kat sini lelama. kalau aku teman laaa... :p



ni aku comparekan dua gambar sebelum dan selepas. kanan sebelum kiri selepas [apesal terbalik gambar kau ni jemah oiii??] pandangan dari pintu bilik.



ni pulak compare sebelum dan selepas dari pandangan dari dalam bilik. atas sebelum & bawah selepas.



boleeeee laa kan???
asben cakap nampak lagi better. 
langsir tu buat ruang tu nampak lebih luas dan kemas.
okey ler tuuu....asal tak sakit kat mata sendirikk..
weeeeeeee......


k la, bye~


No comments:

Post a Comment