masih lagi dalam mood susunatur-4-penjuru
yang tak berkesudahan
haihhhh.....poning pale mak jemah!
yang ni pun ekceli part of projek tu jugak.
rumah rempah dan jugak storage tools dia.
rempah2 kat umah aku tak banyak pun.
cuma ada rempah 4 beradik dan ketumbar, jintan halus + manis & lada hitam.
tu je la kot yang diguna setakat ni.
yang ketumbar & jintan tu pun jarang sangat guna.
memula aku campurkan je semua dalam satu bekas tupperware [tader gamba]
sebab time tu fikir macam tak bape nak guna sangat kan.
so sumbat je la semua skali.
tapi time nak guna memang la sangat menyusahkan.
rasa sakit hati pun ada gak.
tapi salah sendiri so marah je la kat diri sendiri.
mihmihmihhhh....
fikir punya fikir, aku kena buat sumthing.
if not, akan mendatangkan masalah pada aku kemudian hari.
start dari tu aku keep on survey la semua jenis dan bentuk tupperware / tipuware kat kedai.
tiap kali pegi mana2 kedai or pasaraya musti aku buat survey.
still tak dapat macam spesifikasi yang aku nak.
until one day, ofismet bawak redvelvet cake-in-jar ke ofis.
terus aku dapat ilham.....
yaaaa mason jar...
yang org buat isi cake-in-jar tu
tu pilihan aku.
seperti dalam gambar kat bawah ni.....
mason jar ada macam2 jenis.
tapi aku pilih yang ni.
kurus dan panjang.
sebab?
kurus sebab nak jimat space
dan panjang sebab sgt sesuai untuk simpan kayu manis yang panjang2 tu.
aku pakai 8 botol je.
3 botol free kawan aku bagi.
cuma beli lagi 5 kat kedai jual barang kuih.
sebotol RM2 so 5 botol RM10.
so rumah rempah aku dah setel.
then aku fikir kat mana pulak nak simpan.
dulu sebab campur semua satu bekas so aku letak je rata2 bekas tu,
tader spesifik tempat.
skang ni dah asing2kan so kena ada satu tempat khas la untuk beliau2 tu.
before this aku just masukkan dalam bakul plastik beli kat kedai RM2 & letak atas table top.
ok la tapi macam tak memanfaatkan ruang sepenuhnya sebab bakul tu saiz agak besar.
tepi2 masih ada space kecik yang takleh nak dibuat apa.
tak praktikal....
memang mencabar nak carik bakul yang ngam fit dengan botol2 tu.
so aku fikir lagi.
sampaila semalam temam kawan aku pegi jusco bukit indah.
dia gi bayar bil aku menyelinap masuk daiso.
jumpa bekas kat bawah ni.
stacking rack!
dengan saiz yang ngam dengan rumah rempah aku.
aku beli dua unit.
satu unit RM5 so dua unit RM10.
balik rumah aku stackkan dia macam ni.
kalo nampak kat gambar atas tu, kat tapak dia ada yang panjang2 tu kan?
haaa yang tu kena potong dan digunakan sebagai tiang2 dia.
lepas dah try pasang aku bukak semula yang belah atas tu.
sebab nak cuba susun yang bawah ni pulak.
untuk rumah2 rempah, aku cuma nak guna rak yang atas je.
rak bawah masih kosong.
so aku decide nak buat letak makanan2 dalam tin macam sardin, sos spagetti & susu cair / fruit cocktail.
tinggi dia ngam2 cun.
tak sangkut.
then aku pasang balik unit belah atas.
tadaaaaaa.............~
so ni la hasilnya rumah rempah dan storage dia kat umah aku.
[sila abaikan model tak berbayo kat depan nu haaa.. (^____^)
sangat2 praktikal dan jimat space!
bonus jimat space untuk tempat simpan canned food.
sangat heaven!!
yeayyyyy!! misi tercapai.........
(^____^)
so far aku letak rak ni kat atas table top je.
tengah fikir lokasi yang sesuai nak simpan.
memula aku try masuk dalam kc yang belah atas tu.
[aku label as "penjuru 1" dalam entry SINI.
panjang sangat pulak.
tabole nak tutup kc aku jadinya.
so aku biar je dulu atas table top tu.
tapi bila nengok balik macam ok pulak dia dok situ.
pastu tetiba aku terfikir sumthing.
why not aku beli satu unit lagi dan add up kat belah bawah dia.
jadik 3 tingkat.
terfikir nak buat letak bekas telur kat unit ketiga nanti.
eh tetiba...... (^_~)
k la, bye..
nota: masih berhutang result susunatur-4-penjuru. apa kesudahannya? nantikannnnnn..... :p
Menarik rak tu. Jenub dok cari idea nak susun rempah ratus ni. Hihihi
ReplyDeleteMenarik rak tu. Jenub dok cari idea nak susun rempah ratus ni. Hihihi
ReplyDelete