Friday, 29 August 2014

Susunatur: Kitab Suci


Salam Juma'at..penghulu segala hari
(^_____^)


sempena hari Juma'at yang barakah ni aku nak kongsikan sikit kat mana aku simpan kitab2 suci yang ada kat rumah ni.
kitab2 suci yang aku maksudkan kat sini ialah naskhah Al-Quran, surah2 Yassin & surah2 amalan dan jugak buku2 agama.
al-maklumla kan..dah nama kitab suci mana boleh letak sebarangan.
kena ada rak khas.
atau at least simpan dalam laci.
ye tak?


kat rumah aku ni, lepas dah survey semua 'potential area', aku decide susun semua kitab2 suci atas almari baju aku.
tu je pada aku tempat yang paling praktikal.
praktikal sebab tak ditindih oleh buku2 atau barang2 lain yang tak berkenaan.
praktikal sebab terpaling atas.
praktikal sebab mudah dilihat dan senang capai.


meh aku citer bab susun2 dan simpan2 ni secara bergambar.
lagi mari dia punya feel
ye dak? 



 dulu aku susun semua kitab2 suci secara open guna rak buku ni. aku beli rak ni kat giant. harga bape tak ingat dah. aku guna rak ni supaya kitab2 tu tak mudah tumbang. biasanya kitab2 ni kan kulit dia nipis2. lagi2 kitab2 lama. 

dekat setahun jugak la guna rak ni. tapi aku tak rasa ia praktikal dari segi kebersihan. sebabnya area rumah aku ni cepat berhabuk. so, memang kejap je habuk dah penuh kat kulit2 kitab. memula rajin la nak lap. lama2 aku naik fedap.

sampai la pertengahan minggu lepas....
time jalan2 kat mr. DIY...



 aku jumpa bekas ni. first time nampak storage box ni aku dah berkenan giler. tapi puas fikir tak tau nak isi apa kalau aku beli. so aku hold dulu niat nak beli. bila balik rumah baru dapat idea nak buat isi apa. dengan tak sabarnya esok tu jugak aku gi semula kat Mr. DIY tu. hehe.... 

box ni ada 3 kaler. oren, ijau & pink. aku pilih ijau sebab nampak tenang jek nengok. sebijik harga dia RM9.90. aku rembat 2 bijik terus. hihuhiii...tamak!



 meh nengok aku isi apa dalam box yang aku beli tu. untuk box yang pertama aku isi dengan buku2 agama. tak banyak pun. ada la sket2. kat bawah2 buku tu ada la jugak panduan2 solat, doa, blablabla.... (harap beli jer pun.. bacanya tidak. kihkihkih... :p)



 untuk box kedua, aku isikan dengan naskhah Al-Quran dan surah2 Yassin yang saiz besar. tu jer..



 yang kotak ni pulak, aku tak beli. aku dapat hadiah masa dapat 1st baby dulu. dalamnya isi baju baby jer 2 helai. aku simpan lama kotak ni. masa Ammar kecik, aku guna kotak ni buat isi semua dia punya mitten & booties. tapi dah beso2 gini tak guna dah la. stoken pun dia tak minat nak pakai dah..



 dalam kotak kecik ni aku simpan semua surah2 Yassin yang saiz kecik dan jugak buku2 surah2 amalan. ada ruang sikit tu aku selitkan jugak tasbih2, minyak attar, kompas kiblat dan jugak kopiah incik asben.



 so, nak tau kat mana aku letak box2 ni semua? macam aku cakap masa awal2 tadi, aku letak atas almari baju aku. ni gambar zoom in. meh nengok gambar jauh sket pulak.



 kat sini aku simpan. box bawah sekali tu buku2 agama, box kedua naskhah Al-Quran dan atas sekali box yang kaler kuning-oren tu isinya macam yang aku explain kat atas tadi. aku susun bertindih gitu. kat tepi2 ada la letak barang2 lain. yang arnab dgn kepala chipmunk tu tabung syiling Ammar. yang box biru tu buat isi ubat2 sapu. dan yang bekas kaca kat depan skali tu aku bubuh syiling + duit kertas baki2 pegi kedai.

so, kemana pulak peginya rak buku oren tadi?



tinggg! aku buat susun buku2 anak aku pulak. dan letak kat rak kat playroom dia...


ok, tu je la yang aku nak share untuk harini.
semoga bermanfaat.
k, bye...

(^__~)



No comments:

Post a Comment