Wednesday 1 June 2016

Beri Nafas Baru Pada Ruang Tamu


salam & hye..

macam klako pulak bace tajuk entry. tapi tatau nak bagi tajuk apa. takpelah, blasah jer laaa...

rasa2nya aku tak penah langsung bagi full view untuk ruang paling utama dalam rumah ni i.e ruang tamu. kalau ada pun aku bagi view sekerat2 dalam beberapa entry especially dalam entry Wordless Wednesday. tatau lah kenapa. mungkin sebab aku rasa macam ruang tamu aku ni serba tak kena. susun atur sofa+kabinet+etc+etc sume macam kelaut.. nampak tak bape nak semenggah kat mata aku buat aku jadik segan nak share. tapi since projek DIY 'kapet tipu' aku tu agak menjadik kat mata aku, terus rasa semangat nak re-organize keseluruhan ruang tamu aku ni. so far, susunan yang skang ni nampak laaa macam rupa ruang tamu sket. gaya 'WELCOME' kat tetamu tu baru arr ada terasa sket...

so, sempena arini rabu yang mana biasanya aku suka buat entry Wordless Wednesday untuk part of ruang tamu sebelum2 ni, maka arini aku nak bagi full view terus. kira buat full entry lah! sebab baru skang rasa konfiden sket nak share walaupun tader deko gempak pun. takat susun2 balik apa yang ada jer. hahah!

semuanya kerana kapet tipu!


aku bagi full view sebelum & full view selepas laa ehhh.. ikut pusingan ruang. lagi senang nak faham kot..




SEBELUM

ni view asal area tv. kosong je pun takde pape. takat ada tv + kabinet tv + kipas seketoi. no deko!
[ai is tak suka wall pink tu benonyer. tapi it's a loooooong story mcm mana aku bole cat ruang ni ngan kaler tuh. tapi maleh nak citer. let it become a history... huhiii]



 eh takde pulak view kat langsir/pintu sliding/main entrance...

kita jump to this area. ni view area bertentangan dengan ruang tv tadi. sebelum ni aku susun sofa memanjang gini sebab time tu ada baby yang masih menjalar. eh baby menjalar? nak bagi ruang yang cukup untuk sang bayi explore her new world. hihihh.. [sila abaikan segala sepahan tersebut. ni kalo guest datang mau pitam woih!]

sedihkan nengok kusyen sofa aku yang lembik terkulai layu tu.. sob..sobb..



 ni view dari penjuru sofa. penah aku share sebelum ni dalam entry WW. time ni baru tukar cover throw kusyen yang jalur hitam putih tu..



 ni view berdepan dengan sliding door/main entrance. ada seketoi drawer yang asalnya dari bilik tidur aku yang aku bawak keluo ke sini. saje buat tambah2 deko. takde deko apa sgt pun. takat apa yang korang nampak tu jer laa yang ada punnn.. [abaikan kecelaruan yang korang nampak. aku tak koser nak ngemas dulu before snap gambar. skali skala kena telan jugak realiti ada anak2 kecik. yer dok? :p]



since skang sang bayi dah laju jalan dan since dah nak raya lagi sebulan lebih ni, aku terpikir gak kekdah susunatur sofa aku yang memanjang gitu. nanti kalo tetamu datang takkan diorang nak duduk sebaris memanjang gitu. yer dok? dah tu cemane nak communicate?

maka, bermula segala idea kat bawah ni.....




SELEPAS

 ni view nafas baru ruang tamu aku yang skang. pandangan ruang tv. kalo korang perasan, dinding pink dah selamat lenyap dari pandangan. buat masa ni kitorang cat putih jer. blum ada idea nak cat kaler apa. masih tader deko. cuma seketoi table lamp disitu. kipas dah aku alih kat area lain. table lamp tu pun actually dah selamat aku alihkan jugak since tok laki kata silau nak nengok tv. baekkklahh...saya menurut perintah. kiki... :p



 ni pandangan sliding door/main entrance. pintu masuk dan keluar kitorang tader lain. cuma ada sliding door tu jer laa.. jadi laa...syukur ada rumah. hihi..

sofa tak lagi aku susun memanjang. sofa jati seketoi jadik hero utama kat tengah2. sofa 2+3 seater jadik pengapit kiri kanan. susun cenggini lebih me-welcome tetamu kan? duduk bertentang so senang nak communicate. coffee table aku sorok dalam bilik. kasik lapang tengah tu untuk bebudak memain. time raya kang baru kasik keluo itu meja kopi.



 ni view area setentang dengan kabinet tv. kipas dah aku alih kat tepi situ. nape aku guna kipas tu? sebab kipas syiling dah rosak buat kali ke-3 dan aku malas nak amik kisah buat masa nih. bior jer lah cenggitu buat seketika. muwahahha!

tader deko pape. setakat set kufi tu jer kat dinding. cermin dan jam kat dinding belah sana. tu jer lah dulu. lagipun dinding dah meriah dgn wallpaper belang2 tu. jadik lahhh..



pusingan dah balik semula ke area kabinet tv. yang gelap tu ruang ke dapur/area meja makan. dah banyak aku share pasal ruang tu kan?

tu jer lah susunatur dan deko yang ada untuk ruang tamu ni setakat ni. tengah gigih mentopup fiber dalam bantal sofa aku yang lembik terkepot2 tu. sedih menengok rupa bentuknya. dah siap kang aku share yek.


k lah, babai!
selamat hari raya. eh??



4 comments:

  1. Berbeza sungguh sebelum dan selepas... gara-gara beranak kecil ye... hihihi..

    Kadang memang kene berkorban untuk diorang..walaupun tak sedap mata memandang...

    Semangat nak menyambut Ramadhan la ni yeeee.... siap-siap kemas rumah sudah... :)

    Kemas rumah..👍👍

    ReplyDelete
  2. Berbeza sungguh sebelum dan selepas... gara-gara beranak kecil ye... hihihi..

    Kadang memang kene berkorban untuk diorang..walaupun tak sedap mata memandang...

    Semangat nak menyambut Ramadhan la ni yeeee.... siap-siap kemas rumah sudah... :)

    Kemas rumah..👍👍

    ReplyDelete
  3. Lawa rumah adik..wallpaper tu pasang sendiri ke?ada tips x supaya x mudah tanggal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de lawa mana kak.. biasa je tu. efek kamera je lebih. nak berdeko pun tak gheti. hihi.. wallpaper tu pasang sendiri. beli yg murah tu. x de tips apa2 kak..main pasang je dulu.

      Delete