Wednesday 13 July 2016

Random: Cerita Raya [Edisi Wrap-Up Versi Update Laju2]


Salam & hye..

masih lagi dalam mood raya. belum ada mood nak share pasal deko2 maupun susunatur. since masih in raya mood ni, saje laa nak apdet sket cerita raya tawun ni. ni edisi wrap-up sepanjang seminggu aku cuti. malas nak tulis sket2. citernya mungkin panjang. jadi sila jangan muntah. or else, click X jer kat ujung tepi atas tu. hihihhh...


citer bermula...

tawun ni turn raya kat kampung aku. weeehuuuu! tak jauh mana pun. masih lagi dalam negeri Johor Darul Takzim. cuma daerah jer lain. huhu... :p umah mak aku kat Batu Pahat tu jer nun haaa.. ada laa kot dalam 80 kangkang kingkong dari umah aku kat JB ni. kecohh lebih macam balik kampung jauh kat Perlis nuuu... hihiii :p biase laa kennn... bila raya dgn mak sendirik mestilaa excited lebeyy!

aku start cuti hari sabtu 2 Julai tu. tapi actually sampai waktu berbuka petang sabtu tu pun aku still tak decide lagi nak balik kampung hari apa. dengan condition tok laki yang kurang sihat macam kesian pulak nak ajak balik sensiang. dah ujung2 pose tu kan cuaca panas lain macam kan... malam sabtu tu baru discuss dengan tok laki. end up kitorang decide nak gerak balik kampung ahad malam lepas buka sebab barang2 satu hape pun aku tak packing lagi. lemauu betul feel nak sambut raya tawun nih! mungkin ker sebab faktor usia??

balik ahad (3 Julai) malam tu aku kira memang idea yang paling terbaekk laa kot sebab jalan tak jem langsung. kitorang gerak pukul 8.00 pm, dalam pukul 9.30 pm camtu sampai dah umah mak aku. punya laaa jauh kampung aku ni kan.... sejam lebih jer dah sampai. kihkihkih... :p

pagi isnin 4 Julai bawak mak aku pegi pasar beli barang2 untuk masak raya. tak banyak beli sebab bahan2 kering mak dah beli sket2. mak sempat sambar daun kelapa kat pasar nak buat ketupat sket. tapi daun ketupat skang tak fresh macam dolu2. banyak yang dah layu.. kalo dolu2 time aku kecik2 memang takder beli pun daun ketupat. ambik jer kat blakang umah. tapi skang dah tak bole sebab daun2 kelapa kat umah macam terbantut tumbesarannya. semua kemetot2. payah nak dianyam nanti. jadi beli jer lerrr apa yang ada tu.. hihi..

pagi selasa 5 Julai sempat bawak mak pegi AEON BIG. saje carik barang sket.. beli butang baju melayu tok laki [kes tertinggal butang kat umah]. sempat aku beli air berkarbonat 3 botol beso. tapi end up tader sape minum pun time raya. last2 aku angkut sebotol bawak balik jb. pun tader org minum. tersadai dalam peti ais. hahah! balik dari aeon big dah zohor. bahan2 untuk masak raya besok langsung tak buat pape lagi. daun ketupat masih belum dianyam. kelam kabut aku dgn mak dok hadap daun ketupat tu dari lepas zohor sampai dekat pukul 5. ayam untuk masak buka pun belum defrost lagi. gatai nak berjalan gi pasaraya sangat kannn! time tu kat umah cuma ada mak, adik aku yg bongsu [syndrome down] dan aku sefamily. adik-badik lain blum tiba lagi. kakak aku kat ipoh tak balik. adik yang kat KL pun tak raya sini. tawun ni turn umah mertua dia kat Pilah, N.9.

nasib baik around pukul 5.00 pm abang aku yang dok melaka sampai. siap bawak rendang seperiuk & sate dah siap perap. memang betul2 penyelamat laaa time tu. kira time berbuka pose yang last tu kitorang makan nasik dgn rendang & sate jer le... ada la sket aku sempat goreng ayam [nasib baik sempat defrost b4 waktu buka. kihkih :p]

mengikut firasat aku, raya tawun ni bakal jadik sejarah mak aku moody lagi macam tawun2 yang sudah dan mengikut firasat aku lagik, moody mak aku bakal jadik double-triple tawun ni. sebab? sebab bahan2 basic untuk masak lauk raya langsung tak disentuh lagi. bawang belum kupas, halia-lengkuas-serai belum racik/blend, cili kering belum rebus & blend, kelapa belum sangai buat kerisek.... kebiasaan, mak aku akan sediakan bahan2 ni sehari awal. moody time pagi raya memang kebiasaan mak sebab kepenatan mungkin mengemas rumah sensorang. pastu pagi2 raya bangun awal nak masak lauk raya. [mak memang tak suka masak malam raya sebab lauk tak fresh katanya. masak pepagi baru fresh] so, kalo sape2 yang adik-badik pempuan ni lemauu sgt nak menolong kat dapur, memang free2 laa kena fire ngan mak pagi raya. jadinya aku kira tawun ni bakal jadik dahsyat sket laaa senarionya. tapi alhamdulillah firasat aku jauh meleset sama sekali. tawun ni laaa aku rasa mak paling cool & happy di pagi raya. even bahan masak tak sediakan awal tapi kitorang berjaya siap masak sebelum kaum2 adam bangun lagi! hasil kolaborasi mak-aku-kakak ipar kat dapo. alhamdulillah... berjaya jaga emosi mak di pagi raya kali ni. huhiii... (^_^)

layan dulu sket gambo family di pagi raya..



mak + family kecik aku



adik-badik yang balik kg tawun ni. dari kiri baju pink: abg sulung; baju ijau: adik bongsu [down syndrome --> anak ke-8]; baju coklat: abg kat melaka [anak ke-4]; mak; baju ungu: abg no. 2; baju bunga: adik pempuan [anak ke-7] & hujung skali: aku! [anak ke-5]

adik-badik aku sume ada 8 orang. kakak [anak ke-3] & adik kat KL [anak ke-6] yang tak balik tawun ni.

beso2 blake dah sume. mak aku nampak makin mengecil jadiknya..



bersama family masing2. yang bebudak kecik tu sume takyah aku sesusah nak explain yang tu anak sape, yang ni anak sape. nengok kaler baju dah tau dah anak2 sape. hihi... :p

adik no-7 & adik no-8 jer yang masih single.. (^_^)



gambar family lagi..

ni jer laa yang sempat di-snap. aktiviti2 raya lepas2 tu takde dah snap2 pic. memasing nak save bateri enpon katanya. enpon aku lagi teruk. malam raya lagi dah arwah dikerjakan anak2 buah buat main game. pastu aku pun lupa nak cas. hampeh!

mesti ada yang tanya pasal 'abah' aku. abah dah takde [Al-Fatihah]. lama dah takde. dah 21 tawun abah pegi. time tu kitorang masih kecik2 lagi. adik bongsu baru umo setawun. aku pun baru form 1 time tu. semoga Allah SWT cucuri rahmat atas roh abah & abah tergolong dalam golongan orang2 mukmin & beramal soleh. aminnnn.... (T_T) 

"alhamdulillah bah, anak2 abah semua insya-Allah dah jadik 'orang'. terima kasih atas didikan abah pada kami dulu.."


---------------------------------------


sambung kisah raya.

lepas aktiviti salam2 raya, abang sulong guna kuasa veto ajak adik-badik yang ada sume gi beraya umah kakak kat perak. apekah? apekah? tak plan weyy.... abg kata sian kat kakak x dapat balik raya tawun ni sebab baru bersalin anak ke-6 awal pose ritu. nak ngajak nengok anak buah baru ler tu.. makanya kitorang cuma menurut perintah. beraya laa kitorang ke perak di 1 Syawal. konvoi 4 keta. gerak lepas zohor, dekat pukul 10.00 pm selamat sampai. alhamdulillah jalan clear sepanjang perjalanan... 1st time tok laki jejak negeri perak. 1st time jugak anak2 aku berjalan jauh. nasib baik diorang ok tak meragam. kakak hepi kitorang dtg. lama giler kot aku tak ke perak. last gi umah dia time tu tawun 2005 kot. bujang lagi aku time tu... tahniah kakak sebab dapat baby baru. bestnyerrr bau baby.. bestnyer.. bestnyer..  eh? eh??

aktiviti seterusnya (2 Syawal), around 8.30 am kitorang dah gerak tinggalkan negeri perak. abang ajak singgah umah mertua adik pulak kat Pilah, N.9. adik beraya kat sana kan.. baekklahh abang! kitorang follow jer.. perjalanan awal ok cuma dekat nak sampai tu sangkut kat area bukit putus-ulu bendul. jem giler kot area situ sebab dari dua lane jadik satu lane. 2 jam lebih gak sangkut. sampai umah mertua adik masing2 dah kebuluran. dah pukul 3.00 pm lebih time tu. dalam 4.30 pm ingatkan nak gerak balik umah mak terus tapi rupanya abang ajak ke umah abang (anak ke-4) kat Melaka. tido sana katanya. mati laaa nak! baju persalinan tak cukup. bawak ngam2 untuk tido satu malam jer..... hadoiiii

maka, malam Syawal ke-2 bermalam laa kitorang kat umah abang Melaka. tanpa persalinan utk aku. nasib baik tergerak nak bawak lebih persalinan utk tok laki & anak2. anak dara kecik pun hampir senasib dgn aku. ngam2 jer baju yang ada utk dia. aku? tido laaa malam tu dengan baju kurung raya yang dah tersarung kat badan sejak awal pagi. mandi pun rasa macam tak mandi. kihkih.!. pagi2 besoknya terus gerak balik umah mak aku dengan baju raya yang sama jugak. hahah! nasib lahhh! memang kenangan sangattttt!

hari Jumaat 3 Syawal, tengahari sampai umah mak. petang lepas asar aku dah gerak balik ke sarang semula kat JB. mak macam kecik ati sket sebab hari Sabtu (4 Syawal) abang no. 2 ada buat open house. umah dia kat area Batu Pahat tu jugak. mak macam argue laa nape tak balik ari sabtu lepas gi open house umah abg no. 2 aku. tapi disebabkan sebelum raya lagi aku dah janji dgn tok laki nak balik JB hari jumaat so aku kena laaa pegang pada janji. sian jugak kat tok laki. dari 1st raya belum jumpa mak+abah dia lagi even b4 balik kg tu kitorang dah salam2 mintak maaf sume kat mak+abah dia. tapi mana nak sama kan..... pagi raya tak salam org tua... tak dapat makan makanan yang mak sendirik masak. hari raya hari happy2. so kena give and take laaa baru harmoni. sebab tu aku still fixed dengan keputusan nak balik JB ari jumaat tu jugak. hati tok laki nak kena jaga jugak maaaa... makanya, terlepas laaa kitorang open house umah abang aku.... sebab tak koser laa pulak haku nak berpatah balik ke BP ari sabtu tu.. kitorang mintak maaf zahir batin ye abangggg sebab tak datang open house.... :p

Sabtu (4 Syawal), lepas asar mak & abang sulong datang beraya umah aku pulak. diorang bermalam sekali kat sini. Ahad (5 Syawal) kitorang 2 family dgn mak & adik bongsu aku pegi umah pakcik2 aku kat area JB & Kota Tinggi. petang lepas asar baru balik semula ke rumah.

Isnin (5 Syawal) -------------------- keje!



so, moral of the so looooooooooooooooooooooooooong story...




ni makan dia!
baju menggunung nak dikerjakan!
ni pun nasib baik separuh dah selamat aku setelkan.
belum lagi yang masih tergantung kat ampai luar rumah nuuu...
ditambah dengan yang masih berperang kat dalam mesin basuh.


betullah.
kisah laundry ni memang betul2 never-ending story!
kurang2, kisah raya aku ada jugak noktahnya.



k lah. penat menaip.
sama penat dengan berjalan raya paling beriya tawun nih.
huhuhuuhhh!
kenangan.....


babai!


2 comments:

  1. besh nya adik badik ramai kan.. kalau sorang dua takde..masih ada ramai lagi kasi meriah.. :)

    ReplyDelete
  2. hihihi..bestnya dapat berjalan sakn..sy jenjalan kt Melaka aje..salam perkenalan jugak

    ReplyDelete