Wednesday 20 July 2016

Random Speak: Tabiat Mintak Duit Raya


salam & hye..

mood menulis tentang deko dan susunatur masih ke laut. jadinya mari lerr kita sama2 sembang2 santai. since skang ni rata2 masing2 masih lagi dalam mood raya maka aku nak laa menulis sket perihal duit raya.

actually time2 raya ni manusia yang paling seronok & happy (eh bukan sama ke dua2 tu?) mestilah kekanak. time kita kecik2 dulu memang kita lah yang paling seronok skali. dapat baju baru, kasut baru, serba-serbi baru. time raya dapat duit raya. dah jadik lumrah orang2 tua bila nampak bebudak kecik jer terus hulur duit raya kan? sama jer laa dedulu dgn skang pun.. cuma amount duit tu jer yang berbeza... kan? time aku kekecik dulu dapat limaposen tu kira dah banyak sangat dah tu. dapat doposen pun mulut dah senyum2 lebar dah. apatah lagi dapat singgit. tapi zaman skang ni nak bagi singgit kat bebudak pun rasa bersalah giler. rasa macam sikitnyer lahaiii.... eh kita yang org tua ni pulak yang rasa bersalah kat bebudak. kadang tu siap tanya kat tok laki, "ok kot ek bagi sorang singgit je ni? ke sikit sangat?" zaman serba-serbi barang mahal ni memang btul2 buat orang tua rasa serba-serbi tak kena bila masuk bab nak bagi duit raya. btol tak?

eh, tu mukadimah jer tu.....

belum masuk isi lagi tu.....

cuci mata sat nengok wajah2 anak2 syurga. aminnnn....








citer pasal duit raya ni.. sometimes aku heran dgn parents yang suka ajar anak2 depa mintak2 duit raya. siap ajar,


"pegi mintak duit raya kat uncle tu".. 

"pegi mintak duit raya kat aunty tu"..

"pegi salam paklong. nanti paklong kasi duit raya banyak"

"pegi salam makngah cepat. kalau tak nanti tak dapat duit raya"


aku rasa laaa maybe this parents anggap it's just for fun. saja jer suka2 soh anak tu buat cenggitu. memang tak nafi laaa kalo bebudak kecik yang baru2 nak pandai cakap tu memang nampak comey bila buat perangai2 comey cenggitu kan? memang kita yang dah umo2 cenggini memang suka laaa menengok kalo bebudak umo2 1-3 tawun tu datang mintak duit raya sambil2 buat muka comey.. dan kita pun rasa gerammm nak picit2 jer sebab comey sgt perangai.. huhu..

tapi..

macam mana kalau daripada suka2 lama2 jadik tabiat?

masa masih belum tau apa2 memang kita seronok nengok gelagat anak2 kecik ni datang kedek2 hulur tangan mintak duit raya sambil cakap "acik,nak duit raya" dalam pelat mereka. tapi bila dah masuk umur 5-6 tahun, aku rasa sikit annoying bila buat perangai gitu. tiap hari pun tanya mana duit raya. selagi tak dibagi, selagi tu lah menanya. rasa macam, "eh kau ni, dah kenapa hari2 dok mintak2?" just imagine kalau yang dah umur lebih dari tu yang mintak? bertambah annoying.....

aku mohon jangan ada yang terasa. masing2 ada pendapat mereka sendiri tentang hal ni. aku tulis ni berasaskan pendapat aku. dan jugak dari observant dari pada yang ada kat sekeliling aku. bercakap dari pengalaman dan pemerhatian. pemerhatian bukan pada orang lain pun tapi pada anak2 buah aku sendiri. pada aku agak tak manis sikap meminta2 tu. walaupun pada awalnya parents hanya sekadar suka2 tapi bila dah terbiasa, kanak2 tu sendirik akhirnya terbiasa mintak walau tak disuruh dan tak lagi di ajar. umur 5-6 tahun dah faham apa tu duit raya. malah ada yang dah tau pun nilai duit raya tu. sometimes bila dah diberi, boleh pulak kena sound "alaaa singgit jer.." perhhhh! pedih sampai ulu hati oiii mendengo!

pada pendapat aku, adalah lebih baik jangan diajar anak2 kecik ni meminta2. walaupun hal duit raya tu orang nampak remeh tapi pada aku ia boleh beri impak besar pada perilaku anak2 bila dia besar nanti. macam aku cakap tadi... masa kecik2 kedek2 tatih2 jalan memang nampak comey. tapi bila dah mula masuk tadika dok mintak2 aku rasa macam agak huduh sikap macam tu. apatah lagi bila disebut hari2 sampailah apa yang dihajat tu dapat. ia seolah2 anak tadi diajar untuk mintak sampai dapat. selagi tak dapat selagi tu lah akan mintak. sedih!

serius aku sedih nengok sikap kanak2 seawal usia 5-6 tahun begini. aku tak sanggup nak imagine macam mana besarnya dia nanti. harap masih tak terlambat untuk sang parents mengubah sikap meminta2 macam ni. sedangkan pada usia macam nilah parents patut biasakan anak2 dengan sikap memberi. kikis rasa kedekut dan tamak dalam hati mereka.



buat muka comey2 gini agak2 bole dapat duit raya banyak tak? hahah!



tak berani aku nak tulis banyak2 sebab aku masih punya dua orang anak kecik yang tak tau lagi macam mana sikap mereka nanti. buat masa ni aku cuba untuk tak ajar diorang mintak2. kecuali dengan parents sendiri. kalau nak mintak, mintak dgn ayah & ibu. tapi aku tak ajar diorang mintak duit raya kat aku. selamat duit.. hahah! jangan mintak2 kat orang lain. sama jugak perihal duit raya. aku tak penah tekankan pada diorang apa tu duit raya. alhamdulillah setakat hari ni, anak yang sulung tak penah kisah hal duit raya. kalau ada yang bagi, dia ambik & bagi pada kitorang (baca: ayah & ibu). tak penah kisah berapa isinya dan tak pernah nak ambik tau. aku harap sikap macam ni berterusan sampai dia besar. si adik pulak, tak boleh pegang sampul duit raya. abis dikoyak & nak keluarkan isinya. lepas tu disepah2kan. selalu2 kalau aku nampak dia mula nak koyak sampul, memang cepat2 aku ambik dan gantikan dengan sampul kosong. bukan apa... air muka orang yang beri nak kena dijaga juga. sesetengah orang (even aku sendirik laa...) tak gemar kot kalo orang bukak sampul duit yang kita bagi kat depan mata kita. segan pun ada takut amount yang kita bagi terlalu sikit nilainya pada diorang. jadi, pandai2 lah handle anak2.. walaupun masih kecik dan tak tau apa2, perlu dididik dengan betul. aku tak kata aku bagus mendidik anak. masih banyak lagi yang tak betulnya cuma aku just share jer sikit berkenaan sikap meminta2 ni.

seriously aku memang tak berkenan sikap mintak2 ni especially hal yang berkaitan dengan duit. ntah tak tau kenapa. memang dari dulu kot.. pada aku hal berkaitan duit adalah something yang sangat sensitif. yess! verrryyy sensitif! don't ask why. fullstop.


k, bye!





No comments:

Post a Comment