Wednesday 21 December 2016

Cream Cif Penyelamat Dari Contengan Permanent Marker


salam & hye..

hari ni aku tanak share pasal deko or susunatur. aku cuma nak bagi sket tips / idea. 

pada kengkorang yang ada anak2 kecik yang memang kaki menconteng kat memane bahagian rumah tu, haaaaa....ni aku nak ajar cara caner nak kasi setel kesan contengan tu. aku pun actually main try2 jer aritu tapi memang tak sangka laaa kan hasilnya memang superb!

al-kisahnya cenggini... bebudak kenit kat umah ni memang kaki conteng. lagi2 si kecik Adelia tu. pagi aku cat dinding rumah, tengahari dia dah buat signature dia dah kat dinding tu. pastu pesen memang kalo bagi pensel takmau. pen jugak yang dia nak. lagi lebar senyum kalau dapat magic pen or highlighter. abis semua tempat nak di-art-kan. nak menyirap lebih2 pun tabole jugak pasal aku tau dah bakat menconteng dia tu nurun dari sape. dari aku ler tuuu.... kahkah!

nak jadik citer, lepas raya ritu dia dgn abang dia colaborate pegi buat mural kat almari baju diorang. guna permanent marker woii! yang sharpie tu.. adehhhh...mana dia dapat marker tu aku pun taktau. rasa dah sorokkan dah dulu2. nak menangis aku nengok.. (T__T)



ni almari baju si abang [ammar]. [sila abaikan angle gambo yang senget tu]. hasil contengan si abang. siap tulis nama dia dengan tarikh weyh.. tapi tarikh tu tak betul benonyer. ikut suka dia jer tulis. maybe time tu dia teringat apa yang teacher dia ajor kat skola kot..



ni pulak almari si adik [adelia]. hasil contengan si adik.


eh baru aku perasan. pandai pulak diorang ni buat mural kat almari masing2 ekk.. huhu



berbulan aku cuba clearkan contengan tu. guna air tak jalan.. guna sabun tak berhasil.. last2 dah fedap aku biorkan jer cenggitu.. berbulan woiii tahan mata nengok hasil seni diorang tu...!



-----------------------------------------------

lepas dah berbulan.. ntah cemane tetiba pagi semalam time aku nak pegi mandi, aku terperasan cream Cif kat atas table top dapur. padahal menda ni memang dah berbulan dok ada atas table top tu. tetiba jam2 tu jugak aku tergerak nak try guna untuk padam hasil contengan diorang. 


errrrrr....korang tau tak cream Cif tu cemane rupa dia? haaaa kalo tak tau, rupa bentuk dia macam kat bawah ni haa..

ni laa cream Cif yang aku maksudkan. hero aku untuk projek ni. slalu2 aku guna menda ni untuk lap dapur jer. belum penah try untuk menda lain lagi. tapi since dah tergerak nak cuba, aku cuba laa jugak. nak tau jugak cemane hasilnya kannn..

cara nak guna, aku cari selai tuala kecik then basahkan sikit. pastu aku just tuang je cream Cif tu kat tuala separa basah tu then aku gosok terus kat area contengan. time tu memang aku gamble jer. pasrah jer kalo cat kat almari tu tertanggal or terhakis disebabkan Cif tu..

tapi end up hasilnya memang aku tak jangka sangat2!


meh nengok hasil selepas..

.

.

.

.

.

.

.


ni almari si abang. clear terus weyyyy!!



ni pulak almari si adik. kesan contengan clear terus. tapi yang nampak hitam2 kat pintu belah kanan tu actually tu kesan gam silotep. anak2 aku selain diorang conteng kat almari tu, diorang siap tampal double sided tape lagi kat almari diorang. masa aku kopek silotep tu dulu gamnya tertinggal tak tanggal habis. semalam time aku gosok Cif kat area situ, payah nak tanggal gam tu so jadik laa dia hitam cenggitu...

tapi overall memang aku puas hati giler guna Cif ni. mata pun dah tak sakit dah nengok. pasni aku dah tak yah nak kusut2 lagi dah kalo anak2 aku menconteng sana sini. ditegah pun tak jalan. takpe laa mak is redhoo nak.. mak carik solution jer caner nak setel hasil seni engkorang tu... huhiiii [gelak dalam tangisan]  =)


kalau korang tanya bape banyak aku guna Cif ni masa nak bersihkan kesan contengan tu, takde laaa banyak sangat pun pakai. tak luak suku botol pun. ikut agak2 jer..



k lah, tu jer tips aku nak share.
sila buat tak pedulik dengan kualiti gambar yang macam taik tu. senget benget. nak cepat siap sebab dah lambat nak mandi gi keje. kahkah!

k, tata!


2 comments: