Friday, 19 September 2014

Update: Susunatur Almari Baju Anak


hye...
salam Juma'at... (^__^)
harini aku nak share sket pasal susunatur dalam almari baju anak.
actually aku penah share sket pasal almari baju anak ni tak lama dulu.
tapi tu more to nak menceriakan almari je la.
takde la pun aku kongsi susunaturnya.
kikikiiii...
korang bole refer SINI untuk lebih detail.


so, untuk arini aku nak share cara susunatur dalam almari anak aku ni.
almaklumlaaa....since anak dah nak masuk 2 so kena la buat sumthing.
if not, selama2 ni asal boleeeee jerr...
almari byk ruang...yang empunya-nya sorang..
memang main sumbat asal bole jer laaa...
now bila nak masuk 2 ni kena la kongsi ruang yg ada.
dan jugak kena maksimizekan ruang sambil2 susun sebaik mungkin untuk kemudahan masa depan.
kemudahan masa depan ehh??
ayat  macam ape jek aku ni.
kuikuikuiiii...


before tu nak remind la sket,
entry ni banyak gambo!
saja tamau kasik korang jemu baca tulisan jerrrr...
mihhmihhhmihhh..



ok, macam yang aku penah story kat entry yang dulu, almari baju anak aku ni actually-nya cuma seketul rak kasut. rupa keseluruhan almari tu macam gambo atas ni la. ada 2 compartment, atas dan bawah. sebelum2 ni dua2 compartment tu milik anak bujang kecik sorang tu. tu yang seronok la maknye nak menyumbat asal bole. hehe...




ni ruang dalam bila almari ni kosong. belah belakang tu saja aku tampal wrapping paper nak kasik ceria sket almari ni. kalo dakkkk nampak suram jer laaa sebab dalam almari ni kaler gelap. then untuk rak2nya pun aku tampal wrapping paper gak tapi belah atas jer. ni keadaan dulu laaa... 

duluuuu...



ni aku share sikit macam mana aku susun baju2 anak aku sebelum2 ni. susun2 macam ni jer.. time rajin nampak la kemas tapi time tak rajin & nak cepat memang abis berterabur segala isi perut almari ni. alahhh....apa-de-halll.. almari ada pintu. tutup jer pintu tak nampak dah la serabutnya. miahahahahahhaaaa.... (teruk benoo perangai!)

sebenonyer memang dari awal aku tak berkenan sangat susun baju gini. agak leceh benonyer nak manage. selain tu ada satu lagik kelemahan almari ni yang buat aku fikir untuk buat sumthing. nak tau apa? meh nengok bawah ni..



 ni haaa... papan para untuk rak2 tu. yang belah atas dia memang ok la sebab dia salut dgn .....(apa nama mendalah salut kulit kayu tu hah?) kira ada lining laaa... tapi bila nengok belah bawah dia memang togel la segala habuk2 kayu ni sume. namapun rak kasut kan... murahhh... material pun murah.. jadinya almari ni dibuat dari habuk2 kayu je pun. macam standard perabot2 murah yg lain.

yang aku tak sukanya ialah, bila aku susun baju2 anak aku meninggi macam kat atas tu, bila dah penuh, baju/seluar/pakaian yang paling atas akan cecah bahagian bawah para yang atas (adaa paham kaaa ayat saya adik manis?) which means habuk2 kayu tu bole melekat kat pakaian yang paling atas. yang aku risau ialah habuk2 kayu tu bole datangkan alahan pada kulit kanak2 especially bagi budak yg berkulit sensitif. that's my concern laaa.... mujur jugak selama2 ni anak aku tak pape. ok jer la x de alahan. tapi bila fikirkan si bayi yang bakal lahir nanti, aku tak bole bia kan. kulit baby kan lebih sensitif. aku tanak laa akan datang menda ni bole jadi ruam / alahan kulit kat bayi aku nanti.

so, solutionnya, aku balut semula da whole para2 tu. kali ni aku tak guna wrapping paper sebab leceh nak ber-doubletape bagai. kebetulan pulak balance wallpaper yg aku guna untuk ruang tamu rumah aku b4 this ada banyak lebih so aku guna jer la wallpaper tu untuk balut. mudah kerja sebab wallpaper tu dah siap bergam. macam sticker tuuu.... tinggal kopek dan tampal. mudah betul keje aku. heheheeee...



 so ni laaa hasilnya untuk compartment yang belah atas. yang dinding belah dalam tu pun aku ganti sekali guna wallpaper yang sama. saja nak bagi seragam... (^__^)



 untuk susunatur baju2 anak pulak, aku tak terus susun macam yang aku praktikkan sebelum2 ni. aku guna kaedah bakul2. bakul2 tu semua aku beli kat daiso jer. seketol RM5. korang kira la sendirik ada brapa ketol & bape hengget RM aku dah melayang. huhu...

cara aku susun baju2 tu ialah cara menegak (sori lupa amik pic. nanti lenkali aku share laa ekk. tu pun kalo ingat nak snap gambo la.. mihmihmihhh). aku suka cara susun cenggitu. lebih mudah nampak dan ambik. dan jugak yang paling best lebih banyak baju bole susun. tak caya korang cuba lah!. kat atas tu pun korang bole nampak ada 2 bakul yang masih kosong. kalo dibandingkan dgn cara lama tu memang rasa tak muat ruang2 yang ada tapi skang tak lagi. yeayyy!

untuk compartment atas ni aku khaskan untuk anak bujang kecik aku - Ammar. saja pilih bakul kaler putih untuk beliau sebab nampak suci. kihkihkihhh... abaikan bakul hitam kat para paling bawah tu. aku saja test beli bakul brand lain aritu. nak nengok suit ke tak. harga sama je RM5 sbb beli tempat sama. brand bakul jer yg lain..



 dah siap compartment atas, aku buat untuk yang bawah jugak. step yang sama dan wallpaper yang sama. dan gambo kat atas ni hasilnya..



 compartment bawah ni pulak aku khaskan untuk bayi yang bakal lahir nanti dan aku pilih bakul kaler hijau. kenapa hijau? haaaa.....sebabnya until now (31 week) aku still tak tau gender baby sbb tak pegi2 scan lagi. memanjang bertangguh nak pegi. mihhmihhhmihh...

kaler hijau ni kira kaler selamat la orang kata. untuk boy bole untuk girl pun bole. lagipun aku memang berkenan kaler ijau ni. sejuk je nengok. untuk para atas aku tak guna bakul tapi guna non-woven box. box tu saiz dia lebih kurus so muat untuk 4 ketol box tu dalam satu baris. sesuai sgt untuk aku susun benda2 kecik macam mitten & booties, sapu tangan, barut dll. box tu pun aku beli kat daiso. sila jangan tanya nape box corak bunga2 yang aku pilih sbb mmg dah takde pilihan lain. kaler pun bukan ijau sebab kaler yg ada cuma coklat & pink. sekian penerangan aku.

untuk para bawah sekali tu aku tak guna bakul yang sama saiz macam para atas sebab kebetulan bakul tu dah abis stok untuk kaler ijau. so terpaksa la guna alternatif lain. tapi bagus jugak sebab kebetulan aku nak buat simpan towel mandi diorang jer. memang perlu bakul saiz beso sket pun. hehe...



 since dah alang2 aku susun semua baju2 Ammar & bayi, aku decide buat labelling skali. senang buat keje skaligus. ye tak? untuk labelling aku guna sticker label yang jual kat daiso tu jer. aku suka sticker tu sbb ada plastik macam laminate kat atas dia. lepas kau dah tulis2 tu, kau bole tampal plastik yang mmg dia dah sediakan kat belah atas. so that, x de la jahanam tulisan tu kan if kena air. tapi aku tak tulis tangan la sbb tulisan macam hampeh. aku print je kat kertas A4 pastu aku potong2 then tampal kat atas sticker label tu. pastu aku tampal plastik laminate dia. siap!

dalam satu bungkus (RM5) ada dalam 78 sticker kalau tak silap aku. dan ada 3 boarder colour - biru, merah & hitam. aku khaskan biru untuk Ammar & merah untuk bayi. senang nak cam selain penggunaan kaler bakul yang berlainan. 

macam aku kata awal2 tadi..
UNTUK KEMUDAHAN MASA DEPAN..!!

miahahahahaaaa.....



 ni hasilnya lepas tampal2 semua. kejap je nak buat. tak sampai 2 minit pun.



 kasik zoom-in sket..



 ni bahagian bayi pulak..



 zoom-in compartment bayi..

semua aku guna bahasa melayu jerrr... senang sape2 nak paham especially mak & MIL aku la kan. nanti time aku tgh dalam pantang kang diorang la nanti yang akan byk tolong uruskan hal2 bayi ni. so, bila dah buat gini senang la nantinya segala urusan tu semua.

harap-harapnya laaaahhhhh..... 



gamba last ni aku kasik belanja full-view hasil susunatur dalam almari baju anak aku.

lokasi almari baju ni aku letak kat bilik no. 2. share skali dengan play-area anak aku dan jugak ruang solat.



aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia murah.
aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia jimat ruang.
aku pilih rak kasut ni dulu sbb dia banyak compartment.
aku pilih rak kasut ni dulu sebab baju2 anak aku kecik2 je pun, tak payah nak sangkut2 / gantung2 bagai.
aku pilih rak kasut ni dulu sebab dia kaler putih dan pemegang pintu dia nampak ohsem kat mata aku.

(^_____________^)


k, tu jer..
bubyeeeee.... 





10 comments:

  1. almari ni mmg comel... kat umah lom ada almari lg.. tgh pikir2 nak beli almari yg macamana.. tgk almari ni mcm berkenan plak.. beli kat mana erk? awak johor kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni beli kat kedai perabot biasa je. saya johor kat area skudai. byk je almari kasut jenis gini kat memana kedai perabot. design yg lg cantik pun ada. klu x minat lipat2 baju, bole bukak para yg compartment atas then pasang adjustable tube (kat daiso / mr.DIY ada jual). then dah bole buat gantung baju.... ni idea jer.. (^__^)

      Delete
  2. Alahai. bestnye. Rase macam nak buat labelling tu. Cilok idea kakak boleh. saya pon dah 36 minggu nih. Risau terbesalin awal. Sabtu lepas baru dapat DIY Cube Wardrobe beli kat Lazada. Tapi tetibe minat lak dengan almari kasut nih. Nampak lagi senang managelah pulak.. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Singgah sini..tengah mencari idea susunatur almari anak..tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Comel.....tersusun saja...nak tirulah nanti

    ReplyDelete
  5. Comel.....tersusun saja...nak tirulah nanti

    ReplyDelete
  6. suka idea ni... boleh tiru dikala rajin, hikhikhik...

    ReplyDelete
  7. suka idea ni... boleh tiru dikala rajin, hikhikhik...

    ReplyDelete
  8. ok jugak idea mcm tu...boleh copy ni..hihi

    ReplyDelete
  9. slm, bgus la idea susun atur ni kak, sy suka....bolehlah sy aplikasikan utk almari anak sy pulak....nk ubah sikit susun atur tu. bila lipat bertindih tu yg jd bersepah balik tu

    ReplyDelete