Friday, 11 March 2016

Apa Ada Pada Dinding Table Top / Kitchen Cabinet?


salam & hye..

entry ni adalah kesinambungan dari entry Kisah Rak Pengering Pinggan Mangkuk yang penah aku citer sebelum ni. kat dalam entry tu aku ada sebut pasal nak upgrade sket area ni. so, kat bawah ni laaa hasilnya..



ni rak pengering yang aku citer sebelum ni. nak tau rak yang aku guna sebelum yang ni boleh click jer kat tajuk kisah rak pengering kat atas tu. sebelum ni kat bawah bakul ni aku just alaskan dengan kain t-shirt yang dah tak pakai untuk elak air tos pinggan bertakung kat bawah bakul. now ni alhamdulillah.. aku dah dapat alas yang sesuai dan lebih proper. 



alas rak ni aku beli kat econsave. actually alas ni satu set dengan raknya tapi aku tak pekenan sebab kedalaman rak sangat2 narrow. tak sesuai untuk aku. so aku just guna alasnya jer. raknya pulak dah selamat aku bagi kat orang. balik rumah aku try elok pulak ngam2 dengan bakul sedia ada tu. so, setel masalah kat situ. 



masalah alas rak pinggan dah selesai. skang aku nak setelkan masalah sabun2 basuh pinggan yang ada ni. selama2 ni sabun2 ni duduk merata2 atas kc ni. takde tempat khusus. actually aku tak pekenan sangat letak cenggini jer sebab bawah botol & bekas2 tu mudah berlendir sebab basah dek air. so, sebagai solusi aku just buat macam kat bawah ni jer..



aku guna jaring2 ni. ni kira konsep ala2 macam pegboard laa... lekat jaring2 tu kat dinding then gantung laaa apa yang patut sesuai ikut keselesaan dan kehendak engkorang. 

macam aku, aku just gantung jaring2 ni kat hook tu jer. hook tu tampal kat dinding. dah sedia gam kat belakang dia. apa yang best dgn hook ni ialah gam dia jenis yang kena bakar dulu baru tampal. so memang kuat giler ah! satu hook tu boleh tampung >< 5kg. so far alhamdulillah still keadaannya macam tu dari 1st day aku gantung jaring tu. 



ni zoom in macam mana hook dan jaring berfungsi... aku memang suka sangat idea ni... ilham sendiri muncul tiba2. try & error jer fungsi jaring tu masa memula aku beli jaring tu dulu.



aku just gantung 2 benda ni jer.. satu rak untuk botol2 sabun & span2 basuh pinggan dan satu lagi holder untuk utensil. aku tak guna dah holder yang sementara tu sebab takder lubang aliran air. takut tak perasan kang mau jejentik muncul lagi kat rumah aku.

owh lupa.. tiap2 satu holder/rak ni memang dah ada hook sendiri untuk memudahkan digantung kat jaring tu. semua set ni aku beli kat daiso jer. flat rate.. so time nak beli tu make sure yang ada hook k. jangan main bedal jer beli pastu nyesal sebab salah beli yang takde hook untuk gantung. nangis tepi bucu peti ais karang. kihkihkih..



satu lagi view.. sejak kehadiran 'ahli2 keluarga baru' kat situ skang area table top dah makin lapang. best! best!!



then, dah alang2 setelkan part tempat sabun & utensil bagai tu, aku pun upgrade sket area ni, ni jaring pertama aku beli dulu. time tu try & error guna konsep jaring ni kat rumah. aku beli jaring yang kecik je tapi memanjang. dah lama jaring ni berkhidmat kat area ni. dah setahun dua jugak la kot..



ni hasil lepas upgrade. aku beli satu lagi jaring yang sama panjang dengan jaring yang asal tapi lebih lebar. hook yang lama untuk support jaring pun aku dah tanggalkan & pasang yang baru supaya lebih rata kedudukan jaring. kalau engkorang perasan, kedudukan jaring yang lama tu agak senget sebab aku pasang hook tak sama tinggi. kedua2 jaring yang lama & baru aku combinekan untuk dapat hasil lebar cenggini.

lepas dah gantung jaring, aku susun semula barang2 yang ada. so jadilaaa macam kat atas ni hasilnya.. susunatur barang2 lebih proper dari yang sebelumnya. pada mata aku laaaa... hihi



untuk gantung all these things, ada hook khas untuk letak kat jaring tu. pun boleh dapatkan kat daiso jugak. sepeket ada 6 ketul hook kalo tak silap. harga sama jer semua..



so ni laa hasil sebelum & selepas untuk small upgrading dinding kat atas table top/kitchen cabinet aku. so far cuma ada benda2 ni jer laa yang aku gantung. aku guna konsep camni sebab aku malas nak mintak tok laki tolong drill2 kan rod bagai. ditambah dengan aku ni memang jenis tak reti nak menyabo. kalau suruh tok laki ntah tak tau bulan bila baru dia free. buat camni lebih cepat, mudah & ringkas. haha!



ni lagi satu view sebelum & selepas. kat tepi belah kiri tu ada 2 ketul hook sedia ada yang memang sengaja aku tak cabut. sekali sekala aku gunakan buat gantung kuali nan seketol.. 


sorry, full view kc yang selepas keje2 upgrading ni aku lupa nak snap. nanti laa aku snap & share kat entry yang lain kalo ingat. lupa nak inform.. konsep gantung2 cenggini bonus senang nak lap table top tau! tak payah sesusah nak alihkan barang2 atas table top time nak mengelap. caye tak?


k, tu jer nak share. 
moga bermanfaat.

babaii..

No comments:

Post a Comment