Monday, 7 March 2016

Projek Make Over Kids Activity Room (Part 2)


salam & hye..
lama dah aku tak kemaruk cenggini
kemaruk susunatur & kemaruk apdet blog
kahkahkah!


macam yang aku janjikan...
disebabkan tahap kerajinan aku melampau2 minggu ni maka projek make over bilik aktiviti bebudak kecik cenonet berdua tu dah pun setel. kalo ada nak tambah pun sikit jer laa... okeh, tak yah tunggu lelama jom cekidaut apa yang dah aku kerjakan untuk bilik ni...



macam yang haritu jugak, yang ni pun aku dah susunkan siap2 overall layout bilik ni dari pintu masuk sampai ke pintu masuk semula.. senang nak citer dan senang jugak nak faham..

dari pintu bilik..
kat area ni yang asalnya ada box bertingkat2, buai dan jugak meja kopi dah pun selamat aku alihkan dan gantikan dengan almari baju bebudak kecik tu. buai yang dah tak guna dah selamat aku bukak dan simpan bawah katil kat bilik lain. meja kopi pulak dah selamat aku alihkan masuk kat bilik kitorang buat sementara. bior dia situ sampai terlaksana wall hang tv cabinet aku. ntah bila tah nak beli tu.. *paused! sambil jenguk tabung*



meja pink tu memang dari asal dah ada. dah lama beli masa Ammar umur 3 tahun kot. beli kat jusco kalau tak silap tapi tak ingat dah harganya. kerusi asalnya ada 2 ketul warna yang sama jugak macam meja tu. material dari non-woven tapi quite keras la sebab anak2 aku duduk atas meja tu steady jer. kerusi asalnya ada 2 function. storage box merangkap tempat duduk jugak. since anak bujang komplen pasal tempat duduk tu yang kata dia tu bukan untuk duduk tapi untuk isi barang so aku pegi la carikan dia kerusi yang proper sket. so, tu laa dia kerusi pilihan aku untuk diorang. seketul harga RM19.90 kat kedai barang plastik. saja aku beli warna hijau & biru. nak matchkan dgn almari baju diorang tu. 

untuk dinding, aku hiaskan dengan wallpaper. wallpaper ni beli dah lama. sama2 time beli untuk hall dulu. dalam 2-3 tahun camtu la. asyik terbantut jer nak deco bilik anak sampai laaa lahir anak kedua. tapi disebabkan dah terlalu lama simpan, makanya sticker dia dah masuk angin so tak bape lekat sgt. tension gak arr nak handle!



selain tu, aku tampalkan jugak carta gambar tu. baru ada satu beli 2 minggu lepas. jenis2 kenderaan. pilihan Ammar. dulu ada banyak carta2 ni tapi aku dah buang sebab dah koyak2. plan nak beli lagi carta2 cenggini. nak carik yang abjad, nombor & tulisan jawi. nantilah bebila ada singgah kedai buku..

aku ada gak pasang cangkuk kat dinding area meja tu. buat gantung apa2 yang patut la kendian2 hari nanti. buat masa ni si Ammar buat gantung whiteboard lama dia yang dah takde ruang nak tulis dah tu. siannn anak ibu! nanti ibu belikan yang lain la ehhh..

dan.... dah takde lagi pampers bergelimpangan kat area ni. ehehh!



kat area ni sebelum ni ada kabinet tv dan jugak ampai baju Adelia. kabinet tv dah selamat aku alihkan tapi ampai baju aku kekalkan kat situ sebab dah takde tempat lain lagi yang lebih sesuai. so, duduk laaa kat situ dendiam ehhh..



dinding kosong kat area ni aku just hiaskan dengan wall deco corak jalan raya & kenderaan. beli dah lama jugak. tak ingat dah bape tahun aku simpan. senget benget aku tampal wall deco nih. haihhh!



kita jelajah ke ruang dinding bertentang dengan meja blajar bebudak tadi. box2 bertingkat yang isi macam2 benda dah selamat aku alihkan ke sini. 
asalnya kat sini ada rak buku & barang mainan anak2. tapi aku tukar dgn rak mulig yang ada kat dapur. maknanya... susunatur ruang dapur aku pun dah bertukar skg disebabkan aku tukar fungsi rak2 sedia ada dalam rumah ni. untuk dapur & tempat makan (dining) nanti kendian2 aku citer kat lain entry eh... kalo rajin lerr... kiki

so, now rak mulig dah bertugas jadik tempat simpan barang2 mainan bebudak. 4 tingkat yang bawah tu semua penuh dgn mainan bebudak jer tu. dua box putih yg bawah tu aku guna SKUBB box saiz besar. sama saiz mcm yang kat atas kitchen kabinet. aku beli box ni 2 set means ada 6 ketul. ada lagi spare 1 ketul tatau nak bubuh mana lagi dah.



kabinet tv yang en. asben tak kasik aku letgo tu aku alihkan ke bahagian sini jugak. aku guna buat susun stok pampers & beg2 harian kitorang. not bad jugak la kot. nampak kemas la jugak sket...

kat tepi tu ada seketul bakul. dalam tu penuh dgn mainan anak2 yang panjang2 & jugak ball2 saiz besar. ada jugak aku selit barang2 aku sket situ. balance2 wallpaper tu... hihi



ni pandangan area ni dari pintu bilik. boleyyy laaa..... susun jer ikut mana aku selesa. asalkan tak sakit mata yang nak mengadap hari2 ni sudehhhh.. 



okehh...ni gambar last betul2 kat pintu masuk. so, complete laaa keseluruhan ruang bilik ni aku share ngan korang..



kat bawah ni sikit details zoom in certain bahagian..

ni ruang aktiviti menconteng. betul2 kat atas area meja pink tu. ada jaring untuk support pen holder & jugak whiteboard kepam. nanti kalo dah beli whiteboard yang baru akan gantung kat sini. gantikan yang lama dah kepam tu. hihih!



ni barang2 yang ada kat atas almari baju bebudak kenit berdua. 2 box hijau & 2 box tutup biru tu penuh dengan mainan bebudak. ada rak buku yang masih belum penuh. actually ada byk jer buku si Ammar  ni tapi banyak yang dah jahanam. aku malas nak sorting. nanti aku tapis dulu pastu baru aku susun sini. dua box corak bunga tu saja jer letak situ sebab dah takde tempat lain nak letak. hahah!



ni zoom in wall deco sticker yang aku tampal. beli kat Mr. DIY dulu. harga RM6.50 time tu. skang tak tau lah aku masih harga tu atau dah naik. 



ni cangkuk yang aku guna untuk gantung whiteboard & pen holder tu. beli kat daiso. so far blum jumpa ada jual kat tempat lain. aku suka cangkuk ni sebab gam dia jenis bakar dulu baru tampal. memang tahan lasak ah! banyak jer aku guna cangkuk jenis gam gini kat rumah ni. tapi lain2 design laa.. yang kat atas ni one of design yang ada. cangkuk ni boleh hold berat barang sampai 5kg! steady jer... 




hmmmm....keje aku pun dah nak setel. tinggal nak touch-up2 sket... nak gantung frame2 sket kat bahagian atas area wallpaper tu. harap2 boleh kekal cenggini laa area ni sementara nak tunggu Adelia besar sket untuk asingkan tempat tidur. actually ni sebenarnya akan jadik bilik tidur anak pompuan tapi since dia masih kecik so kita fully utilised laa dulu. if not, bilik ni akan jadik tempat longgokan barang2. tak sukaaa! serabut kepala mak hokeh!

okeh laa... hutang ngan korang dah pun aku setelkan. kalo ada upgrading or touch-up sket2 nanti aku share lagi la ehh... ikut kerajinan aku laa kan.. buat masa skang ni saka rajin tengah meligat nih. hahah!



tu jer untuk kali ni..
babaiiii..




2 comments:

  1. semua dah kemas elok..
    nabilah pn ada beli sticker DIY mcm tu, tp gambar peta dunia.. xtampal pun lg, dah setahun lebih jgk, huhu..

    ngam2 je skubb box tu dgn rak mulig ye..
    kalau xsebut amek kt dapur td, ingt beli rak baru.. nak tya dah beli kt mana, hahaha..

    potty train bawah ampaian tu, bguna tak masa nak latih anak xpakai pampers?

    ReplyDelete
    Replies
    1. brg2 ikea memang saiz dia ngam antara satu sama lain kot. sbb tu konsep dia mix & match kan. time try box kat rak tu mmg tawakal jer la aritu. bila tengok ngam2 mmg happy giler ah! hihi.

      tu bukan potty train. tu bamboo seat utk baby 3m ke atas yg belum pandai duduk. bentuk seat tu boleh support tulang belakang baby time duduk. material getah.

      Delete