hyeee...
Juma'at lepas balik je dari keje incik asben hulur buku ni..
"AMALAN DOA & SELAWAT"
dia kata ada orang bagi.
sempena buat majlis tahlil & kenduri arwah
masa asben hulur buku ni aku buat biasa je.
sebab dah biasa kan dapat buku2 macam ni time kenduri tahlil or doa selamat.
surah yassin pun antara yang selalu orang bagi.
dalam hati just kata "owhh himpunan doa2"..
so takde la nak presume apa2 yang lain dari biasa ke kan.
lepas selak lebih kurang, aku just letak buku ni atas meja.
time tu fikir nak cepat gi mandi jer.
sebab malam ada sambutan maulidur-rasul kat surau.
by the time aku nak melangkah masuk bilik, asben bersuara..
"cuba bukak mukasurat 36."
aikkk? pelik bangat dah ni.
jarang la or tak penah langsung kot kalo dapat buku or surah yassin asben akan cakap apa2.
paling tidak pun cuma cakap "nah simpan".
bila dia dah cakap camtu aku pun patah balik ke meja.
terus rasa eksaited nak nengok ada doa apa kat mukasurat tu.
aku selak2 cari halaman 36.
terlupa nak direct nengok kat content je.
eksaited punya pasal katakan..
dan.......
owhhhhhhhhh......
DOA PEMISAH
[Contoh Bagi Meleraikan Bayi Dan Susu Ibu]
[klik gambar untuk pembesaran]
noo wonder la asben beriya soh nengok.
since Ammar still breastfeed [even dah 2 tahun 3 bulan time entry ni ditulis]
bagus jugak kalau amalkan doa ni.
takyah la susah2 nak bubuh macam2 kat pu***g tu.
aku memang niat nak stopkan terus Ammar dari breastfeed.
kalo ikutkan sejak dari umur dia 1 tahun 3 bulan lagi dia dah minum susu campur.
time dengan babysitter minum susu tepung
tapi time dengan aku mmg jangan harap la dia nak mandang botol tu.
yang tak bape nak ada susu ni jugakla yang dok disedut2.
kadang kesian bila nengok dia beriya2 nyonyot padahal susu tak bape nak ada dah.
sampai kena marah dgn aku kadang2.
marah bukan apa..
marah sbb tau dia tak puas tapi bila sua botol susu haram tak diminumnya.
kalo ikut mak aku disuruhnya sapu dengan batang pokok bakawali aje.
perhhhh...baru terpegang sket pun dah rasa pahit macam apa.
ini lagi mau sapu kat situ & bagi anak rasa???
mau tanak makan pape anak aku karang pasni.
x sanggup lagi kot nak buat sampai tahap tu.
kalo takat tempek asam jawa or garam tu ok lagi la.
so far aku x buat apaper pn untuk stopkan Ammar dari breastfeed.
belum cuba pape pun lagi.
dia mintak je kasi.
dia mintak je aku hulur.
cer bitau bilanya yang aku ni usaha nak stopkan Ammar dari breastfeed kalo gini kekdahnya aku ni?
miahahahahhaaaaa.....
harap kat niat je la nampak gayanya aku ni.
so, dengan adanya doa ni harap2 dipermudahkanla urusan kami [ibu & Ammar] nanti.
belum mula baca pun lagi.
manjang ajer terlupa.
hehe.....
ye la ye la....malam kang aku start laaaaa...
hiihuuhiiii..... (^_^)
No comments:
Post a Comment