Friday, 21 February 2014

Projek DIY - Menceriakan Almari Baju Anak

kalo ikut planning, patutnya menda ni buat wiken nanti.
tapi sebab dah tak menyabo2 nak nengok hasil, so gigihla buat keje pepagi buta tadi.
pagi2 punya hasil keje ni....
awal pagi deerrr...
tak ke tebiat namanya tu?
miahahhahahahaaaa.... :p



ni almari baju Ammar. ekceli ni kabinet kasut je. beli masa ada sale raya cina bulan lepas. harga asal RM399 kot tapi time offer haritu dapat best price RM190 je. terus rembat seketul. 

almari ni kurus memanjang. pintunya divide pada 2 section - atas dan bawah. yang buat aku suka kat almari ni ialah dia tak nampak rupa kabinet kasut pun kalo nengok dari depan. plus style pemegang pintu dia yang nampak suwitt kat mata aku. mata aku je la. mata orang lain ada aku kesah?? miahahahahahahaaa..



ni rupa ruang dalam almari tu. nama pun kabinet kasut kan so ada byk la level2 dia. senang je kan nak imagine.. ni compartment belah atas. row atas sekali untuk baju2 dan seluar jalan. sebab jarang pakai so bia dia dok belah atas. dua row yang tengah tu untuk baju-bajan harian. dan row paling bawah untuk baju2 tidur dan t-shirt yang berseluar panjang. 

ekceli bajet nak carik bakul or storage box yang bole suit dengan ruang rak ni. so baju-bajan Ammar ni semua akan disusun menegak dalam storage box tu la nanti. then buat label. tu planning buat masa ni la. tp so far belum jumpa lagi kot storage box yang ngam saiznya so biar la dulu camni. yang leceh susun camni ialah susunan baju nak kena kemas sentiasa. kalo tak sakit mata oiii nengok..!



yang ni pulak compartment belah bawah. belah bawah ni buat masa ni cuma buat letak segala tuala dia dari tuala mandi sampai la ke tuala kecik buat lap tangan. dan jugak dipenuhkan dengan drypers je [ni kes banyak sangat ruang kosong la ni] hehe.... sila abaikan dua ketul plastik biru tersebut [tompang almari anak sket takkan tabole kot? huhu.. :p] dan jugak ruang paling bawah tu [barang2 DIY cik ibu yang asyik dok bertangguh]



memula kosongkan almari. gelap je kan kaler belah belakang almari ni? haaa....ni la yg gigih nak bikin almari ni nampak ceria sket. macam mana nak buat? jommmm scroll lagi ke bawah....



lepas dah keluarkan semua baju-bajan, keluarkan pulak semua partition2 yang ada dalam almari tu. papan2 partition tu semua main letak je so senang je nak keluarkan satu2.



lepas dah kosongkan, ambik wrapping paper ikut corak yang diinginkan then tampal je la terus kat belah belakang almari mcm kat dalam gambar ni. pilihan wrapping paper semestinya yang kaler cerah dan bercorak ceria. paling penting, pilihan kaler mesti boleh jadikan almari nampak terang dan luas. nampak beza kan dua gambar kat atas ni? =)



lepas [bape banyak lepas daaaa] dah siap tampal, masukkan semula partition2 tu semua



last skali, susun la semula baju-bajan Ammar dalam tu. now almari ni dah nampak sikit terang than before. misi tercapai...yeayyyy!!! =)



untuk yang belah bawah pun buat ikut step yang sama. time ni maleh dah nak ambik gambo. dah lambat weii nak mandi gi keje. mihhmihhhmihhhh...



dulu2 aku simpan baju2 Ammar semua dalam storage box je. 
tapi lama2 macam tak muat pulak dah storage box tu.
dan yang aku nampak, guna box tu macam tak berapa praktikal.
leceh nak kumbah satu2 baju.
dan lebih malang akan ada baju2 yang terlupa nak pakai sebab dah dok yang paling bawah.
tu la kelemahan storage box.

so, lepas fikir2, aku rasa mmg dah tiba masa Ammar perlu ada almari khas untuk dia sendiri.

untuk baju2 Ammar, aku memang saja cari almari yang bersaiz 'kurus' sebab nak jimat space. 
dalam bilik ni ekceli dah ada seketul almari baju besa gabak [nanti lenkali aku share almari yang tu pulak yer]
almari tu je dah makan byk space so untuk tanak nampak crowded, this is the best choice la aku rasa.


so far, ni la hasilnyaaaa....








k, bai..~



No comments:

Post a Comment