Monday 15 September 2014

Bilik No. 3: Ruang Storan cum Bilik Tidur Tetamu


hye hye hye...
bertemu lagi kita dalam sini.
ahhhh apa ke poyo bangat.
bajet dibaca'in orang blog kelam-kelibut ini?
mihmihmihhh..... (^__^)


ok la, arini aku nak share sumthing yang tak kurang penting kat rumah.
eh, pada aku sangat penting.
penting sangat-sangat-sangat-sangat!
oiiii panggg skali kang.
tulis skali dah laaaa.....


ok-ok-ok..arini aku nak share ruang storan kat rumah aku.
ni bukan wiken tadi punya projek.
tapi dah ntah berapa punya wiken aku pun tak ingat.
berbulan2 la jugak benonyer...
dan ekceli until now pun tak siap2 gak lagi benonyer..
masih ada minor2 pembaikan laaa kat ruang ni yang nak kena dibuat.
tapi aku tak menyempat.
malas pun iyer...
sibuk dengan persiapan nak sambut baby baru pun iyer...
tak larat pun satu hal..
ehhh bape banyak punya alasan daaa...


aku tau kat tiap2 rumah mesti ada satu ruang untuk storan kan?
tipu la kalau kau kata rumah kau tak perlu ruang untuk storan langsung.
kecuali kau memang pesen tak ambik kisah pun barang2 kau sepah2 sana sini.
takde tempat khusus untuk simpan.


macam kat rumah aku, as aku penah inform b4 this, rumah aku ada 3 bilik.
satu masterbed dah mesti la tempat tido aku somi-isteri-anak (anak baru sorang bole laa nak menyelit tido..) kan..
bilik no. 2 macam aku share dalam entry sebelum ni (rujuk SINI), aku buat ala2 bilik tetamu.
dan bilik no. 3 aku jadikan ruang storan merangkap play area anak aku.
tapi tu sebelum2 ni punya cerita laaa....


baru2 ni aku ubah almost major things dalam bilik no. 2 & 3.
now ni bilik no. 2 totally aku dah jadikan dia playroom + tempat simpan baju-bajan anak + ruang solat + bole jugak jadi tempat tidur untuk tetamu yg datang overnight.
untuk bilik no. 2 ni aku blum nak share lagi.
nanti satu2 aku share yee...
dan untuk bilik no. 3 now ni aku jadikan ruang storan dan jugak bilik tetamu.
nak kata officially bilik tetamu tu aku tak bape pasti laa...
tapi since katil queen yang ada kat bilik no. 2 kat rumah ni aku dah transfer ke bilik no. 3 tu, so secara tak langsung jadi la tempat tido tetamu. ye tak?
eh panjang nooooo membebel...


mari jump kepada gambo je lah lagi best.
ye dak?



 ni keadaan ruang storan aku yang dulu. masa ni share dengan play-area anak. play-area tu betul2 berdepan dengan storage area ni. agak huru-hara disitu tapi much2 more better dari 2 tahun sebelum tu. semua asal bole sumbat. kau tengok segala beg2 balik kampung tu semua. huru-hara kekdah susunnya. dengan beg isi segala plastik terpakai kat tepi tu (woven beg warna hitam). ada kotak isi bunga konvo lagi tepi tu (kotak jenama maggi). tunggang-terbalik semuanya. 

haiiiiiihhh sedehhhhhhh!!!



 disebabkan rasa tak puas hati dan makin hari barang2 kat rumah ni pun makin banyak. contoh: 3 ketul flask warna pink kat rak paling bawah tu. flask2 tu semua baru je beli raya aritu semata2 nak buat open house. dan jugak toto kat rak yang paling atas tu. beli time raya jugak aritu semata2 terlupa nak bawak balik toto ke kampung. rumah nenek tak cukup toto. adeiiii.... pakai stawun-tak-sekali tapi nak nyimpannyer yang jenuh. so bila keadaan dah mendesak, terpaksa aku carik solution utk buat proper susun-atur untuk area ni. 

makanya aku pun pegi beli seketol lagi open rack macam yang dah sedia ada. mujur time tu giant tengah promo. RM79.90 seketol. dan mujur jugak ruang yang ada tu memang ngam2 saiz seketol rak ni maka aku pun teruskan misi.

maka ni lah hasilnya.
ruang storan aku.



dan since anak aku lebih berminat nak main dgn barang2 stor ni berbanding dgn mainan dia sendiri since aku sharekan ruang ni dgn play area dia, makanya aku decide untuk ubah lokasi play area dia dan aku sumbat katil queen kat bilik no. 2 ke dalam ni.

now play-area anak aku kat bilik no. 2

jadinya, ni la keadaan bilik no. 3 kat rumah aku yang sekarang.
dan masih dalam proses pembaikan.
antaranya:

1) pasang curtain kat rak tu. maybe aku just pasang kat rak je. kat area storage box tu aku biar jer macam tu kot.

2) sampul box2 yang kat rak paling atas. sebab aku plan curtain aku cuma akan start dari aras bawah rak paling atas. so far aku dah berjaya sampul 2 ketul box. ada lg 2 ketul masih dalam proses. malas a'uzubillah!


nanti kalau dah berjaya projek curtain untuk rak ni, aku akan share lagi kay!



sebelum chow-cin-cau, aku nak share actual gambar sebelum & selepas keadaan bilik no. 3 ni.
senang sket nak bagi korang imagine.
kihkihkihhhh.....



 ni keadaan sebelum... aku penah share kat entry sebelum ni,



ni keadaan selepas.
quite better hurhhh?


k, la..
babaiiii ~




No comments:

Post a Comment