Friday 22 July 2016

Raya Belum Habis Tapi Dah Standby Plan Untuk Deko Raya Tahun Depan?



salam & hye..

okeylah, dah ada mood sket nak citer pasal deko2. kat entry2 aku yang lepas aku ada share susunatur ruang tamu aku kan? kalo yang belum penah nengok, bole tekan SINI. sebelum2 ni aku tak penah fully reveal area ruang tamu ni atas sebab2 'nampak tak semenggah'. kecuali satu latest entry jer kot yang ada full revealed. kihkihkih.. :p kalo malas nak tekan link kat atas tu, bawah ni aku selitkan sekeping pic ruang tamu aku yang sekarang..



ni laa ruang tamu sekangkang kera aku.. ruang hall tak besar. comey2 jer macam tuan rumahnya. hihi :p. design rumah aku ni, ruang tamu dan ruang makan asing2. untuk area ni memang fully ruang tamu jer. ruang makan share ngan dapur. dah banyak dah aku share sebelum2 ni. bole refer kat label kalo nak nengok. 

actually, ruang tamu aku ni separa siap. dinding warna putih tu (warna asal pink) sebenarnya cuma base coat. kitorang decide cat warna putih sebab sampai nak dekat bulan puasa aritu still tak dapat nak fikir warna apa yang sesuai untuk ganti warna asal pink tu. dan plan asalnya aku nak cabut wallpaper belang2 pink kuning tu. dah 3 tahun pakai wallpaper tu. dah banyak 'hasil art' anak2 pun kat situ. tapi hujung2 aku holdkan dulu sebab takut tak sempat nak siap buat make-over sebelum start bulan pose. kitorang kalo bole nak elak buat keje2 mengecat time bulan pose. time tu pun masa dah suntuk sangat nak pose so aku holdkan plan tukar wallpaper. dan aku cuma mampu fikir warna putih jer yang sesuai untuk matchkan dengan wallpaper sedia ada... maka, jadik laaa ruang tamu raya aku macam dalam pic atas tu.... tu laaa citernyaa...

dari bulan pose lagi aku dah plan nak fully makeover area ruang tamu ni. nak tukar terus warna sedia ada dengan sumthing yang lain. warna yang tak penah aku try sebelum2 ni. actually aku suka giler warna lime green. memang lawooo tapi tak bole laa nak cat warna tu sebab tu warna dinding luar rumah aku. dah 2 tawun cat luar warna lime green. aku suka sbb nampak fresh. dan rasanya lamaaa lagi kot nak tukar ke warna lain area luar tu. setakat ni kitorang just touch-up jer memana yang dah pudar. still, lime green..

eh, balik pada kisah ruang tamu..

lepas puas survey2 warna rumah2 orang dalam group deko. plus googling2 idea dalam incik google. aku berkenan giler dengan kaler bawah ni...




 teal? turquoise? blue? ntah.. aku tak tau apa nama spesifik untuk kaler ni. aku taip turquoise, keluar warna ni.. aku taip teal pun keluar jugak.. taip blue pun dia ada jugak.. tak kesah laa apa pun nama dia tapi buat masa skang ni memang aku berkenan giler kaler ni. start dari bulan pose ritu aku asyik dok riki2 kaler cenggini jer dalam google.. okehla, nekad nak cat kaler ni untuk ruang tamu. 

so kat bawah ni aku compilekan sket idea2 warna cat & deko rumah guna kaler cenggini.. untuk jadik sumber inspirasi..

jom layannnn....

[sumber google]

























so, kat bawah ni antara idea yang bakal dilaksana...


untuk cat, aku plan nak combinekan dua tone warna. mungkin warna turquoise/teal/blue gelap untuk satu dinding (belakang sofa) dan turquoise/teal/blue cerah untuk satu lagi dinding (area tv). dan mungkin ada jugak dinding yang akan aku tonekan dengan warna grey. depends pada keadaan..



idea warna untuk dinding belakang sofa. combine dgn wainscoting putih.



idea untuk dinding area tv.


since sofa yang aku ada sekarang (belum ada plan nak tukar sofa baru) based dia warna dark chocolate nak kehitaman dan aku pun dah ada jahit sarung sofa baru warna grey, berkemungkinan tinggi rumah aku akan jadik gelap/suram bila digandingkan dengan dinding dari warna gelap jugak. jadi as solution, aku plan nak DIY wainscoting panel warna putih supaya warna sofa aku yang gelap tak tenggelam dengan warna dinding yang jugak gelap. kalo semua pilihan aku gelap2 belaka possibility plan aku untuk direjek oleh tok laki adalah berada pada max level.

as penyeri, untuk dinding yang warna gelap (belakang sofa) aku plan nak letakkan cermin empat segi (guna cermin sedia ada. just alih tempat jer). dan jugak digandingkan dengan DIY ayat kufi background biru tu (try & error. kalo x sesuai aku akan tukar background kufi tu ke warna lain). tambahan throw kusyen warna biru+kuning untuk kesan cerah & ceria. untuk dinding warna turquoise/teal/blue cerah (area tv), kalau ada rezeki aku nak pasang tv panel then letak decorative clock kat atasnya. dan untuk curtain, cukup dengan plain curtain warna grey kot... tikar/carpet? tak decide pape lagi... guna yang DIY kat umah ni jer pun boley...



tu jer lah angan2 aku untuk plan deko raya tawun depan. kahkah!

arini baru 17 Syawal. raya belum abis lagi wey.. dah tak nyaboo nak pikir untuk raya tawun depan. kot laa panjang umur insya-Allah..

doakan plan aku ni terlaksana laa yer kawan2..

blum tau lagi bila nak mula. tengah mengumpul pitih setelah habis dijoli cuti raya ritu. hahah! yang penting cut-off date sebelum bulan pose tahun depan.

moga terlaksana. insya-Allah.. aminnn...



keh, bai!


1 comment:

  1. wah, nak DIY wainscoating..
    nabilah pun teringin gak..
    nanti dah jadi, jgn lupa share kos2nya ya..
    in sha Allah terlaksana, amin.

    ReplyDelete