Tuesday, 7 October 2014

Rak Jimat Ruang Di Dapur


salam & hye..
sebelum terlupa, aku nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang
still blom lambat rasanya nak wish sebab raya haji kan 4 hari..
hehehh..


k la, sempena hari raya ni aku nak share sket pasal penjimatan ruang dalam susunatur atas KC (kitchen cabinet) aku.
atas KC ni penah aku sharekan sket dulu.
dalam ENTRY INI.
tu je la satu kot aku share.
ada sikit penambahan lepas tu.
tak banyak, sket jer...
macam kat bawah ni..



 ni apa yang ada atas KC aku. ada 2 ketul 3-tier plastic stacker, bekas pink isi air masak, flask air panas dan bekas pisau2. 

3-tier stacker tu aku beli kat daiso. satu unit RM5. satu unit maksud aku kat sini bukan satu unit 3-tier tu terus tapi 3-tier tu means ada 3 unit. maknanya, untuk nak jadikan 3-tier camtu kena beli 3 unit single tier. pahee dok? maknanya lagi, 3-tier tu bersamaan dengan harga RM5 x 3 = RM15. hurhhh?? mahal wooo...tanpa sedar aku dah kena tipu. chaitttt!

meh aku explain sket apa ada dlm tiap2 tier tu.. untuk yg paling kiri, bahagian atas aku letak minyak masak (dlm botol) dan minyak masak terpakai (dalam bekas zink bertutup), rak kedua ada makanan2 dalam tin dan bawah sekali bekas isi telur. tier sebelah pulak, atas sekali aku tempatkan garam, serbuk perasa & serbuk kunyit, bahagian tengah ada segala mak nenek spices (penah aku kongsikan kat SINI) dan setakat ni bahagian bawah sekali tu kosong jer.



then, last week aku ada order rak ni kat online. aku order dari fb Cute Baby Momma Boutique. harga dia RM99 incl. pos. actually kat Cosway ada jual tapi 3-tier jer dgn harga RM39.++ (harga ahli) tapi aku tak beli sebab terlalu rendah untuk nak selit kat celah KC aku nanti. orang ni servis bagus. cepat respon dan barang pun cepat sampai. aku bayo kat dia petang kamis, ari juma'at dah sampai dah barang.

rak ni best pada aku sebab selain body dia yg slim persis model tu..dia jugak beroda.. so senang nak tolak-tarik-tolak-tarik..



bila barang dah sampai apa lagi, eksaited la pasang dan susun semua menda. hehehee..

ni keadaan lepas aku isi semua benda yang aku plan. atas sekali aku letak garam, serbuk perasa & serbuk kunyit. ada ruang sket tu aku selit botol lada sulah & botol jem. row kedua aku susun semua spices yang dalam botol2 kecik tu. row ketiga aku susunkan bekas2 isi minyak2 terpakai dan jugak makanan dalam tin (tak banyak makanan dalam tin yang ada dlm simpanan so selit je la skali situ). dan row last skali aku isikan dengan kicap2 & sos2.



kat mana aku selit rak ni? haaaa...aku selit kat celah antara KC dan jugak peti ais. 

then, dah alang2 tu aku buat labelling skali la kan. senang nak nampak dan carik (especially incik asben laa..) konsep labelling aku sama macam aku buat untuk almari baju anak yang penah aku kongsikan kat SINI sebelum ni. guna sticker daiso jer..



ni zoom-in sket apa aku tulis. atas sekali tak tau nak kategorikan apa so aku tulis jer LAIN-LAIN. row kedua REMPAH RATUS.



row ketiga berkongsi antara MINYAK MASAK & MAKANAN DALAM TIN. dan row paling bawah KICAP/SOS.

macam biasa, aku guna bahasa melayu jer supaya senang orang lain nak faham jugak sistem labelling kat umah aku ni. dan senang jugak orang lain nak cari barang sendirik.



selain tu, bekas2 ni pun aku labelkan jugak.



bekas kecik2 ni pun aku ganti labelnya. dulu2 aku penah labelkan. tulis tangan je guna marker. tapi bila kena air hancus kembang semua tulisan2 tu.

dalam botol2 tu ada kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, jintan halus, ketumbar & lada hitam. aku asingkan tiap2 spices dalam bekas2 masing2.



ni keadaannya bila rak ni ditarik keluar untuk digunakan.



dan ni lepas di'sorok'kan bila tak digunakan.

sangat jimat ruang kan? ruang KC aku pun jadi makin luas dan lapang. dan kedudukan rak tu langsung tak mengganggu ruang2 lain yang ada dalam rumah ni.

sangat happy! yipppieeeeeeeee....!!!



macam biasa sebelum challow..

keadaan sebelum dan selepas.



nota:

tak banyak beza pun keadaan sebelum dan selepas kehadiran rak ni. tapi yang bestnya kat aku ialah ruang dalam peti ais rumah aku makin luas dengan ketiadaan botol2 sos & kicap. sebelum2 ni semua botol2 tu aku simpan dalam esbok tapi agak menyusahkan sebab dah takde ruang untuk aku simpan air sejuk. skang dah tak lagi sebab semua botol2 tu aku dah alihkan kat rak ni.

happy lagi skali berganda! hoooreeeyyyy....!!!!




k, bye!













Friday, 3 October 2014

DIY : Tempat Simpanan Diaper Anak


salam & hye..
sehari dua ni aku ada buat projek kecil2an..
saja sukasuka buang masa kata orang
kikikiiii...




 projek aku kali ni guna 2 ketul kotak saiz A4 ni. 
kotak ambik dari opis jer.
apa projek aku kali ni?
jom scroll.....











scroll...















scroll lagi..














scroll lagi sket....




















sket lagi..nak sampai dah tu




























okeh!



 taaaadaaaaaaa!!!!

ni la dia. projek kecil2an.
DIY tempat simpan diaper anak /anakanak aku.
just guna kotak A4, wrapping paper & silotep.
bungkus2 ikut sukati.
siap!

mihmihhhmihhhh....

owhh lupa..sticker label tu aku buat sendiri jer. guna microsoft word jer. aku takde template canggih-manggih ni. kalo ada pun tak reti nak guna. lepas buat aku pegi hantar printing kat kedai guna glossy sticker paper. simple..



 meh zoom sket belah dalam.
ni bahagian dalam. aku balut gak bahagian dalam ni.
sebab apa? sebab nak bagi diri sendiri confident dengan tahap ke-hygiene-an kotak ni.
yang bahagian dalam ni aku just guna sticker paper jer.
ada lebihan masa buat projek-susunatur-4-penjuru dulu.
boleyy laaa....



ni keadaan bila dah susun pampers ammar.
aku main sumbat2 je ni.
tak susun proper.
saja buat test2.
nanti balik keje kang aku betulkan balik.
hehe....

(^____^)




actually ada jer jual diaper stacker yang jenis kain tu.
macam2 design ada.
yang dapat free masa beli drypers dulu pun ada banyak kat umah.
tapi aku macam tak bape berkenan konsep gantung2 ni.
macam semak mata semak rumah semak bilik semak samun jer rasa.
kalo masuk dalam kotak gini nampak kemas tersusun la sket.
al-maklum rumah kecik.
setiap ruang nak kena share fungsi.
jadi kena manfaatkan sebaiknya.
if not, memang harubiru la kejadian.
cukup dah laa kot 3 tawun pertama idup dengan rumah yang macam kena tsunami.
kesian kat incik asben....
nak jugak dia nengok umah nampak kemas - lawa.
skang2 ni pun nampak aku balut2 kotak depan dia, dia dah tak tanya pape dah.
buat tak reti jer...
kalo dulu bising kata aku buat sampah menuhkan rumah jer dgn kotak2 ni semua.
skang dah nampak hasil, alhamdulillah laaa...
sendirik pun hepi jer nak dok umah.
takdelaaa asyik nak dok melepak umah mentua jer...
sebab umah MIL lawooooo...
kikikikiiii...


k la, babai~