Tuesday 7 October 2014

Rak Jimat Ruang Di Dapur


salam & hye..
sebelum terlupa, aku nak wish Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang
still blom lambat rasanya nak wish sebab raya haji kan 4 hari..
hehehh..


k la, sempena hari raya ni aku nak share sket pasal penjimatan ruang dalam susunatur atas KC (kitchen cabinet) aku.
atas KC ni penah aku sharekan sket dulu.
dalam ENTRY INI.
tu je la satu kot aku share.
ada sikit penambahan lepas tu.
tak banyak, sket jer...
macam kat bawah ni..



 ni apa yang ada atas KC aku. ada 2 ketul 3-tier plastic stacker, bekas pink isi air masak, flask air panas dan bekas pisau2. 

3-tier stacker tu aku beli kat daiso. satu unit RM5. satu unit maksud aku kat sini bukan satu unit 3-tier tu terus tapi 3-tier tu means ada 3 unit. maknanya, untuk nak jadikan 3-tier camtu kena beli 3 unit single tier. pahee dok? maknanya lagi, 3-tier tu bersamaan dengan harga RM5 x 3 = RM15. hurhhh?? mahal wooo...tanpa sedar aku dah kena tipu. chaitttt!

meh aku explain sket apa ada dlm tiap2 tier tu.. untuk yg paling kiri, bahagian atas aku letak minyak masak (dlm botol) dan minyak masak terpakai (dalam bekas zink bertutup), rak kedua ada makanan2 dalam tin dan bawah sekali bekas isi telur. tier sebelah pulak, atas sekali aku tempatkan garam, serbuk perasa & serbuk kunyit, bahagian tengah ada segala mak nenek spices (penah aku kongsikan kat SINI) dan setakat ni bahagian bawah sekali tu kosong jer.



then, last week aku ada order rak ni kat online. aku order dari fb Cute Baby Momma Boutique. harga dia RM99 incl. pos. actually kat Cosway ada jual tapi 3-tier jer dgn harga RM39.++ (harga ahli) tapi aku tak beli sebab terlalu rendah untuk nak selit kat celah KC aku nanti. orang ni servis bagus. cepat respon dan barang pun cepat sampai. aku bayo kat dia petang kamis, ari juma'at dah sampai dah barang.

rak ni best pada aku sebab selain body dia yg slim persis model tu..dia jugak beroda.. so senang nak tolak-tarik-tolak-tarik..



bila barang dah sampai apa lagi, eksaited la pasang dan susun semua menda. hehehee..

ni keadaan lepas aku isi semua benda yang aku plan. atas sekali aku letak garam, serbuk perasa & serbuk kunyit. ada ruang sket tu aku selit botol lada sulah & botol jem. row kedua aku susun semua spices yang dalam botol2 kecik tu. row ketiga aku susunkan bekas2 isi minyak2 terpakai dan jugak makanan dalam tin (tak banyak makanan dalam tin yang ada dlm simpanan so selit je la skali situ). dan row last skali aku isikan dengan kicap2 & sos2.



kat mana aku selit rak ni? haaaa...aku selit kat celah antara KC dan jugak peti ais. 

then, dah alang2 tu aku buat labelling skali la kan. senang nak nampak dan carik (especially incik asben laa..) konsep labelling aku sama macam aku buat untuk almari baju anak yang penah aku kongsikan kat SINI sebelum ni. guna sticker daiso jer..



ni zoom-in sket apa aku tulis. atas sekali tak tau nak kategorikan apa so aku tulis jer LAIN-LAIN. row kedua REMPAH RATUS.



row ketiga berkongsi antara MINYAK MASAK & MAKANAN DALAM TIN. dan row paling bawah KICAP/SOS.

macam biasa, aku guna bahasa melayu jer supaya senang orang lain nak faham jugak sistem labelling kat umah aku ni. dan senang jugak orang lain nak cari barang sendirik.



selain tu, bekas2 ni pun aku labelkan jugak.



bekas kecik2 ni pun aku ganti labelnya. dulu2 aku penah labelkan. tulis tangan je guna marker. tapi bila kena air hancus kembang semua tulisan2 tu.

dalam botol2 tu ada kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, jintan halus, ketumbar & lada hitam. aku asingkan tiap2 spices dalam bekas2 masing2.



ni keadaannya bila rak ni ditarik keluar untuk digunakan.



dan ni lepas di'sorok'kan bila tak digunakan.

sangat jimat ruang kan? ruang KC aku pun jadi makin luas dan lapang. dan kedudukan rak tu langsung tak mengganggu ruang2 lain yang ada dalam rumah ni.

sangat happy! yipppieeeeeeeee....!!!



macam biasa sebelum challow..

keadaan sebelum dan selepas.



nota:

tak banyak beza pun keadaan sebelum dan selepas kehadiran rak ni. tapi yang bestnya kat aku ialah ruang dalam peti ais rumah aku makin luas dengan ketiadaan botol2 sos & kicap. sebelum2 ni semua botol2 tu aku simpan dalam esbok tapi agak menyusahkan sebab dah takde ruang untuk aku simpan air sejuk. skang dah tak lagi sebab semua botol2 tu aku dah alihkan kat rak ni.

happy lagi skali berganda! hoooreeeyyyy....!!!!




k, bye!













8 comments:

  1. Kemas dan tsusun..byk idea susun atur kt sini..blh sy share2 nt

    ReplyDelete
  2. tq...(^____^) x kemas mana pun actually. byk lg ilmu nak kena belajar. tp sambil2 blaja smbil share idea kat org laen jugak kan.. (^______^)

    ReplyDelete
  3. Tinggi rak tu mmg tetap ke Bo adjust?

    Cam best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi dia mmg fixed. x leh adjust2. so far mmg praktikal since dapur pun kecik jer kan..

      Delete
  4. Awk..sy nk tya.. rak tu ada lgi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry..dah takde la awak. sy dah letgo kat org..

      Delete