Thursday 30 June 2016

Coway Jiran Saya.. Hihi


salam & hye..

dah ujung2 nak start cuti ni lemauuu jer rasa.. tambah pulak ngam2 keje dah clear. memang melanguk jer laa kat atas kosi. pakkal ajer cuti tawun dah abis. kalo tak mau ajer aku amik cuti raya terus dah ni. muwahahhahaaa...

arini saja nak bebel2 pasal menda seketoi kat bawah ni hah. arini genap sebulan menda-alah ni menginap kat dapur umah aku. kira ni hadiah dari tok laki laaa.. tapi sempena ape eh? huhu :p 

penapis air Coway!




sejak ada coway ni kat umah, makin mudah keje2 kat dapur. kira dah sebulan laa aku tak masak air untuk buat air panas. kalo ada pun aku just masak air utk buat mandi bebudak jer time cuaca sejuk. si adelia masih lagi aku mandikan guna air suam2 kuku. masih kategori bayi lagi kan...belum 2 tawun pun umur. kat bilik air umah aku tader pasang heater jadi kita guna jer laaa cara manual...

masa decide nak pasang penapis air ni, semua2 bab pemilihan brand & model aku serah bulat2 kat tok laki untuk pilih. aku tak kesah jer yang jenis cemane2 pun. masa tu kitorang tgh berbelah bahagi either nak pasang air-cond atau nak pasang penapis air ni. time tu memang tengah cuaca panas giler kan. el-nino... memang time tu rasa dua2 benda ni penting. mati kutu dibuatnya.. tapi since seminggu dua nak pose aritu cuaca macam dah sejuk sket, terus tok laki pilih nak pasang penapis air. aku ok jer... ngam2 3 hari lagi nak pose aritu technician diorg datang pasang menda ni kat umah. so far puas hati laa dengan servis diorang. pasang pun kemas jer.. cable2 sume diorang sorok supaya tak nampak messy.

actually memang bagus guna penapis air kat umah. lagipun kitorang satu family ada alahan kulit. cuma mild dengan tak jer laa.. tu yang tok laki nekad nak pasang jugak. hopefully dgn adanya penapis air ni kitorang punya tahap kesihatan dalaman dan luaran makin better laa.. insya-Allah... ni kira ikhtiar jugak kan? =)

penapis air yang aku guna ni macam tajuk kat atas tu, aku guna coway. model dia apa tah lupa dah aku. villium kot.. eh ye ke? ntah tak ingat. sebulan kena bayo dalam Rm1++. dia ada 4 mode suhu air. ada hot, warm, cold & ambience. kalau yang hot tu memang untuk suhu tahap hampir didih. dia tak sampai pun 100 degree tahap kepanasan tapi almost laa.. aku tanya kat orang yang pasang tu dia kata suhu dalam 96-98 degree. yang warm tu suhu air suam2. kalau nak buat susu anak guna suhu yang warm tu jer. dah molek sangat dah tahap kepanasan tu. ambience pulak untuk suhu air biasa. macam air masak sejuk biasa yang kita minum tu... dan yang cold tu pulak suhu macam air sejuk dari esbok.

sejak2 ada coway ni memang aku dah tader simpan air panas dalam flusk dan tader jugak simpan air sejuk dalam esbok. alhamdulillah laa sangat sebab kurang sket keje kat dapur. cuma body dia agak makan space laa kat table top tu. ruang keje kat atas table top dah agak sempit skang. tapi still ok la kot.. agak2 sempit sangat kang aku buat keje atas meja makan jer. abis citer.. huhu :p

tapi.. tapi.. tapi.. tapikan... kalo tader karen, mati kutu laa aku kot ekk....!


tu jer lah nak membebel. benda seketui tu jer tapi entry panjang merapu2.
k,babai!


Monday 27 June 2016

Persiapan Raya: Lantai Berkilat Lip Lap


salam & hye..

lagi seminggu je nak raya. cepat betul masa berlalu. kompem2 time ni sume orang sibuk dgn persiapan raya.. yang dok shopping baju-bajan sefamily, yang dok sibuk pulun buat kuih raya, yang dok kemas-cuci rumah, yang dok sibuk deko2 rumah.... kan?

aku? raya tahun ni sama je macam raya2 yang lepas. sediakan keperluan yang sepatutnya jer. in-fact, sampai ke hari ni pun aku masih tak decide lagi pasal kuih raya. ntah tatau nak buat atau beli. if buat, tatau nak buat kuih apa. if beli pun sama jugak. sebabnya tiap2 tawun pun kuih tak abis makan walau beli sikit. dari raya pose membawak ke raya haji masih wujud lagi kuih2 tu kat umah. end up, masuk dalam perut tong. haihhh....

ahhh, abaikan dulu pasal kuih. ujung2 kang tapaw jer kuih kat umah mak bawak balik sini masuk dalam balang. setel. muwahahahahhaa!

arini benonyer aku nak citer sket pasal persiapan nak sambut raya. deko2 untuk umah takat ni takde yang baru sebab otak aku makin jem bila gugel idea deko. makin byk nengok makin kusut jadiknya nak deko gaya cemana. end-up, bior kan jer laa begitu. kalo ada pun kang cuma tambah2 sket bunga ke frame ke buat kasik seri. huhu..

wiken baru ni kitorang somi-isteri setelkan laa sket2 apa yang patut utk raya. hari sabtu bawak anak2 + mak mer + adik2 ipar gi shopping baju raya. seharian jugak laa mentawaf shopping complex tu. alhamdulillah barang2 anak2 sume dah complete. untuk tok laki tinggal nak carik suar slack dia selai. untuk aku? macam biasa, malas nak membeli. cuma ada sepasang baju kurung je beli masa pesta convo UTM 2 bulan lepas. jadik laaa... aku dari dulu memang payah nanang kalo nak membeli barang untuk diri sendirik. kalo untuk org lain esp tok laki or anak2 memang lajuuu... nape tah.

semalam (ahad) kitorang tak gi memana pun. cuma gi pasar je kejap beli barang dapur sket untuk masak berbuka. pagi tu lepas je sahur aku terus kemas ruang tamu. lap segala lampu, kipas, sofa, cermin, almari, tv semua. lepas dah setel, aku offer diri nak mop lantai. dah berdanooo lantai umah ni sebab lama tak dimop.

aku benonyer dari dulu memang tak reti mengemop. tiap kali aku mop mesti lantai jadik makin disaster keadaannya. makin capok berbelak2. langsung tak licin berkilat. puas dah tok laki ajor teknik tapi still jugak tak jadik. sudahnya, keje2 mengemop memang aku tolak ke tok laki jer laa yang buat. sampailaaa dekat2 nak raya ni ramai laaa kan yang share tips2 kemas umah. one of tips mestilah camner nak bagi lantai berkilat shining2 lepas dimop. haaaaaaa..... aku pun terjebak!

mop guna air panas dan kain batik lama!

ramai yang kata soh campur pencuci lantai + cuka + air panas. tapi ada sorang tu dia cakap jangan guna cuka sebab awal2 memang berkilat tapi lama2 nanti mozek akan cepat kusam. cuka kan sifat menghakis. mungkin sikit2 dia makan mozek tu so bila dah selalu2 sgt buat lama2 dah tak shining dah. orang tu bagi tips tak payah guna apa2 pencuci lantai. just guna air panas & kain batik lama. batang mop tak diperlukan. buat guna kekdah orang dedulu mop rumah. dan aku buat! pepagi dah terbongkok2 tertonggeng2 mengelap satu umah. tok laki dok risau menengok aku. asyik ulang2 tanya, takleh guna mop ke? memang tak leh guna ke? hahah, klako lak rasa..

so, meh laa nengok hasilnya lepas dah berhempas pulas kerah tenaga zahir & batin. eh? hahah!


SEBELUM


SELEPAS

hasilnya memang puas hati sgt laa... (sila abaikan kesan2 hitam kat celah2 mozek. ada masa kang aku nak try tips yang campuran soda bikarbonat & lemon tu) lebih mudah benonyer kekdah gini sebab aku lap sekali lalu jer. sambil2 lap sambil2 hangkut skali segala habuk-sampah-rambut. jadi takyah nak kena buat repeated keje vakum-mop-vacum berkali2. penat cuma sekali jalan jer. senang. pic kat atas ni untuk area dapur. kurang sket impact shiningnya sebab dapur kan kawasan paling oily. kalo kat hall tu memang berkilat abis ah. tok laki pun impress ko! aku lupa nak snap gambo kat hall sebelum & selepas. dah bentang balik tikar baru teringat nak snap. tapi aku tak rajin dah nak alihkan tikar semata nak snap gambo. so takdela gambo lantai kat hall. sekian~

hahah!


k lah, tu jer nak share benonyer.
babai!

Monday 20 June 2016

Cerita Emas: 7 Perkara Jangan


salam & hye..

lama dah tak share pasal emas
semalam kat berita harian harga emas naik lagi
dalam tempoh sebulan ni je tah dah bape kali harga emas naik
lagi2 dekat nak raya ni kan..


apa2 hal pun, beringat2 sekarang..
baju raya, persiapan raya, 
semua tu cuma untuk kegunaan beberapa hari je..
paling lama pun sebulan
dan tiap kali pun
harga barang tetap naik
naik dan terus naik
celah mana nak disimpan duitnya ye dok?


dan dalam tak sedar
harga emas pun sama naik
nak harap simpan duit awal bulan, dah nak ujung kang mesti korek balik
memang payah nak betul2 menyimpan
try laa sekali beli & simpan emas seketoi
tak payah banyak, dapat 1 gram jadik laa...
insya-Allah akan2 datang rasa gian nak membeli lagi
beli emas tak rugi
malah, tanpa sedar kita sebenarnya dah ada simpanan
datang dari mana simpanan kalo asyik keluar duit beli emas jer?
haaaa..... dari emas tu sendirik laaa..!


k lah, membebel panjang2 rasa haus tekak pose2 ni. huhu..
jadi, untuk hari ni, 
aku nak kongsikan sikit tentang 7 PERKARA JANGAN dalam menyimpan emas
moh kiter..



























emas.
nak tau macam mana nak mula?
jom pakat wassap!


#1gram1bulan1keluarga
#khadijaharmawaigold
#0127312003

Wednesday 8 June 2016

Perut Bantal Sofa Dah Buncit Yeayy!


salam ramadhan & hye..

ni projek last week. elok beberapa hari nak sambut pose. projek menggebukan kusyen sofa yang dah penyek-kemek-lemau... errr apa eh nama spesifik nak bagi untuk keadaan bantal yang dah tak gebu isinya? apaper jer laaa kan..

minggu lepas kebetulan aku ada amik cuti sehari dok jaga bebudak kecik ni kat umah since atok diorang (pak mer) tak sihat. dah alang2 takde keje nak buat tetengahari lepas masak tu, aku pun start laa enjin buat projek ni. filling (fibre) dah beli lama dah. dekat 2 bulan kot tersadai kat bilik belakang tak dikerjakan. tok laki pun sesekala dok hint2. rimas agaknya menengok benda berbungkal2 kat dalam bilik tu.

moh ler nengok projek aku yang tak seberapa ni hah..



 ni keadaan asal sofa ni lepas dah dekat 2 tahun usia dia kat umah ni. aku beli sofa ni dulu murah jer. untuk 2+3 sofa cenggini total harga RM1k jer. kira murah laaa since bantal duduk dia berspring. even sampai ke arini pun bantal duduk dia masih elok macam baru. cuma yang jadik masalah kat bantal sandar dia tu. agaknya orang tu tak isi padat2 time buat bantal tu, tu yang penyek jerrr jadinya bila dah lama2. nak sandar pun tak best dah sebab tak gebu. susun pun nampak tak molek. sakit mata menengok sofa cenggini so aku pun dok pi hunting filling dia.. guna fiber sintetik jer. bukan kapas pure pun..



 ni rupa filling (fibre) sofa yang aku guna. aku beli online jer dari fb Flyture Link Fly. servis diorang ok. harga pun berpatutan. korang bole ushar fb diorang. macam2 ada. fibre-sintetik (macam aku beli ni) ada, batting untuk buat tilam ada, filling yang biji2 untuk bantal bebudak tu pun ada. macam2 lah!

fibre ni ada beberapa gred. setakat yang aku tau ada 3 gred. gred A, B & C. gred A tu yang baik punya. kalo nak buat kusyen ke bantal ke yang baru better guna gred A. lebih lembut & gebu. yang aku beli ni gred C jer. time aku nak beli tu diorg advise beli yang ni je sbb aku just nak top-up yang sedia ada je kan.. tak perlu beli yang mahal. setiap gred harga beza dalam 3-4 ringgit jugak laa sekilo. untuk gred C ni aritu aku beli pre-order so dapatla RM10 sekilo. aku beli 3 kilo jer. ngam2 dapat top-up 5 ketul bantal kusyen saiz beso tu. ada balance dlm 3/4 kilo lagi.



 tader laa susah pun buat menda ni benonyer. tinggal lagi nak kena rajin jer. nak start buat tu yang lemau jer rasa. asyik laaa dok tertangguh2. huhu.. aritu aku start buat ni tengahari, pastu ada stop2 melayan bebudak-suap makan-tidokan-mandi semua, dalam pkul 11.30 malam camtu siap dah 5 ketoi aku kerjakan.

cara nak top-up filling, memula bukak dulu sarung kusyen. pastu tetas sket jahitan kat kusyen tu untuk bagi lubang nak sumbat fibre tu. jangan tetas beso sangat kang jenuh nak jahit semula. kalo ada mesin jait kat umah takpe la jugak. kalo guna tangan macam aku ni, lemau oiiii..!

lepas dah buat lubang kat bantal, korang sumbatlaa bape banyak fibre yang korang nak. ikut sesedap rasa. nak gebu-gebas, isi ler banyak2.



 lepas dah sumbat sebanyak yang disukai, jahit laa semula lubang tu. aku jahit jelujur je guna tangan. jahit cincai2 asalkan tak terbukak. nak nampak cantik, lepas dah jahit seround dari pangkal ke hujung, aku jahit semula patah balik dari hujung ke pangkal pulak. jadiklaa jahitan tu nampak rapat2. nampak laa macam kemas sket kan..



 beza hasil dah siap dengan yang belum siap. yang kiri tu dah siap nampak gumukkkss jer kan.. yang kanan tu belum siap nampak leper jer..



 hasil dah siap dari pandangan depan. dah tak nampak kepot2 dah. 



 view dari tepi..



 zoom dekat lagi. gumukkksss bak hangg!!
walllahhhh..



ni view sebelum & selepas. yang atas ni sebelum. leper jer.. bantal yang ni tak nampak sadis sangat maybe sebab jarang kena lenyek. ni kat sofa 2 seater. kalo yang kat 3 seater tu memang melampau tahap sadisnya. fibre aku banyak abis kat bantal untuk 3 seater tu benonyer..



ni keadaan selepas. memang puas hati giler ah! main top-up sesedap rasa kan.. macam nak meletopp nu haa perutnya. hihi.. tapi tatau la ni bape lama bole bertahan keadaan cenggini. harap dapat la lamaaaa sket.. 4-5 tawun lagi ke kan.. kalo sofa ni wujud lagi la time tu...  (^_^)


papepun, mission accomplished!
yeayyyy!!



k, babai!

Friday 3 June 2016

Random: Rhythm Si Jantung Hati











 





 



























-------------------------------------------------------------

salam Ramadhan Al-Mubarak
ibu-ayah-ammar-adelia
xoxoxo

Wednesday 1 June 2016

Beri Nafas Baru Pada Ruang Tamu


salam & hye..

macam klako pulak bace tajuk entry. tapi tatau nak bagi tajuk apa. takpelah, blasah jer laaa...

rasa2nya aku tak penah langsung bagi full view untuk ruang paling utama dalam rumah ni i.e ruang tamu. kalau ada pun aku bagi view sekerat2 dalam beberapa entry especially dalam entry Wordless Wednesday. tatau lah kenapa. mungkin sebab aku rasa macam ruang tamu aku ni serba tak kena. susun atur sofa+kabinet+etc+etc sume macam kelaut.. nampak tak bape nak semenggah kat mata aku buat aku jadik segan nak share. tapi since projek DIY 'kapet tipu' aku tu agak menjadik kat mata aku, terus rasa semangat nak re-organize keseluruhan ruang tamu aku ni. so far, susunan yang skang ni nampak laaa macam rupa ruang tamu sket. gaya 'WELCOME' kat tetamu tu baru arr ada terasa sket...

so, sempena arini rabu yang mana biasanya aku suka buat entry Wordless Wednesday untuk part of ruang tamu sebelum2 ni, maka arini aku nak bagi full view terus. kira buat full entry lah! sebab baru skang rasa konfiden sket nak share walaupun tader deko gempak pun. takat susun2 balik apa yang ada jer. hahah!

semuanya kerana kapet tipu!


aku bagi full view sebelum & full view selepas laa ehhh.. ikut pusingan ruang. lagi senang nak faham kot..




SEBELUM

ni view asal area tv. kosong je pun takde pape. takat ada tv + kabinet tv + kipas seketoi. no deko!
[ai is tak suka wall pink tu benonyer. tapi it's a loooooong story mcm mana aku bole cat ruang ni ngan kaler tuh. tapi maleh nak citer. let it become a history... huhiii]



 eh takde pulak view kat langsir/pintu sliding/main entrance...

kita jump to this area. ni view area bertentangan dengan ruang tv tadi. sebelum ni aku susun sofa memanjang gini sebab time tu ada baby yang masih menjalar. eh baby menjalar? nak bagi ruang yang cukup untuk sang bayi explore her new world. hihihh.. [sila abaikan segala sepahan tersebut. ni kalo guest datang mau pitam woih!]

sedihkan nengok kusyen sofa aku yang lembik terkulai layu tu.. sob..sobb..



 ni view dari penjuru sofa. penah aku share sebelum ni dalam entry WW. time ni baru tukar cover throw kusyen yang jalur hitam putih tu..



 ni view berdepan dengan sliding door/main entrance. ada seketoi drawer yang asalnya dari bilik tidur aku yang aku bawak keluo ke sini. saje buat tambah2 deko. takde deko apa sgt pun. takat apa yang korang nampak tu jer laa yang ada punnn.. [abaikan kecelaruan yang korang nampak. aku tak koser nak ngemas dulu before snap gambar. skali skala kena telan jugak realiti ada anak2 kecik. yer dok? :p]



since skang sang bayi dah laju jalan dan since dah nak raya lagi sebulan lebih ni, aku terpikir gak kekdah susunatur sofa aku yang memanjang gitu. nanti kalo tetamu datang takkan diorang nak duduk sebaris memanjang gitu. yer dok? dah tu cemane nak communicate?

maka, bermula segala idea kat bawah ni.....




SELEPAS

 ni view nafas baru ruang tamu aku yang skang. pandangan ruang tv. kalo korang perasan, dinding pink dah selamat lenyap dari pandangan. buat masa ni kitorang cat putih jer. blum ada idea nak cat kaler apa. masih tader deko. cuma seketoi table lamp disitu. kipas dah aku alih kat area lain. table lamp tu pun actually dah selamat aku alihkan jugak since tok laki kata silau nak nengok tv. baekkklahh...saya menurut perintah. kiki... :p



 ni pandangan sliding door/main entrance. pintu masuk dan keluar kitorang tader lain. cuma ada sliding door tu jer laa.. jadi laa...syukur ada rumah. hihi..

sofa tak lagi aku susun memanjang. sofa jati seketoi jadik hero utama kat tengah2. sofa 2+3 seater jadik pengapit kiri kanan. susun cenggini lebih me-welcome tetamu kan? duduk bertentang so senang nak communicate. coffee table aku sorok dalam bilik. kasik lapang tengah tu untuk bebudak memain. time raya kang baru kasik keluo itu meja kopi.



 ni view area setentang dengan kabinet tv. kipas dah aku alih kat tepi situ. nape aku guna kipas tu? sebab kipas syiling dah rosak buat kali ke-3 dan aku malas nak amik kisah buat masa nih. bior jer lah cenggitu buat seketika. muwahahha!

tader deko pape. setakat set kufi tu jer kat dinding. cermin dan jam kat dinding belah sana. tu jer lah dulu. lagipun dinding dah meriah dgn wallpaper belang2 tu. jadik lahhh..



pusingan dah balik semula ke area kabinet tv. yang gelap tu ruang ke dapur/area meja makan. dah banyak aku share pasal ruang tu kan?

tu jer lah susunatur dan deko yang ada untuk ruang tamu ni setakat ni. tengah gigih mentopup fiber dalam bantal sofa aku yang lembik terkepot2 tu. sedih menengok rupa bentuknya. dah siap kang aku share yek.


k lah, babai!
selamat hari raya. eh??