salam & hye..
dah makin jarang rasanya update dalam sini. masa sangat2 pack sejak2 pindah tempat keje 5-6 bulan yang lepas. takpe.. walaupun agak bz berbanding tempat keje sebelum ni, moga setiap titis rezeki tu barokah. aminnn..
minggu ni dah 36 weeks usia kandungan. tak lama sangat dah lagi insya-Allah nak meletop. eksaited nak jumpa 'org baru' ni tapi at the same time, seram nak bersalin lagi. serammm woiii! sape kata dah ada experience meneran tak rasa seram? dia punya seram sama jer macam baru nak bersalin anak pertama. but, may Allah ease. aminnnn....
hari ni nak share skit je. alhamdulillah dapat setelkan buang wallpaper lama & mengecat dinding dekat ruang tamu sebelum bersalin. ingat tak dulu aku penah bagitau nak tukar tema warna ruang tamu? dah tak lalu nak nengok dinding kaler pink. totally aku nak ubah & nak jauh dari warna pink. sebu perut nengok kaler pink oiii! kihkih.. :p
so meh la nengok jadik apa dinding aku skg..
SEBELUM
buat yang belum penah nengok, ni keadaan dinding umah aku sebelum ni. dah 3 tahun guna wallpaper ni. berdepan dengan sofa ni ada tv. dinding kat tv tu x de wallpaper tapi ada dinding dengan cat kaler pink.
SELEPAS
so ni laa warna dinding yang sekarang. sejak tukar kaler dinding, sofa tu nampak gelap sangat pulak. abaikan budak kecik baju pink tu yer. banyak benonyer nak di-make over-kan kat ruang ni. antaranya..
1) nak tukar sarung sofa. sarung sofa tu mak aku dah siap jahitkan tahun lepas kaler grey. cuma ada pending kat zip yang tak setel lagi. payah nak carik zip yang saiz panjang. so, pending disitu.
2) dinding kaler putih tu aku nak jadikkan ala2 feature wall. tapi still blum ada idea either nak main dgn cat atau nak cari wallpaper yang agak simple & tak sarat. buat masa ni aku holdkan camtu je dulu.
3) deko kat dinding belakang sofa aku nak tukar lain. item dekonya dah ada cuma frame je tak beli lagi.
4) berangan nak DIY cermin dgn almari coklat tu. aku nak cat either warna putih or warna lain yang boleh match dgn tema rumah macam light yellow mungkin? tengoklah kalau rajin.
5) nak tukar sarung throw kusyen. dah start riki2 warna yang aku nak mix & matchkan nanti.
6) nak DIY semula tikar kat depan tv tu macam tikar yang sebelum ni. tikar yang aku DIY dulu dah selamat letak dalam bilik buat ruang solat. buat masa ni guna tikar yang ada ni je laa dulu sebab kitorang tak tahan sejuk dok atas tiles tu.
7) nak tukar langsir.....
memang aku tau banyak benda nak kena dibuat & banyak jugak nak pakai fulus. tapi semua2 yang aku listkan kat atas tu bukan nak dibuat sekarang. kalo panjang umo nanti2 lepas2 aku bersalin & abis pantang sok2. takpe...wat lekk wat pis je.. yang penting dinding pink dah lenyap dari pandangan. tu aku punya main aim untuk tawun ni. hihihhh :p
wokeylah, sambung nanti lenkali ekk pasal deko2.
aku nak melayan saat2 indah sang bayi main bola dalam perut ni hah sebelum beliau lahir.
hihihhhh :p
keh, babai!
xoxo