salam and hye..
lagi entry basi. huhu :p basi pasal menda ni dah sebulan dua yang lepas aku kerjakan tapi baru sekarang dapat update. alasan? lupakan jer laaa alasan tersebut. kihkih :p
kali ni aku nak share sket je pasal susunatur dalam kabinet bawah sinki. aku penah share dulu dalam ENTRY NI. actually bawah sinki ni agak luas tapi disebabkan cara aku susun barang-barang ikut asal boleh makanya ruang ni nampak sempit dan serabut.
okeh laa...jom kita nengok keadaan sebelum & selepas..
SEBELUM
dua gambo ni aku amik dari arkib entry sebelum ni. macam ni laa aku susun bawah sinki ni dulu. sila abaikan keladak hitam kat saluran paip sinki tersebut. takde idea nak buek camno.. ni bahagian belah kiri kabinet.
yang ni pulak bahagian belah kanan kabinet.
SELEPAS
so, ni laa dia keadaan yang sekarang. aku dah minimumkan sebanyak yang mungkin barang-barang yang disimpan kat bahagian ni. ada gak terfikir nak sumbat rak untuk susun barang-barang ni sume tapi memikirkan bahagian ni pernah bocor dulu maka aku perlu fikir lebih panjang untuk proceed dengan idea tu.
kat belah kiri tu, yang kat dalam bekas bulat putih besar tu aku simpan sabun basuh baju yang jenis serbuk.
kat belah kanan ni pulak macam ni laa keadaannya yang sekarang. kotak-kotak yang banyak-banyak tu aku dah lupuskan termasuk barang-barang yang aku rasa memang dah tak perlu nak simpan lagi. buat semak jer kan..
sikit explaination, dalam bakul hijau dengan bekas tutup oren tu takde isi apa. aku letak situ sebab space kat tempat lain dah penuh. dalam bekas tutup kuning yang ada dua bertindih kat sebelah dia tu pulak aku masukkan stok-stok berus gigi + ubat gigi dan jugak sabun-sabun buku. dalam kotak berbalut sampul tu pulak ada stok bekas-bekas makanan yang tak guna tapi sayang nak buang, dalam bakul oren tu ada stok-stok perkakas pembersihan macam berus, plastik sampah, etc.. dan dalam rak tingkat warna pink tu aku letak barang-barang / ubat-ubat serangga macam ubat nyamuk, ubat lipas, perangkap cicak, etc..
----------------------------------------------------------
time tu jugak, dah alang-alang aku kemas bawah sinki tu, aku kemas la skali barang-barang kat bawah kabinet dapur gas ni.
SEBELUM
ni keadaan yang asal. tak berubah apa pun. kedudukan tetap sama macam dulu. aku just tukar alas kabinet tu je. dah berkepam sangat dah keadaanya. alang-alang ada simpan baki-baki wallpaper sticker yang tak guna tu, aku tampal jer laa kat dalam kabinet ni buat alas.
SELEPAS
so ni laa keadaan yang sekarang. kedudukan yang sama cuma alas jer yang berbeza..
owh, nak bagitau sket since sebelum ni penah ada yang tanya pasal tempat aku susun penutup periuk tu semua. actually tu rak guna buat susun pinggan-pinggan. tapi aku hack jadik tempat susun lid @ penutup periuk. beli kat daiso jer dulu tu..
ok lah, tu jer perkongsian untuk arini.
babai!
No comments:
Post a Comment