Wednesday, 28 December 2016

Susunatur: Perkakas Kebersihan Rumah


salam & hye..

klako pulak bila baca tajuk. tapi tader idea nak bubuh tajuk apa. tajuk gitu pon boleyyy...

lama dah tak share pasal susunatur. balik2 pasal deko yang tah pape je tu. kahkah! okey laa.. arini aku nak share kat mana aku susun & atur perkakas2 kebersihan untuk rumah aku ni. perkakas kebersihan yang aku maksudkan kat sini ialah penyapu, mop, pengelap tingkap, pembersih habuk (errr...aku lupa nama spesifik apa. selalu aku panggil bulu ayam jer.. kihkih), etc, etc, etc...

bagi kengkorang yang takde idea nak simpan mana semua menda2 ni, mungkin bole la kot nak cedok idea dari sharing aku ni. ramai jer yang buat cenggini tapi aku sorang jer yang poyo sangat nak share. hahah!

okeh, jom nengok kat mana aku simpan semua menda2 yang aku maksudkan tuh..



ni laa dia.. semua menda2 tadi aku susun dalam bilik air no. 2. lokasi bilik air no. 2 ni bersebelahan antara bilik no. 2 dan bilik no. 3. aku gantungkan semua betul2 kat dinding bersebelahan dengan pintu bilik air. sebelum2 ni aku gantung kat dinding area belakang pintu bilik air. time pintu terbukak & tengok dari luar memang nampak clear cantik jerrr tapi bila dah masuk dalam bilik air then tutup pintu, rasa serabut gila kot.. macam tak teratur.. lagipun aku pasang penyangkut tu rendah sangat jadi yang mop panjang giler tu tak boleh nak sangkut situ. jadi aku alihkan ke area sebelah pintu macam dalam gambo atas tu. tak mengganggu pandangan sangat dan jugak tak halang lalu lintas.

eh aku bebel panjang2 ni paham ke korang? hahah!

nak tau caner aku gantung? meh aku zoom-in




ni aku zoomkan macam mana aku gantung semua menda2 tu. aku guna penyangkut untuk sangkut baju bajan tu jer. murohh jer menda ni. kat kedai RM2 pun boleh dapat. kalo nak kemas, korang drill laa penyangkut tu kat dinding sebab bila ko beli penyangkut ni memang ada provide skali dua ketul skru. macam kes aku ni, disebabkan aku tak mahir bab2 mendrill dan kalo nunggu tok laki yang buat pulak aku tak tau tawun bila baru aku boleh gantung barang2 ni sume makanya aku ambik solution gantungkan jer penyangkut tu pada cangkuk macam dalam gambo tu. cangkuk tu multipurpose. bole je buat gantung baju or gantung apa2 yang korang suka.

cara aku lekatkan cangkuk tu, kat belakang dia dah sedia ada gam tapi gam tu korang kena bakar kasi cair dulu baru lekat kat dinding. yang bestnya, cangkuk tu memang cukup kukuh laa.. setakat dah nak setawun aku gantung kat bilik air ni so far masih kukuh walaupun kengkadang aku gantung mop basah. korang tau caner berat mop basah kan?

kat mana bole dapat cangkuk tu? tu aku beli kat daiso. RM5 + 6% gst dapat laa dua ketul cangkuk dalam satu plastik. jadi untuk projek ni aku guna 4 ketul cangkuk bersamaan dua plastik daiso. hihih.. :p




kat area lantai nya pulak aku letakkan baldi guna untuk buat mop. senang. semua kumpul satu tempat. tak pening nak mencarik2 time nak guna nanti. sila abaikan lantai berkarat. kihkih..




so cenggini laaa ghoper-nya yer yeop.. senang kalo tetiba tok laki nanye mana mop mana penyapu sume.. carik jer laa kat sini insya-Allah jumpa. batang untuk mengecat pun aku gantung skali sini. dah lama benonyer aku tak dengo tok laki nanye mana mop mana berus mana penyapu sejak aku kumpul semua kat sini. dia tau dah mana nak carik. tapi tau jer laa kan pesen orang lelaki ni kalo buat keje. ambik reti tapi simpan balik tak reti. pastu bila carik sini tak jumpa sibuk laa nanye ke aku letak mana. selalu ada jer sini.. sabo jer la tau.. haku laaa jugak yang akan kutip sume2 tu dan simpan balik sini lepas dia dah abis guna...




lagi gambo full view..



ada satu benda je aku tak dapat nak simpan sini. tau apa dia? penyodok sampah. sebab dia kategori bulky item kalo nak digantung. jadi aku selit jer kat tepi dapur. gambo tader. aku lupa nak snap. hihihhh... :p



k lah, tu jer.
moga jadi inspirasi.
tata..



1 comment:

  1. Sama la camtu jgk nabilah gantung.
    Kat dapur, xda tempat nk letak, letak dlm toilet lg senang, sbb dlm bilik, ada pintu, haha..

    ReplyDelete