Monday, 30 May 2016

DIY: Transformasi Tikar Evamate Jadi Ala2 Karpet Mahal


salam & hye..

korang caye tak kalo aku cakap, dgn sikit kreativiti mampu hasilkan sesuatu yang un-sangka-rable? tak caya? okeh, meh aku share satu idea. cuma sikit modal tambah sikit kreativiti, hasil yang korang akan dapat memang korang sendirik rasa tak percaya. jom!

kat bawah ni aku nak share hasil transformasi tikar evamate yang dah ala2 nak kena campak masuk dalam tong sampah gara2 dah koyak rabak jadik tikar yang ala2 macam karpet kekdahnya.

idea ni asalnya bukan idea aku. aku dapat dari satu group deko. ada sorang member group share hasil DIY dia dgn tikar ni. dan idea dia tu terlekat kuat dalam kepala otak aku even skang ni kalo nak carik balik idea yang dia share dalam group tu memang jenuh laaa nak scroll jauh ke bawah. ntah jumpa ntah tak tu kang....

satu lagi penyebab aku gigih nak try idea ni ialah sebab anak2 aku alah pada karpet tapi maknya kepingin nak berkapet macam rumah orang lain. bila guna kapet nampak mewah jer rumah tu kann... tapi bila fikirkan anak2, lupakan ajer laaa... jemur, ketuk, kebas, vacuum, sapu laa cemane pun tetap diorg akan gatal merenyam satu badan. ditambah lagi bila ada anak2 kecik ni memang jenuh laaa kalo nak berkapet manjang. diorang makan ke minum ke abis sepah-tumpah satu rumah. sape yang ada anak kecik tapi pakai kapet kat umah memang aku salute laa... rajin benoo kome yer! (^_^)

k la, maleh tulis pjg2. aku sendirik pun maleh nak taip pepanjang apatah lagi engkorang yang nak membaca yer tak? huhii...



 macam biasa. memula kena nengok barang2-apa-patut-ada dulu... hero utama mesti arr tikar evamate. korang tau tak tikar evamate tu apa? tu yang kaler kuning corak2 katun kat atas tu contohnya. seketui tikar tu rm10 jer.. bersepah orang jual especially kedai kapet pakistan.

heroin dia pulak seketui wallpaper corak ikut selera sendirik. sediakan jugak pengapit diorang iaitu binding tape. binding tape ni byk tempat ada jual. kedai stationary, hardware, hypermaket, mini maket, etc, etc.. kaler ikut tema yang korang pilih.



 ni tikar evamate yang aku nak transfrom. sebelum ni guna dua keping untuk satu ruang tamu. susun memanjang gitu. [sila abaikan budak kecik terkangkang tu. suruh ketepi tamau pulak dia].



 ni keadaan tikar yang dah nazak. abis dikoyak bebudak. tok laki dah lagu2 soh buang lama dah tapi aku hold dulu. semata sebab projek ni ler... hihi



 proses buat mendalah ni aku tak ambik gambo sgt sebab buat keje sensorang. buat laju2 nak kasik cepat siap. tak nyabo nak nengok hasil katanya. ditambah takut budak kecik bangun nak nenen pun yer jugak. kang terbengkalai terus kang projek aku. eksaited nak nunjuk hasil kat tok laki pun ada jugak tu. time buat ni tok laki ada jer dok depan tv...

memula proses, dua ketui tikar tadi aku cantumkan sisi bertemu sisi. sebabnya aku nak dapatkan saiz yang lebar dan tak terlalu panjang. cara cantum, macam kat atas tu. silotepkan ajer atas bawah guna binding tape. gambar kat atas tu view bahagian bawah tikar.



 jangan lupa repairkan jugak bahagian yang koyak rabak tu dulu. pun aku tampalkan ajer guna binding tape. nape aku tampal guna tape ni berbanding tape lain? sebab tape ni lebih kuat dan kukuh. dan jugak tebal.

lepas dah cantum dan repair yang koyak, mulakan laaa proses tampal wallpaper sebaris demi sebaris sampai siap [sorry takde pic pulak untuk proses ni]. sebelum tu, if tikar korang tak sama panjang, potong la sket kasi repair. dah cun sama dan ikut saiz lebar & panjang yang korang nak, baru mulakan proses me-wallpaper-kan tikar tersebut.



 lepas dah siap semua, kemaskan tepi2 tikar guna binding tape. nak nampak cantik, beli tape ikut tema wallpaper yang korang pilih. baru nampak semmart! aku guna binding tape kaler silver sebab wallpaper aku kaler grey. sebelum tampal ukur & tanda dulu guna pen/pensel & pembaris. tujuannya supaya boarder korang tak senget-benget.



 so, tadaaaa!

ni laaa hasilnya yang dah siap. nampak macam kapet tak? nampak mahal tak? hihi.. (^_^)



guna tikar ni lebih senang nak urus. wallpaper tu pun kalis air so takyah nak risau anak2 tumpahkan air atas tu. aku baru sehari semalam guna dah tumpah air bape kali atas tu. makanan terabur lagi takyah citer. tapi, tak kisah. mak senyum jer amik kain lap. tak yah risau makanan sangkut kat celah2 ke... tikar jadik basah sebab air tumpah ke... nak pijak pun rasa best jer sebab tak licin langsung. 

serius teruja weyy! anak2 pun sama teruja macam maknya. diorang asyik dok nak golek2 jer atas ni. yang si kecik siap dok mentido siang kat sini. 



nah aku kasik lanje sket pic ruang tamu lepas ada kapet tipu ni. memang best giler wey!

tambah bonus sebab takyah risau warna jadik kusam lepas dah kena pijak2.


overall, tok laki ai puas hati howkeh! (^____^)



owh, btw.. untuk projek ni aku cuma guna segulung wallpaper kaison (RM19.90) + 3 roll binding tape (RM4.00 x 3 roll). 



k, tu jer nak share.


babai!


5 comments:

  1. Cantiknya....idea terbaikkk

    ReplyDelete
  2. ok, daebak sgt idea ni!!
    thumbs up eija!!

    ReplyDelete
  3. Saya nak buat mcm ni.. nak kene beli tikar baru yang lemah tu.. hihi.. sebab tikar baru masih elok..

    Tapi tergoda dengan corak wall paper tu...☺☺

    Nak cari dan buat gak la nanti.. untuk letak di bilik ke-3..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Tadi saje google nak tgk orang pakai karpet ala2 ikea tu, pastu terjumpa blog ni sbb nampak karpet yg cantik, sekali rupa2nya DIY saja..wahhhh terus nak tukar hasrat buat mcm ni je, lagi jimat..sebab dok pikir gak kalau guna karpet susah sikit nak jaga maintainence, sbb ada 2 org kiddos yg tgh aktif membesar ni...lagipun skrg ni pun just pakai tikar plastik tu je, kali ni nak tukar selera sikit hehe, DIY je pun hihi

    ReplyDelete