salam & hye...
ni rentetan dari keje mengecat aritu. bila keje mengecat kat area dapur ni dah setel rasa rajin pulak nak deko2 sket certain area. antaranya area laundry. semua barang guna yang sedia ada. takde kos membeli buat masa ni untuk area ni.
maleh tulis pepanjang, moh layan gambo deko.. (^__^)
sebelum tu nak kasitau, area laundry aku nih sejemput jer. tu pun laluan nak ke bilik air no. 2. betul2 berdepan dgn bilik nombor 3 aka bilik stor / bilik tetamu. keadaan asal area ni penah aku kongsikan sebelum nih dalam Laudry Area Make-Over dulu.
SEBELUM
ni keadaan terawal area ni. masa ni baru2 siap projek make-over area ni. kosong takde pape deko.
sebelum nih aku ada penah gantung baldi jenis tin kecik2 kat bawah para tu. ada aku kongsi dalam ENTRY ni. guna untuk letak duit syiling or butang2 tercabut atau apa2 yang kecik2 time sesi mendobi. tak sampai sebulan guna habis berterabur baldi2 tu sume sebab gam penyangkut tak kuat. kejap jer dah tercabut. bila dah jadi gitu terus je laju2 tok laki kata takyah pasang lagi. nampak buruk. sabooo jer laaa puan bini mendengonyer...
para kat atas mesin basuh tu laa yang aku penah berhutang entry dulu. sampai ke-sudah tak pun aku sharekan entry nya. sebabnya, nengok jer laa tu. tunggang langgang. actually byk sgt idea deko dalam kepala. barang2 pun dah beli dulu tapi sampai ke-sudah tak siap2. makanya, takde laaa entry pasal para letak sabun2 tu semua. hihi... dan keadaannya pun togel saje begitu..
SELEPAS
tapi, sejak aku cat semula dinding kat area ni, rasa rajin pulak nak deko sket kat sini. deko simple jer. guna barang sedia ada.
ni view keseluruhan area. abaikan baju2 kotor dalam bakul, kotak coklat, dan lain2 tu... (^_^)
area ni gelap sket sebab kurang dapat cahaya matahari. lagipun aku tak pasang lampu kat atas syiling kat area ni walaupun wiring dah sedia ada. reason tak pasang dulu sebab nak jimat kos beli lampu. hihih.. :p
tu jer deko yang ada. kalau ada tambahan 'perangkap habuk' lagi, lenkali aku share k. bak kata tok laki, ni bunga2 & frame2 banyak2 ni buat kumpul habuk jer.
haihhh...nak melawa sket pun tabole...
k, lah. bai!
Kemasnya!!!! baru semangat nak mendobi kalau laundry area kemas cenggini.
ReplyDeleteorg laki camtu ler...nak deko je, kata semak la, serabut la..
ReplyDeleteuntung la klu enSuami tu yg sporting ajer, yg layankan aje bininya deko apa pun, kann..