Monday, 27 February 2017

Susunatur Kitchen Utensil (Updated)



salam & hye..

teruk sangat dah simptom malas update blog skang2 ni. nape tah. mungkin sebab henpon lately ni asyik buat halllll jer. nak upload gambo pun makan tawun buat aku rasa nyampah nak update pape dalam media sosial (baca: fb, blog, etc..) [poyo sangat starting entry. hahah!]

okehla, malas merapu panjang2. arini aku nak share entry dah basi. menda ni dah sebulan yang lepas aku kerjakan benonyer tapi atas faktor2 yang aku dah bagitau kat atas tadi menyebabkan blog ni jadik sepi bersawang... [fuuuuhhhh tiup habuk debu]

benda simple je benonyer nak share. pasal susunatur perkakas dapur yang kecik2 ni atau nama omputihnya kitchen utensil. dulu aku penah share cara susunatur menda-menda ni semua dalam ENTRY NI. jomlah scroll bawah ni nape aku share lagi menda ni..



SEBELUM

ni cara pengurusan aku sebelum2 ni. masa memula tu ok jer tapi lama2 aku pun tak maintain jadikla ghoper macam kat atas tuh. sadiss... salah teknik time buat tu dulu. 



bila dah sakit mata menengoknya, aku pun decide untuk betulkan menda alah partition2 ni. bila dikeluarkan dari KC nampak laaa kehuduhannya. melengkung2 partition2 tu pasal sebelum ni aku ukur panjang kc tak betul. tu yang jadi cenggitu.. yang partition2 kecik2 tu pulak sebelum ni aku just silotep jer. lama2 part yang silotep tu tertanggal sendirik. terus bercampur aduk semua..



masa nak modify menda ni aku plan nak buat yang long lasting punya. so untuk pastikan mendaalah partition (sorry aku tatau nak panggil menda ni apa) ni kukuh, aku tampalkan based dia. actually niat asal nak buat yang baru tapi tahap kerajinan senipis kulit cicak ditambah dengan gangguan2 dari makhluk2 kecik dua orang tu, maka aku modify jer laa apa yang ada. ukuran panjang partition pun aku adjust sket supaya kejadian melengkung tak berlaku lagi. lepas dah siap semua jadik la rupa macam kat atas tu. nampak lebih solid hurh? (^__^)



now masa untuk try masukkan dalam kc. aku ukur agak2 jer time keje2 modify berlangsung dengan penuh harapan yang partition ni ngam laa dengan saiz kc aku. memang fikir nak cepat siap jer time tuh sebab tanak kasi bebudak main barang2 yang aku guna macam pisau, gunting, gam uhu, etc yang bahaya2 tu. masa nak masukkan agak sempit sket tapi aku try pelan2. bila dah sampai kat hujung perhhh memang ngam2 jer cantek terletak. alhamdulillah......

see..... tak nampak melengkung2 lagi dah kan? hihihh..



so bermula laaa aktiviti menyusun balik semua utensil yang ada.. hujung kiri sekali untuk barang2 yang panjang2 macam sudip, pemukul telur, senduk, etc.. sebelah dia pulak aku susun barang2 yang pendek2 sket macam senduk nasik, sudip kayu, mixer punya pemukul, spatula, etc.. dan empat petak yang paling hujung tu untuk sudu & garfu. aku asingkan sudu2 & garfu2 untuk kanak2 dengan untuk pakai harian kitorang.



ni final rupa yang sekarang. lebih kemas teratur. nampak lebih solid dan yang penting mak buyong senang hati. hahah!



SELEPAS

hip hip hoorayyy!




---------------------------------------------------------------
soalan: nape susah payah buat partition sendiri? kan selalunya tiap kc ada dapat partition sedia ada..
jawapan: sebab partition yang sedia ada tak cukup panjang untuk masukkan sudip & senduk panjang aku. selebihnya boleh refer ENTRY NI.




wokey, tu jer nak share.
papai..




No comments:

Post a Comment